12 July 2011

Cara mereka

Aku tak tahu kenapa ada orang beria-ria sangat menunggu kehancuran "Semenanjung Emas" ni. Kebetulan entry yang ditulis kena pada tarikh 9 Julai yang lepas. Mereka menjangkakan benar-benar akan berlaku satu malapetaka (sama ada bencana alam, peperangan ataupun bergolakan politik yang besar) di Malaysia ni.

Kisah golongan ni pernah aku rujuk kepada orang yang paling aku percayai. Namun jawapannya sedikit menghampakan aku. Bukan apa, kalau betul syok juga aku nak tau lebih lanjut. Tapi kalau dah jawapannya "banyak bercampur dengan perkara-perkara mengarut" kecewalah jadinya. Lain orang lainlah pendapat, ye tak?


Aku dah pernah berjumpa sendiri dengan orangnya. Orangnya bagus pada pendapat aku. Kata-katanya perlahan saja. Cuma anak muridnya langsung tak mesra. Mungkin dia memandang orang lain dengan caranya yang tersendiri.

Orang yang punya kelebihan selalu begitu. Bijak bermain kata-kata hinggakan yang bodoh terpedaya. Kadang-kala kita sendiri pun tak tahu apakah kayu pengukurnya. Dalam situasi ni, ikut saja kata hati. Kalau hati berat, tinggalkan saja. Sebenarnya kita tak rugi apa-apa. Perkara yang kita tinggalkan tu pun tak semestinya salah. Cuma bila kita rasa berat untuk mengikuti, boleh jadi belum sampai masanya lagi perkara-perkara sebegitu untuk kita ikuti. Boleh jadi juga perkara-perkara sebegitu salah.

Biar saja mereka terus dengan cara mereka.


No comments:

Post a Comment