Ramadhan akan tiba tak lama lagi. Semua orang seronok sebab nak puasa. Seronok sebab dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga, seronok dapat pergi ke bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka dan bermacam-macam jenis seronok lagi.
Alhamdulillah sekiranya aku masih dapat bertemu ramadhan kali ni. Kebanyakan ceramah pasti akan kedengaran perkara yang sama diulang-ulangkan kembali. Pastinya berkisar tentang kelebihan berpuasa, pahala yang berlipat kali ganda dan amalan-amalan dituntut dalam bulan ramadhan.
Pernahkah kita terfikir apakah jawapan bagi kenapa kita perlu berpuasa? Adakah kita berpuasa kerana:
a. Semua orang Islam berpuasa, jadi kita yang mengaku Islam juga perlu berpuasa
b. Al-Quran dan Hadis menyuruh umat Islam berpuasa, kita pun puasalah
c. Kalau tak puasa nanti apa orang kata, jadi lebih baik puasa
d. Puasa adalah untuk Tuhan, kalau tak puasa nanti Tuhan jadi lemah
Aku bukan nak bagi ceramah, tapi aku tak dapat untuk tidak berfikir tentang semua ni.
Dalam tulisan aku yang lepas, aku pernah kata yang manusia ni kadang kala boleh jadi binatang (atau lebih teruk lagi) dan boleh jadi malaikat (atau lebih baik lagi).
Secara ringkasnya, puasa adalah untuk menafikan kehendak diri dan menjalankan kehendak Tuhan. Tapi ramai antara kita termasuk aku sendiri lebih cenderung kepada menjalankan kehendak Tuhan sambil kehendak diri pun turut dilaksanakan. Untuk menafikan kehendak diri bukanlah semudah belajar matematik atau fizik. Perlu latihan bertahun-tahun dan ilmu yang betul serta guru yang mursyid. Kalau pakai cedok dalam internet atau melalui buku-buku, memang tak ke mana pun.
Apabila tak makan dan minum badan menjadi kurang bertenaga, maka nafsu (kehendak diri) juga akan turut lemah. Ada orang panggil nafsu tu sebagai kehendak haiwani, sifat haiwani, syahwat dan sebagainya. Apa-apa untuk diri sendiri adalah lahir daripada nafsu. Jadi kalau nafsu tak berguna, buat apa Tuhan ciptakan nafsu? Jika ini bermain difikiran kita, kenapa tak tanyakan saja untuk apa iblis diciptakan?
Jika dalam bulan Ramadhan iblis, syaitan semua dirantai siapa pula yang mendorong manusia untuk berbuat jahat?
Nafsu tak pernah dirantai. Sama saja perangai nafsu dan syaitan sebab itulah ada yang menggelarkannya syaitan diri!
No comments:
Post a Comment