29 July 2012

Halal-haram: Suatu Malapetaka

Masyarakat kita memang mudah percaya dengan sesuatu berita tanpa menyelidikinya terlebih dahulu terutamanya yang berkaintan dengan soal halal-haram. Bila sesuatu isu tu menyentuh soal halal-haram, mereka cepat-cepat saja bertindak menyebarkan maklumat yang mereka dapat tanpa memeriksa terlebih dahulu kesahihannya. 

Sebagai contoh, isu makanan yang diragui status halal. Dalam tempurung kepala mereka, jika tiada cap halal JAKIM maka wajib untuk terus jatuhkan hukum bahawa makanan tu tak halal. Terlalu mudah tanpa mereka berfikir bahawa dalam dunia ni bukan JAKIM saja yang membuat kajian dan pengesahan tentang status halal-haram sesuatu produk.

Baru-baru ni aku terbaca isu tentang kononnya susu soya Isomil adalah haram kerana mengandungi unsur-unsur babi. Pengambilan susu tersebut dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak. Impresi pertama aku bila baca kenyataan tu memanglah tukang tulisnya bodoh daripada lembu. Dalam ruangan ingredients tak ada tulis pun sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan babi seperti gelatin ataupun sebagainya. Malah tiada langsung tulis bahan-bahan yang berkaitan dengan tisu, hormon, ataupun organ manusia. 

Melayu terlalu bodoh kerana malas untuk berfikir. Menerima tanpa memeriksa adalah lumrah bagi kebanyakan orang Melayu. Itu realiti. Lihat saja orang-orang kampung, mereka dengan rela dan redha diperbodohkan oleh segolongan Melayu elit lain yang pandai mengambil kesempatan di atas slogan orang Melayu perlu bersatu sebab bila bersatu kita tenguh dan jika bercerai kita roboh. Padahal mereka dalam diam buat untung gila-gila untuk anak bini dan kroni. 


Kenyataan lanjut boleh baca kat http://zonbebas.com/alert-jenama-susu-haram/

Penulis yang copy kenyataan yang dikutip tanpa sebarang usul periksa ni lalu terima bulat-bulat adalah seorang yang bebal lagi pemalas. Cuba kaji sikit sijil halal susu tu dikeluarkan oleh pihak mana?

Produk susu seperti isomil dan similac atau yang seangkatan dengannya keluaran syarikat ni mendapat pengiktirafan daripada Islamic Food & Nutrition Council of America (IFNCA).



IFNCA ni pulak mendapat pengiktirafan daripada JAKIM. 



Jadi apa masalahnya dengan tanda halal JAKIM? Tak ke nampak si penulis tu macam bodoh? Hanya dengan sedikit usaha, beliau dah boleh mengesahkan maklumat yang dibacanya betul atau tidak. Bila maklumat tak betul dicanang pulak pada orang lain, maka jadilah fitnah.

Nak selamatkan akidah orang lain, tapi tak sedar dah buat fitnah. Paling ramai buat kerja-kerja begini ialah orang Islam kita jugak. dalam surah an-nas kita dah jelas terhadap isu was-was yang sengaja ditimbulkan oleh syaitan. Barangkali orang yang suka menyebarkan berita-berita yang membuatkan orang lain rasa was-was jugak boleh digelar 'syaitan'?

Selagi mana manusia tak mahu menggunakan akal fikiran yang diberi oleh Tuhan, selagi tu la manusia dalam malapetaka. Malapetaka akidah!



No comments:

Post a Comment