14 October 2009

Transformers vs G.I Joe

ramai yg bgtau pd aku movie G.I Joe best giler. kebetulan 2 hari lepas aku beli dvd criter tu. tu pun pasal mamat yg biasa jual cd kat opis ni promote kt aku.aku pun excited la nak tgk movie ni. ntah sape la ckp kat aku yg movie ni penuh action drp awal sampai la ending. nk dipendekkan skit critanya, movie ni langsung x best.

jauh panggang dari api, indah khabar dari rupa, sudah jatuh ditimpa tangga....dan lain² lagi la peribahasa yg sesuai. mananye x best, jalan crita pun x kukuh, motif utama nak ambil balik kepala nuklear (nuklear warhead) yg dicuri. x logik pun byk jugak. dah la nuklear tu meletup dkt sgt dgn bandar tp x beri kesan apa² pun kt bandar tu. pd aku, transformers lagi best.

sekurang-kurannya kita x boleh bajet apa yg nak berlaku. jalan crita pun penuh dgn misteri jugak. tp G.I Jeo? semua dah boleh bajet. hero pun lembab mcm siput. mula² dulu aku ingat optimus prime pun akan jadi lembab giler, kalau lawan asyik kalah je. tp x.

kadang² kita boleh jadi over excited pulak layan transformers tu. lagipun, tgk la sapa pengarah & penerbit dia. tgk berapa kali pun x boring. pencahayaan, grafik dan pergerakan kamera amatlah cun. aksi letupan & kemusnahan harta benda mmg boleh diterima akal lagi. aduh, kecewa btol rasanya knp aku bleh tertengok G.I Joe tu. movie tu tinggi skit je drp movie² ahmad idham & david teoh.


filem² melayu mmg x layak nak dibandingkan dgn filem² barat disebabkan kualiti filem² kita terlalu rendah. lebih bermotifkan keuntungan express drp menaikkan taraf industri. knp? cuba tgk movie jgn pandang belakang congkak, apa yg kita dpt lepas byr tiket wyg? puas? setakat nak gelak sikit², lebih baik sembang dgn member kt kedai mamak je. x sampai pun sepuluh ringgit.

mmg x dinafikan filem² david teoh & ahmad idham mecapai kutipan lebih rm1 juta. tp tu semua kerana promosi yg indah khabar dari rupa je. brp ramai penonton yg nak tgk crita tu 2 kali? byk lagi filem² melayu yg seangkatan dgn filem² mereka. org kita buat filem, kalau x lawak bodoh mesti kisah seram suam² kuku kambing piling je. filem² cinta nampaknya mcm dah sampai ke hujung nyawa je sebab usop haslam x buat filem lg dah.

walau mcm mana pun, david teoh & ahmad idham akan terus membuat filem kerana masih ada yg menonton filem² mereka. citarasa masing² ye tak. cuma, kalau mereka betul² 'care' pasal industri perfileman kita, tentu mereka xkn hasilkan filem² x bermutu mcm skrg ni. kita boleh buat filem berkisarkan byk crita. knp mesti balik² filem lawak bodoh jugak yg dihasilkan? knp x buat filem mengisahkan kisah hidup bekas pm sejak sekolah hingga menjadi org no.1 negara ke? aku rasa filem mcm ni lebih byk manfaatnya & lebih berbaloi utk semua golongan tgk. sekurang-kurangnya kita ada sesuatu utk dikongsikan bersama.

tp mungkin penerbit² filem tempatan xnk byr royalti kpd tuan punya diri atau xmau berkongsi keuntungan, sebab tu la mereka lebih senang bekerja sendiri je. so betul la kata aku td yg keuntungan adalah motif utama dlm menghasilkan sesuatu filem. bila ckp mcm ni, producer mana yg x bising. katanya, siapa nak buat filem xnk untung? soalnya bukan begitu. dlm kita mencari untung, apasalahnya kita angkat martabat filem kita? adakah dgn membuat perubahan atau memberikan sesuatu 'value' kpd penonton, producer² ni x boleh untung? knp steven speilberg boleh? micheal bay pun boleh arah filem² yg gempak dlm masa yg sama buat untung berjuta-juta.

producer² seperti david teoh & ahmad idham perlu tanya diri mereka sendiri adakah mereka pernah berharap filem 'jgn pandang belakang congkak' tu lepas ke luar negara? mereka pun tau filem tu filem sampah. tp disebabkan dgn sampah pun mereka boleh buat duit, apa salahnya? bagi org luar seperti steven speilberg atau pun micheal bay, selain untung, mereka lebih mementingkan kepuasan diri. mereka menghasilkan dan & mengarah filem² sebaik mungkin kerana ia memberi kepuasan (passion) dlm diri mereka. sama juga mcm kita sebenarnya. kalau kita dah lakukan yg terbaik, kita mesti rasa puas gak.

kesimpulannya, lebih baik layan G-Force







No comments:

Post a Comment