Showing posts with label harian metro. Show all posts
Showing posts with label harian metro. Show all posts

19 March 2011

berita mengarut

satu benda yang perlu kita fikir dan teliti betul-betul. mulut pandai bercakap, kalau terima berita selidik la betul-betul baru percaya. tapi bila terjadi dalam kehidupan tak pulak diamalkan melainkan bila terkena batang hidung sendiri.

nah!


surat khabar ni memang femes dengan berita-berita hangat. tapi melalui pengalaman aku sendiri, berita betul kurang daripada 10% je.

contohnya berita kat atas ni. aku bukan nak sebelahkan sangat tok belagak sebab takde komisyen pun untuk aku kalau bela dia. cuma aku rasa terpanggil untuk cerita skit sebab aku dah jumpa dia pun. tapi kalau nak kata dia sesat baca yasin cara undur, ramai je yang buat cara tu. haron din, ismail kamus, tok-tok kiyai semua ada buat. yasin 7 mubin dikatakan yasin mengundur. bongok punya harian metro.

maklum la nak sedapkan berita. laris sikit. jual fitnah, kasi anak bini makan. semua keje melingkupkan orang lain.

nak tau kes aku apa pulak? dulu aku ada buang patung tanah liat yang aku bungkus elok-elok dengan kain kapan. siap lumur dengan air lumpur lagi. tujuannya saja-saja je. aku letak dalam bonet saga aku. agak lama jugak la. 2 bulan lebih. tiap kali aku buka bonet tu waktu malam, aku sendiri macam seram jugak tengok 'mayat kecik' tu. lalu satu hari lepas menghantar member aku balik ke rumah dia waktu tengah malam, aku pun stop tepi jalan taman perumahan tu. kebetulan kawasan tu cerah, jadi aku berani la skit untuk berhenti dan buang benda alah tu. aku campakkan aje ke tepi jalan.

esoknya satu taman tu kecoh kononnya ada orang buang janin. isteri member aku la cerita kat member aku. dia pulak sampaikan pada aku. tiba-tiba aku teringat tentang benda yang aku buang malam sebelumnya tu. aduh....! jadi kes polis terus. siap hantar di hospital untuk dibedah siasat. mujur polis kata ni mainan budak-budak untuk menakut-nakutkan orang je. kes ditutup. wah, lega aku.

esoknya pulak nak tau harian metro tulis apa? satu kawasan perkuburan lama ditemui di taman perumahan. satu janin dikeluarkan dan didapati menyerupai 'mayat kecil' yang digunakan untuk upacara vodoo.

kan ke mengarut. aku yang buat, aku la lebih tau. aku pun tak perasan rupanya aku pegi campak benda alah tu kat gerai makcik jual goreng pisang. kecoh la dia tentang ada orang nak anaiya kedai dia. entah berapa bomoh dia jumpa nak tawarkan balik 'sihir' tu.

masa tu aku faham harian metro ni macam mana. mereka jual fitnah. hanya orang-orang yang suka dengan fitnah je baca paper tu. mereka bukan nak fikir/siasat pun betul ke tak berita tu. terima bulat-bulat je.

jadi, tu pasal la aku rasa terpanggil untuk bercerita sikit tentang isu semasa baru yang keluar dalam berita fitnah tu. bukan aku ada kena-mengena dengan tok belagak tu pun. mungkin dia belagak sangat dan tuhan nak uji dia. nasib badan le.

surat khabar tu kecik, warna menarik & nampak macam padat. tu pasal orang suka beli. tapi berita dalam tu memang penuh dengan fitnah. sebab tu dia lain daripada yang lain.

tentang boleh scan orang mana ahli syurga neraka tu tokok tambah je untuk menyedapkan jalan cerita. cari balik paper tu dan baca ada tak komen daripada pihak jais atau jakim. haram takde. diaorg tulis untuk buat paper laris je.

dah la. sampai bila nak solat tunggang terbalik tapi fitnah pun kita tolong sebarkan? solat pekejadahnya....!

16 October 2009

suratkhabar

bukan makanan je org berebut, tp nak bace suratkhabar pun berebut gak. kadang² aku cuba jugak utk faham knp ada org sanggup berebut² semata-mata nak baca suratkhabar. di ofis ni mmg setiap pagi berlaku. adakah sebab ramai yg minat membaca?

aku rasa minat membaca bukan faktornya sebab kalau betul² minat tentu saja buku² ilmiah kt libarary tu dah abis kena pinjam. ada jugak yg tolong bg suratkhabar kt aku utk dibaca. aku amik je la. tp aku takkan pegi cari mana suratkhabar utk dibaca. sebab apa? zaman ni semuanya dah canggih. bak kata omputih, information is at your fingger tips je. internet kan dah ade. byk lagi berita yg uptodate kita boleh dapat. knp mesti baca suratkhabar yg menyajikan berita² semalam? lagipun suratkhabar yg diaorg rebutkan tu ialah harian metro. suratkhabar ni pada aku xde manfaat langsung. berita pun byk yg putar belit je. ni bukan saja² ckp tp aku sendiri pernah baca kejadian yg dilaporkan kat kg aku.

tak ingat dah tahun bila, tp ada satu kes org jumpa janin. ada penduduk yg terjumpa sesuatu yg mencurigakan lalu dia menggali kat kawasan tu. lepas tu terjumpa janin. harian metro melaporkan 'sebuah kawasan kubur lama' dia temui. ade ke patut? padahal cerita sebenarnya ialah satu bungkusan disyaki janin telah dijumpai di bawah gerai seorang makcik yg berniaga goreng pisang. bila dihantar ke hospital utk bedah siasat, pihak hospital mendapati ia bukan janin sebaliknya hanya patung tanah liat yg digunakan utk pemujaan/sihir. sejak tu aku langsung x percaya lagi harian metro. suratkhabar yg melaporkan kejadian tu hampir² dgn cerita sebenarnya ialah sinar.

tak berapa lama dulu pun harian metro buat kecoh dgn berita tarian bogel la, tp bila disiasat rupanya gambar tu wartawan mereka ambil kat internet lepas tu reka cerita yg benda tu berlaku di kuala lumpur. sampaikan polis nak dakwa wartawan ni sebab sebarkan berita palsu. so, berita mcm ni sebenarnya nak lariskan suratkhabar je. yg peliknya, masyarakat kita suka pulak disuapkan dgn cerita² karut mcm ni.

selain membazirkan wang, suratkhabar mcm ni menjadikan kita 'terkebelakang'. mengubah cara pemikiran kita yg hanya menerima tanpa menyoal (selidik) terlebih dahulu adakah benda yg kita baca tu betul atau x. walaupun ada yg berkata internet x boleh dipercayai, pd aku kita sebenarnya kena bijak memilih mana yg betul & mana yg salah. kalau semuanya kita terima bulat² mmg la x patut.

apa pun, tepuk dada tanya selera masing² sama ada rela diri diperbodohkan dgn cerita² xde faedah atau selidik dulu sebelum terima suatu berita/khabar.