Sedikit tips untuk wanita yang ingin berkahwin.
1. Seorang suami suka pada isteri yang lemah lembut, baik budi bahasa, dan sopan.
Walaupun masa bercinta, lelaki mungkin tertarik kepada perwatakan wanita yang keras,tegas, dan lantang tapi percayalah, selepas berumah tangga, itulah sikap yang paling dibenci oleh seorang suami. Masa bercinta mungkin wanita tu seorang yang bertudung labuh, sangat alim wataknya, cantik kulitnya dan sebagainya, tapi setelah berkahwin layanan kepada suamilah yang akan terus menambat cintanya pada si isteri, bukan lagi kecantikan, ketegasan, dan lain-lain. Lemah-lembut bermaksud tutur katanya yang halus pada si suami, tak meninggikat suara, tak memberi arahan, pandai memujuk
rayu,dan manja. Baik budi bahasa pula mencerminkan bagaimana sikap si isteri apabila
berhadapan dengan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan. Sopan membawa maksud si
isteri tahu menjaga kehormatan dan adab-adab seorang isteri seperti mana yang tertulis dalam al-quran dan hadis. Seorang suami tak perlukan seorang isteri yang
berlagak bijak di depannya. Sama seperti di tempat kerja, jangan sekali-kali tunjuk pandai depan bos anda. Isteri yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan takkan kalah pada godaan perempuan lain yang ingin mengganggu-gugat suaminya.
2. Lelaki paling tak suka bila si isteri mengungkit hak sama rata dalam rumahtangga.
Sesungguhnya tak timbul hak sama rata dalam rumahtangga kerana Islam telah menggariskan panduan yang paling lengkap dalam kehidupan berumahtangga. Jangan sesekali mengungkit tentang hak suami isteri di depan suami. Ini boleh menimbulkan banyak ketidakpuasan hati seterusnya mencetuskan pertelingkahan. Contoh, hak untuk basuh berak anak, hak bekerja, hak memasak, hak sidai kain dan sebagainya. Betul Rasulallah menolong isterinya di dapur, tapi jangan jadikan tu sebagai alasan untuk mengarah suami buat itu ini dan kaitkan dengan hadis berkenaan. Itu dengan kerelaan hati baginda sendiri bukan atas arahan Siti Aisyah. Suami adalah imam/ketua, jadi layanlah dia sebagaimana layaknya seorang ketua dilayan.
3. Jangan membandingkan suami anda dengan lelaki lain.
Perbuatan membandingkan si suami dengan orang lain boleh menjatuhkan dirinya. Terimalah dia seadanya kerana semuanya telah tertulis. Si suami telah ditakdirkan dengan anda sebelum jasad anda wujud lagi. Ingat, soal hidup mati, jodoh perkahwinan semuanya di tangan Tuhan. Jangan merasa menyesal jika suami anda bukan seorang ustaz atau pun seorang alim. Untuk layak ke syurga bukan dinilai pada alim, ustaz atau waraknya seseorang lelaki itu tapi semuannya akan masuk syurga disebabkan rahmat Tuhan. Kita selalu nak yang terbaik untuk diri kita, tapi kita tak pernah cuba untuk jadi yang terbaik pada pasangan kita. Cukup-cukuplah perangai seperti tu. Terimalah seadanya. Itulah jodoh anda dan redhalah dengan ketentuan Tuhan.
Mungkin kelihatan aku lebih menyokong pihak lelaki kerana aku lelaki. Tapi hakikatnya bukan aku nak sebelahkan sesiapa. Ini semua berdasarkan kehidupan yang aku lalui, kawan-kawan yang rapat dengan aku dan nasihat daripada orang tua-tua. Ada orang berkahwin kemudian setelah mendapat cahaya mata bercerai, ada yang isternya tengah sarat mengandung, si suami main dengan perempuan lain, dan macam-macam lagi. Aku tak suka dengar cerita hanya daripada satu pihak, jadi kebiasaannya aku akan membuat sedikit kajian berdasarkan maklumat dan sumber yang ada.
Watak seorang lelaki yang alim atau wanita yang bertudung labuh bukanlah menjamin apa-apa, termasuklah kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Bila kita mula bandingkan pasangan kita dengan orang lain, secara tak langsung kita melukakan hatinya. Kita sendiri tak suka untuk dibandingkan bagaimana boleh kita membandingkan pasangan kita pulak?
Ada 4 kategori dalam memilih pasangan yang telah lama disebutkan. Aku cuma ingin mengingatkannya semula saja.
Berkahwinlah dengan pasangan anda kerana 4 sebab yang utama,
i. Agama
ii. Keturunan
iii. Harta
iv. Kecantikan
Agama
Kahwinlah kerana agama kita menyuruh berkahwin. Bukan kerana agama pasangan kita. Bagaimana kita nak tengok tahap agama pasangan kita sedangkan ketakwaan seseorang tu hanya Allah saja yang tahu? Jika ditafsirkan begini maka tak layaklah kita kahwin seseorang yang baru memeluk Islam kerana Islamnya baru setahun jagung. Begitu?
Keturunan
Kahwin kerana inginkan keturunan/zuriat/waris. Bukan kahwin kerana keturunan pasangan kita. Jika pasangan kita baru memeluk Islam, adakah dia dikira anak haram kerana ibabapanya dulu bukan Islam dan tak berkahwin secara Islam? Jangan sempitkan pemikiran kita. Islam lebih luas daripada apa yang kita sangkakan.
Harta
Berkahwinlah supaya kita dapat mewariskan harta peninggalan kepada waris kita agar tidak mengalir kepada orang lain begitu saja, bukan berkahwin kerana harta pasangan kita. Jika ada 2 pilihan, antara kaya dan miskin, siapa pula yang akan kita pilih? Jangan mengarut.
Kecantikan
Fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan indah. Dah tentu semua manusia akan memilih pasangan yang cantik pada pandangannya. Bukan bermaksud cantik tu cantik pada pandangan semua orang. Ada orang memandang cantik tu bukan setakat rupa paras, tapi akhlak dan budi pekerti. Terpulang pada diri masing-masing kerana tahap kecantikan seseorang itu dinilai berbeza-beza oleh lain-lain individu.
Walalubagaimanapun kita dianjurkan supaya berkahwin kerana agama. Ya, agama menyarankan agar kita berkahwin untuk mengelakkan berlakunya maksiat, agar dapat mengembangkan zuriat dan melahirkan anak-anak soleh yang akan berbakti kepada ibubapanya. Mereka yang berkahwin lebih tinggi darjatnya daripada mereka yang bujang kerana besarnya tanggungjawab setelah berkahwin.
Untuk para wanita, ketahuilah seseorang yang telah kenyang takkan menambah lagi makanan ke dalam pinggannya. Sama seperti seorang suami yang telah puas hati atau redha dengan isterinya takkan mencari perempuan lain lagi. Berjuang untuk mencari keredhaan suami kerana ingin mencari keredhaan Allah adalah lebih baik daripada membuat perkara lain.
No comments:
Post a Comment