09 May 2012

Hantu Raya

Orang tua-tua dulu ada saja gelaran yang mereka berikan kepada golongan jin yang menggangu manusia ni. Antaranya ialah polong, toyol, hantu galah/tinggi, hantu raya puaka hutan dan macam-macam lagi. Zaman sekarang ada pula ustaz mengatakan bahawa hantu tak wujud, yang ada hanya jin, manusia, syaitan dan iblis. Sama ada ustaz tu seorang yang kurang faham atau pun saja nak bagi orang lain keliru, tak dapat nak dipastikan. Golongan makhluk yang aku sebutkan tadi adalah terdiri daripada golongan jin. Bilangan mereka lebih ramai daripada manusia dan dah tentulah mereka terdiri daripada pelbagai puak, bangsa, cara hidup dan lain-lain. Jin bukanlah hanya jin semata-mata. 

Daripada pelbagai cerita dan pengalaman orang yang berkenaan, dapatlah disimpulkan bahawa bentuk hantu raya adalah seperti makhluk berkaki dua yang berbulu. Lebih menyerupai gorila kerana saiz badannya yang besar dan tegap. Hantu raya sangat terkenal dengan sifat kuatnya dan rajin bekerja. Orang zaman dulu bukanlah suka-suka berkawan dengan makhluk ni tanpa tujuan tertentu. Pada waktu tu manalah ada pasukan keselamatan untuk menjaga ketenteraman kampung mereka. Salah satunya cara adalah dengan bersahabat dengan makhluk-makhluk seperti ni. Ia menjadikan tuannya kuat, kebal, dapat duit dengan cara mudah dan penggerun.

Satu masa dulu seseorang pernah bagitau aku tentang bagaimana nak 'berkawan' dengan hantu raya ni. Caranya sembelih seekor gagak hitam di kawasan yang jauh daripada orang pada waktu senja. Carik bulunya, kemudian potong dagingnya untuk dibuat satay. Waktu api dah hidup, tabur kembali bulu gagak tadi atas baranya. Asap yang keluar akan memberi isyarat awal kepada makhluk-makhluk halus yang berdekatan. Bakar satay gagak tadi seperti orang menjual satay. Laungkan harga satay seperti menjual di pasar malam. Bau daging gagak panggang tadi akan terus menarik perhatian anak-anak kecil daripada golongan makhluk ni. 

Kemudian perhatikan suasana keliling. Tak semena-mena pasti ada makhluk yang muncul dan bertanya tentang harga satay tadi. Kuatkan semangat, dan jangan mudah goyang. Proses tawar-menawar akan berlaku. Waktu tu kekalkan harga yang ingin diminta, dan jangan sekali-kali mengalah. Makhluk ni akan beri sejumlah wang seperti yang diminta. Kalau nak bersahabat, cakap saja. 

Begitulah lumrah dunia. Benda yang tak baik memang mudah nak dapat. Azab menanggungnya sehingga mati pun tak selesai. Selagi hantu raya tak bertukar tuan, selagi tulah azab terus menerus menimpa diri dan keluarganya. Waktu menuntut dulu memang tak pernah diajar cara membuangnya. Ini kerana ada guru yang buruk perangai menyerapkan hantu raya melalui amalan yang diberikan kepada anak muridnya tanpa disedari walaupun ia sepotong ayat al quran. 

Orang yang membela hantu raya mempunyai sifat cemburu yang amat kuat. Dia juga merupakan seorang yang baran. Sepanjang masa berjauhan, hantu raya tadi akan membisikkan kononnya si isteri tuannya bermain kayu tiga dengan lelaki lain. Ini membuatkan tuannya bengang. Sama macam kita mimpi awek kita keluar dengan lelaki lain. Bila bangun mesti terasa nak marah, kan?

Hakikatnya apabila tuannya keluar rumah, hantu raya ni akan menyerupai tuannya lalu 'bersama' dengan si isteri tadi. Atas sebab inilah lelaki yang membela hantu raya dikatakan mempunyai kekuatan seks yang luarbiasa. Tenaga jin dan manusia, tentulah tak sama beb!

Bila suami pulang, dah tentu hantu raya akan bagitau tanda-tanda isterinya dah 'bersama' dengan orang lain. Itu yang isteri kena sepak terajang macam bola. Sebenarnya ada macam-macam cara lagi sebab hantu raya ni dah letakkan pelbagai syarat untuk mendampingi dia. Kadang-kadang hantu raya akan 'berserta' dengan tuannya waktu mereka suami isteri 'bersama'. Kadang-kadang selepas si suami bersama, dia akan bagi isyarat kepada hantunya untuk continue pusingan seterusnya. Biasanya dengan mengetuk cermin 2-3 kali. Si isteri mungkin tak nampak, tapi dapat rasa seperti sesuatu yang 'besar' sedang menusuk kemaluannya. Mungkin ada lagi cara lain, entahlah. Jangan peliklah kalau ada lelaki umur 60-70 tahun tapi nafsu seks mengalahkan orang muda.

Selain daripada tu, orang yang membela hantu raya juga mudah dikenali. Ini kerana orang yang membela hantu raya  memang akan letak nasi/lauk penuh-penuh dalam pinggannya dan dia takkan makan semua nasi/lauk dalam pinggan sampai habis. Dia akan tinggalkan sikit sisa makanannya sebelum basuh tangan dan membiarkannya. Sisa tu la sebenarnya yang dimakan oleh tuannya kerana yang mula-mula makan dengan penuh nafsu tadi adalah si hantu raya, Tentu kita pernah dengan cerita orang yang dah terbaring terlantar sakit, badan pun kurus-kering tapi bila makan mengalahkan orang yang sihat. Siapa yang makan tu?

Begitulah jin merendahkan martabat manusia sampaikan isteri sendiri pun dinodai. Makan pula sisa makhluk lain. Itulah orang yang dimata orang lain seorang yang gagah, kebal dan kuat sebenarnya kepalanya dipijak-pijak saja oleh bangsa jin/syaitan. 

Oleh yang demikian, janganlah terlalu taksub belajar suatu ilmu tu untuk mendapat kebal, kuat, gagah dan sebagainya. Kenalilah diri dahulu, siapa Tuhan siapa pula makhluk. Bila dah dapat bezakan, mudahlah untuk belajar yang lain pula. 

*Nota: Nak cuba bab sembelih gagak tu silakan, tapi petua dia aku tak bagi. Amalan tanpa petua memang tak mendatangkan hasil.

3 comments:

  1. nak tanyala.. kalau bangun tidur ada kesan lebam2 di tempat2 tertentu tu kenapa ye tuan..?.. terima kasih..

    ReplyDelete
  2. salam nur. saya x pasti tentang tu tapi salah satu tanda terkena gangguan makhluk halus ialah mengalami lebam2 ditempat2 tertentu seperti di peha atau sebagainya. mungkin nur boleh cuba tanyakan kepada mereka yg lebih arif dgn kaedah rawatan islam

    ReplyDelete
  3. Salam,sy nak tya,suami saya kerap meracau tgh mlm,ada sekali dia bangun pagi,byk kesan cakar seluruh badannya,sy cuba dapatkan bantuan org yg pandai,katanya,di badan suami sy ada hantu raya,wanita tua,yg hodoh,apa kah benda ini mmg ujut,bantu sy,tq

    ReplyDelete