Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

12 May 2012

Kiamat Semakin Hampir

Jika membaca al-quran di dalam masjid pun tak boleh kuat-kuat kerana dikhuatiri mengganggu jemaah lain, maka apa kejadahnya pula pasang nasyid ataupun mengaji kuat-kuat melalui speaker di surau-surau atau masjid-masjid? Bagi mereka yang mentafsir kata-kata ni melalui akal semata-mata pasti marah gila. Lantak koranglah.

"Lakum di nukum waliyadin..."

Apabila ilmu diangkat perlahan-lahan daripada manusia, mereka langsung tak menyedarinya. Sebaliknya mereka berasa ilmu semakin bertambah dan ibadat mereka pun cukup untuk diri mereka sendiri sedangkan mereka langsung tak mengenali siapa yang mereka sembah lima kali setiap hari. Anggapan mereka, apa yang mereka lakukan telah cukup baik dan sempurna sekali buat kehidupan mereka. Mereka merasakan dengan nikmat kekayaan dan kesenangan yang mereka miliki adalah tanda Tuhan merahmati mereka. Sedangkan mereka lupa, kekayaan dan kesenangan juga adalah satu ujian buat mereka.

Mereka menyangka dengan membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap segala maksiat yang berlaku di depan dan sekeliling mereka sebagai tanda bersyukur dan memandang keji terhadap orang lain yang bersuara menentang kezaliman. Orang-orang yang menuntut hak masing-masing dianggap tak bersyukur dan mengenang budi. Adakah zaman para nabi dan sahabat semuanya mereka kelihatan kaya dan senang dengan kekayaan mereka?

Cucu Umar Al Khattab, Umar Abd Aziz sendiri apabila meninggal dunia tak mewarisi apa-apa harta buat anak dan isterinya. Katanya, cukuplah Allah yang menjaga mereka. Zaman para sahabat yang lain juga, siapa yang paling kaya? Adakah mereka kelihatan mewah? Orang-orang yang seperti mereka tak ada kebimbangan langsung terhadap harta dan nikmat dunia. Mereka hidup seperti orang kebanyakan di zaman mereka walaupun darjat mereka jauh lebih tinggi dan mulia.

Kita adalah umat akhir zaman dan kata-kata rasulallah tu semuanya benar. Tanda-tanda umat akhir zaman yang baginda sebutkan juga adalah benar dan kita sedang melaluinya. Apabila fitnah bermaharajalela, pemimpin yang diangkat adalah terdiri daripada golongan orang yang zalim, rasuah menjadi amalan hidup, jurang antara si miskin dan si kaya bertambah, riba pula semakin mendapat tempat disegenap ruang kehidupan, peperangan di sana sini, kutuk mengutuk sesama Islam, gempa dan bencara alam kerap terjadi dan banyak lagi.

Hanya tanda-tanda besar saja yang menunggu masa untuk kelihatan kerana hampir semua tanda-tanda kecil kiamat telah ada. Ramai menyangka bahawa mereka telah kembali kepada Islam tapi sebenarnya ramai menjauhinya secara perlahan-lahan. Islam yang diamalkan adalah Islam sangkaan diri sendiri, bukan lagi yang original kerana Islam yang original adalah Islam yang mengenali siapa Tuhan, siapa makhluk.



04 May 2012

Fitnah Akhir Zaman

Kalau ikutkan rasa hati ni memang masih lagi panas bila melihat segala bentuk keganasan dan taktik kotor pihak yang kononnya menjaga keselamatan pada BERSIH 3.0 tempohari. Tapi teringat pula kisah sewaktu penyebaran Islam diperingkat awal dahulu. Pasti penentangan puak kafir pada waktu tu lebih keras dan penyeksaan yang dikenakan ke atas mereka yang memeluk Islam jauh lebih teruk daripada mereka yang kena bantai waktu BERSIH 3.0 tempohari. Aku cuba menenangkan perasaan ni.

Mungkin ada orang kata jangan kaitkan perhimpunan tu dengan Islam. Itu hanya pendapat dia saja. Islam adalah cara hidup yang merangkumi segala aspek. Menuntut keadilan adalah salah satu daripadanya. Jadi bagaimana nak dipisahkan? Aku tegaskan di sini, perhimpunan tersebut bukanlah sebuah perhimpunan yang ganas. Ramai yang bawa anak bini. Ia menjadi ganas apabila ada dalang yang membuat provokasi sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung. Perhimpunan ni juga tiada kena-mengena dengan mengikut telunjuk Ambiga atau sesiapa pun. Semua yang hadir atas kerelaan sendiri bagi menuntut sebuah pilihanraya yang adil. Itu tujuan utama mereka. Jangan mudah terpesong dengan tuduhan pihak tertentu yang kononnya nak selamatkan bangsa Melayu daripada berpecah-belah walhal mereka menyelamatkan lubuk duit masing-masing saja. 

Selang beberapa hari lepas perhimpunan tu keluar pula satu fitnah terhadap si Azmin Ali. Beginilah caranya pihak pemerintah bermain politik kotor. Walaupun tiada yang nak mengaku, tapi bagi orang yang berfikir sudah tentu dapat menghidu dari mana punca datangnya semua ini. Penyebaran fitnah melalui akhbar milik sebuah parti politik tertua negara ni, takkan tanpa pengetahuan presiden parti terbabit? Mereka juga tahu yang ia boleh mendatangkan kerugian ke atas akhbar tersebut apabila disaman berjuta ringgit tapi kenapa masih diteruskan? Barangkali ia merupakan arahan daripada orang atasan?



Peliknya masih ada juga orang yang terpedaya dengan perkara ni. Sama ada orang tu terlalu bodoh atau cuba memperbodohkan yang lain. Fitnah terus canang untuk menjatuhkan lawan dan mengekalkan kuasa diri sendiri. Biar apa pun cara, kuasa mesti dipertahankan. 

Cubalah jadi orang yang mempunyai prinsip daripada hanya mengikut orang lain. Sesetengah orang terpaksa mempercayai cerita sebegini kerana takut dikatakan pembangkang pula. Bimbang juga rezeki tak masuk kalau tak ikut trend semasa. Jadi mereka lebih senang membutakan mata dan memekakkan telinga. Tunduk pada keadaaan. 

Zaman sekarang, orang yang tak sanggup sumpah laknat adalah orang bersalah manakala orang yang membuat tuduhan tak perlu buat apa-apa pun untuk membuktikan tuduhannya. Bayangkan diri sendiri yang kena, bukankah kita akan merasa muak untuk melayan karenah puak-puak yang bermain politik kotor ni? Mereka suruh sumpah, kita pun kena sumpah? Islam apa ni? Tuan-tuan mufti apa bikin kat pejabat tu? Simpan telur? Macam mana boleh jadi mufti kalau nak bercakap tentang kebenaran pun takut? Menentang fitnah termasuk dalam politik pembangkang, kah? Kalau Khairi Jamaluddin sendiri pun yang difitnah, aku tetap berasa marah. Ini bukan lagi soal parti, ini soal attitude. Kenapa mesti gunakan isu seks untuk menjatuhkan maruah seseorang?

Satu lagi. Orang yang berakal dengan orang yang tak berakal pasti ada bezanya. Lihat saja gambar di bawah ni dan siapa yang patut dipersalahkan?


Mengapa mereka bawa anak-anak ke perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari? Sebab perhimpunan tu perhimpunan aman. Lagipun negara ni negara mereka juga, apa sebab mereka tak boleh keluar pada hari berkenaan? Adakah negara sedang darurat? 

Kenapa pula polis sembur air kimia kepada kanak-kanak ni? Jika Israel mengebom Palestin dan sasarannya melibatkan kanak-kanak dan wanita mengapa kita berasa marah? Alasan mereka ialah mereka mengebom pengganas, wanita dan kanak-kanak hanyalah 'kerosakan sampingan'/collateral damage. Tapi bila pihak berkuasa negara kita sendiri yang menyembur air kimia dan menembak gasa pemedih mata kepada wanita dan kanak-kanak (yang mana rakyat kita juga), mengapa kita salahkan mangsa?

Begitulah bodoh dan bengapnya bangsa Melayu. Aku sebut bangsa Melayu kerana bangsa lain pasti akan mengutuk pihak yang menyakiti wanita dan kanak-kanak ini. Hanya bangsa Melayu saja masih ada yang buta akal menyokong! 







02 May 2011

Bodoh!

Sibuk pulak pasal Osama dah meninggal ke belum. Korang kenal ke sape Osama tu? Apa yang diperjuangkannya? Beria-ria sangat sokong apsal? Kalau betul dia, betullah. Kita sokong membuta tuli buat apa?

Ayat aku di atas bukan untuk mencela atau menempelak Osama tapi masyarakat Melayu kita yang bodoh ni mudah sangat menyibuk hal-hal yang diluar kemampuan mereka. Kalau betul Osama dah takde, apa kaitan dengan kita bangsa Melayu? Dia memperjuangkan Islam, kita ada tolong? Dalam negara kita sendiri pun, orang yang sama kulit dengan kita ditomah, dicaci, dihina dan dimalukan kita boleh je diam. Ini bila Osama diberitakan dah mati, Melayu kita pulak sibuk-sibuk. Terus semua jadi pandai cakap pasal agama. Kenal Osama pun tak. Bodoh!

18 April 2011

Penipu bertopengkan Islam

Satu perkara lucu telah pun berlaku...


Inilah orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut.


Nampak beriman, kan? Dengan janggut sejemput dan kopiah meninggi, orang awam biasa akan menganggap lelaki ini sebagai seorang yang berpewatakan warak, baik, ikhlas dan sebagainya. Tapi realitinya, inilah contoh terbaik munafik di negara kita yang terkini. Munafik yang bersolat 5 kali sehari semalam dan berpuasa di bulan Ramadhan (kalaulah dia solat & puasa). Mengapa dia munafik? Sebab orang yang takutkan Allah tak buat perkara-perkara macam ni. Dia sendiri tak tengok video tu, tapi terburu-buru buat tuduhan melulu dengan keyakinan hingga 110%. Apa cerita ni? Sila baca balik kenyataan si laknat ni yang akhirnya terkena pada dirinya sendiri.

Mari kita tanya diri kita. Mengapa seseorang itu dinilai darisegi pakaian dan perwatakannya semata-mata? Mengapa ini menjadi kayu ukur pada peribadi seeorang dalam menentukan akhlak dan sikap dirinya yang sebenar?

Mari lihat lagi gambar lelaki yang 'beriman' ini.



Tentu ramai yang tak sangka lelaki ini mempunyai perangai buruk & keji. Apa pun perancangan lelaki ini, Allah juga ada rancanganNYA dan rancangan Allahlah jua yang akan berjaya.

Bagi yang mendapat petunjuk dan perlindungan daripadaNYA, maka orang itu tetap kekal dalam pemeliharaan Allah jua.

Lelaki ini:

Malaysia's opposition leader Dr Anwar Ibrahim will give a special lecture at the University of Sydney.

Kepada lelaki ini, semoga anda berada dalam penjagaan Allah sentiasa. Semoga anda juga terus tabahkan hati dan kuatkan semangat dalam mengharungi liku-liku perjalanan politik kotor di negara ini. Insya'Allah, hati-hati kami akan kekal bersama anda selagi kami diberi petunjuk oleh NYA.

28 March 2011

fitnah

kita perlu ada pendapat sendiri dan yakin dengan pendapat kita. tu yang aku kira penting. dengan ini kita tak mudah goyang dengan cabaran dan berita yang mendatang kerana kita telah ada pegangan diri.

mudahnya orang mempercayai sesuatu berita tanpa asal-usul periksa walaupun mereka ni solat 5 waktu. soalnya adakah itu pengukur keimanan seseorang? belum tentu bang! tunjukkan kepada aku satu makhluk yang boleh lihat keikhlasan seseorang dalam beribadat.

alhamdulillah, setakat ni aku masih dicekalkan hati untuk mempertahankan pendapat aku daripada anasir-anasir fitnah. bodohnya mereka yang solat tapi kosong. baca al quran tapi bongok. rasa iman didada telah mantap tapi perangai lebih teruk daripada iblis.

hah! cakap pasal iblis. bukan nak membesar-besarkan iblis si laknat tu. cumanya, dia tu asalnya ahli ibadah dan berilmu tinggi. dosa dia hanya kerana tak sujud pada nabi adam. dosa manusia pula berbilang bangsa banyaknya. menduakan Allah tanpa disedari adalah pasti.

iblis tak pernah menduakan tuhannya. perlu diingat, dosa yang takkan diampunkan Allah adalah syirik. jelaslah bahawa manusia lebih hebat jahatnya daripada si iblis. tapi dalam masa yang sama manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat. kenapa? sebab malaikat tiada nafsu jadi tiadalah mereka membuat dosa. manusia pula dikurniakan pelbagai jenis nafsu tapi masih mampu mentauhidkan Allah. kan hebat manusia ni. itu pasal manusia dijadikan sebagai khalifah, bukan malaikat.

sudah-sudahlah bab fitnah-memfitnah ni. letaklah seburuk mana pun fitnah tapi kalau Allah lindungkan juga bagaimana? belajar daripada sejarah nabi kita. baginda pun difitnah juga. andaikata kita ditakdirkan hidup pada zaman nabi membawa ajaran islam, adakah kita orang yang akan mengikuti baginda atau kita akan ikut abu lahab? tepuk dada, tanya iman la brader.

19 March 2011

berita mengarut

satu benda yang perlu kita fikir dan teliti betul-betul. mulut pandai bercakap, kalau terima berita selidik la betul-betul baru percaya. tapi bila terjadi dalam kehidupan tak pulak diamalkan melainkan bila terkena batang hidung sendiri.

nah!


surat khabar ni memang femes dengan berita-berita hangat. tapi melalui pengalaman aku sendiri, berita betul kurang daripada 10% je.

contohnya berita kat atas ni. aku bukan nak sebelahkan sangat tok belagak sebab takde komisyen pun untuk aku kalau bela dia. cuma aku rasa terpanggil untuk cerita skit sebab aku dah jumpa dia pun. tapi kalau nak kata dia sesat baca yasin cara undur, ramai je yang buat cara tu. haron din, ismail kamus, tok-tok kiyai semua ada buat. yasin 7 mubin dikatakan yasin mengundur. bongok punya harian metro.

maklum la nak sedapkan berita. laris sikit. jual fitnah, kasi anak bini makan. semua keje melingkupkan orang lain.

nak tau kes aku apa pulak? dulu aku ada buang patung tanah liat yang aku bungkus elok-elok dengan kain kapan. siap lumur dengan air lumpur lagi. tujuannya saja-saja je. aku letak dalam bonet saga aku. agak lama jugak la. 2 bulan lebih. tiap kali aku buka bonet tu waktu malam, aku sendiri macam seram jugak tengok 'mayat kecik' tu. lalu satu hari lepas menghantar member aku balik ke rumah dia waktu tengah malam, aku pun stop tepi jalan taman perumahan tu. kebetulan kawasan tu cerah, jadi aku berani la skit untuk berhenti dan buang benda alah tu. aku campakkan aje ke tepi jalan.

esoknya satu taman tu kecoh kononnya ada orang buang janin. isteri member aku la cerita kat member aku. dia pulak sampaikan pada aku. tiba-tiba aku teringat tentang benda yang aku buang malam sebelumnya tu. aduh....! jadi kes polis terus. siap hantar di hospital untuk dibedah siasat. mujur polis kata ni mainan budak-budak untuk menakut-nakutkan orang je. kes ditutup. wah, lega aku.

esoknya pulak nak tau harian metro tulis apa? satu kawasan perkuburan lama ditemui di taman perumahan. satu janin dikeluarkan dan didapati menyerupai 'mayat kecil' yang digunakan untuk upacara vodoo.

kan ke mengarut. aku yang buat, aku la lebih tau. aku pun tak perasan rupanya aku pegi campak benda alah tu kat gerai makcik jual goreng pisang. kecoh la dia tentang ada orang nak anaiya kedai dia. entah berapa bomoh dia jumpa nak tawarkan balik 'sihir' tu.

masa tu aku faham harian metro ni macam mana. mereka jual fitnah. hanya orang-orang yang suka dengan fitnah je baca paper tu. mereka bukan nak fikir/siasat pun betul ke tak berita tu. terima bulat-bulat je.

jadi, tu pasal la aku rasa terpanggil untuk bercerita sikit tentang isu semasa baru yang keluar dalam berita fitnah tu. bukan aku ada kena-mengena dengan tok belagak tu pun. mungkin dia belagak sangat dan tuhan nak uji dia. nasib badan le.

surat khabar tu kecik, warna menarik & nampak macam padat. tu pasal orang suka beli. tapi berita dalam tu memang penuh dengan fitnah. sebab tu dia lain daripada yang lain.

tentang boleh scan orang mana ahli syurga neraka tu tokok tambah je untuk menyedapkan jalan cerita. cari balik paper tu dan baca ada tak komen daripada pihak jais atau jakim. haram takde. diaorg tulis untuk buat paper laris je.

dah la. sampai bila nak solat tunggang terbalik tapi fitnah pun kita tolong sebarkan? solat pekejadahnya....!