Showing posts with label ilmu hitam. Show all posts
Showing posts with label ilmu hitam. Show all posts

15 December 2012

Wasangka

Hanya kerana aku selalu bercerita tentang sihir, perkara-perkara mistik, hal-hal yang berkaitan dengan jin dan sebagainya, ada pulak member yang risau aku mungkin akan apa-apakan dia dan keluarganya bila berlaga angin.

Macam ni punya member pun ada? 

Apa guna berkawan jika syak wasangka@buruk sangka masih menebal?

Pergi jahanamlah...

10 June 2012

Kena sihir

Kenapa bila terkena sihir dan berubat tapi masih ada lagi sihir tu?

1. Sihir bukan sekali tembak saja. Kebanyakan sihir yang dilakukan atas sebab dendam kesumat sentiasa berterusan sama ada yang dituju mati atau yang menghantar dan yang mengupah mati dulu.

2. Rawatan kurang berkesan. Bukan semua perawat/bomoh/pawang mampu melawan sihir. Mereka yang berusaha mengubati sihir orang lain pasti akan diuji juga dengan bomoh yang menghantar sihir. Di sini, siapa kuat dialah yang akan bertahan dan menang.

3. Berubat dengan orang yang menggunakan akuan/sahabat/bantuan daripada jin kafir. Jin kafir ni hanya akan menambahkan lagi parah orang yang terkena sihir, bukan membantu pun.

4. Mempunyai saka. Orang yang disihir, jika mempunyai saka, maka sakanya akan bergabung dengan sihir tadi. Walaupun tujuan asal saka tu adalah untuk melindungi tuan empunya diri namun jika saka terbiar dan tak dijaga dah tentu akan makan tuannya.

Nabi S.A.W pun disihir, apatah lagi kita orang awam biasa ni. Jadi, lebih baik mengambil langkah berhati-hati. Bukanlah bermakna apabila kita memakai 'pendinding' kita akan selamat daripada sihir. Sesungguhnya tak bergerak suatu zarah pun melainkan dengan izin Allah jua. Apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil langkah-langkah yang perlu untun mencegah diri dan keluarga daripada terkena sihir. Umpama seorang polis memakai jaket kalis peluru. Bukanlah bermakna dengan memakai jaket ini polis tersebut takkan kena tembak tetapi kesan kena tembak dapat diminimumkan apabila memakai jaket ini. Macam tulah juga amalan pendinding diri. Sekurang-kurangnya kita mengambil langkah berjaga-jaga. 

Bukanlah aku nak mengagung-agungkan sangat sihir ni tapi tak salah rasanya kalau kita tahu serba sikit tentangnya. Ilmu sihir bukan terhad kepada tanam barang, puja patung, berkawan dengan jin kafir dan lain-lain lagi tapi ilmu sihir merangkumi penggunaan roh-roh hitam (roh orang yang semasa hidupnya memang mengamalkan ilmu hitam) seperti roh para sami buddha, roh para bomoh ilmu hitam handalan terdahulu dan penggunaan jin-jin sakti dari bangsa jin kafir seperti golongan ifrit dan seangkatan dengannya. Jin dapat hidup beratus malah beribu tahun, tentu saja mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang lebih banyak daripada manusia biasa. Jadi jangan pandang sebelah mata saja dengan mengatakan kitalah lebih hebat sebab kita adalah khalifah. Khalifah apa kalau hati masih dikawal nafsu dan iman baru sekupang dua?


05 November 2011

Orang minyak

Selalunya aku hanya dengar atau baca saja kisah-kisah kampung orang lain, tapi kali ni tempat aku sendiri mengalami masalah yang biasa didengar kat tempat-tempat lain. Zaman sekarang pun masih banyak lagi berlaku perkara-perkara yang tak masuk akal, menjadikan manusia semakin terkebelakang. Bukanlah maksud aku mempercayainya itu terkebelakang kerana soal percaya atau tidak itu hak masing-masing. Maksud aku terkebelakang kerana masih ada lagi manusia yang sanggup bersekongkol dengan makhluk halus seperti jin dan syaitan untuk suatu tujuan tertentu. Walhal semua tahu, ia akan berakhir dengan cara yang hina dan keji.

Mereka mengatakan orang minyak, ada yang kata bukan, ada juga yang kata orang yang mengamalkan ilmu salah dan macam-macam lagi. Pada aku, semua sama saja. Untuk apa belajar ilmu yang merosakkan diri sendiri dan orang lain? Panggil saja apa kamu suka, perbuatan salah tetap salah dan pasti akan menerima balasan buruk juga.

Hikmah disebalik perkara ni mungkin menjadikan penduduk lebih mesra antara satu sama lain disebabkan terpaksa meronda ramai-ramai waktu malam. Tentu saja ada juga berlaku hal-hal yang tak sepatutnya seperti perselisihan faham, gila kuasa, mengarah macam dialah bos, nak tunjuk power dan lain-lain. Lantaklah apa pun, tapi semua tetap mempunyai tujuan yang sama iaitu menghapuskan gejala 'orang minyak' yang makin menjadi-jadi.

Teringat aku pada seorang pakcik yang aku jumpa di kedai kopi tak lama dulu. Cakap pasal alam mistik berdegar-degar. Itu ini dia boleh. Aku yakin ramai saja yang macam dia. Maklumlah, ilmu ghaib ni tak ramai yang tahu. Jad ibagi mereka yang tau sikit-sikit tu boleh la menunjuk. Lain orang, lain caranya. Bila terjadi perkara macam ni, mana mereka ye? Duduk diam-diam kat rumah jaga anak bini ke? Patutnya masa ni la nak test ilmu power ke tak.

Apa pun, 'orang minyak' (jika benarlah orang minyak) bukanlah 'kosong'. Sebab, makin ramai orang yang berkawal, makin polis berjaga-jaga dan orang kampung berwaspada, makin menjadi-jadi perangai buruk dia. Mungkin dia ni hati kering atau saja mencabar orang kampung. Biasanya begitulah.

Apa pun aku bukanlah orang yang arif sangat tentang hal-hal seperti ni. Kalau kita tanya pendapat orang-orang yang berkebolehan untuk melihat/mendengar atau memasuki alam ghaib, mungkin mereka boleh jelaskan dengan lebih mendalam apa disebalik semua ni.

Di sini aku sediakan sedikit persoalan yang mungkin dapat membantu seseorang memahami perkara ni:

Mengapa orang minyak dikatakan tak dapat ditangkap walaupun telah dikepung?
Biasanya manusia terkutuk ni boleh menghilangkan diri, menyamar jadi binatang seperti kucing atau kelawar dan mungkin juga melayang begitu saja. Mungkin juga dia ada dikawasan tu tapi orang tak nampak (halimunan).

Macam mana dia masuk sedangkan tiada kesan pecahmasuk di rumah?
Orang minyak (atau sesiapa saja yang mengamalkan ilmu seperti ni) tak perlu masuk ikut pintu atau tingkap. Selagi ada laluan udara/angin yang masuk, dia boleh masuk melaluinya. Inilah salah satu kelebihan jin yang mendampingi manusia seperti ni.

Kenapa perlu rogol anak dara sunti?
Ini adalah syarat yang perlu dipatuhi dalam menuntut ilmu seperti ni. Dah tentu sekali syarat ni ditetapkan oleh jin pendamping melalui 'tok guru sesat' yang mengajarkan kepada orang yang berkenaan. Merogol anak dara sunti lebih sukar berbanding merogol pelacur atau bohsia. Anak dara sunti biasanya budak perempuan yang masih bersekolah dan ia lebih sukar dilakukan kerana budak biasanya akan melawan dan menjerit. Tapi kalau rogol/cabul pelacur, senang sangat. Kalau kantoi, dah tentu kena sabit merogol kanak-kanak bawah umur. Nampak tak bagaimana jin kafir ni menyusahkan manusia? Tapi manusia yang bodoh memandang perkara ni sebagai satu kelebihan.

Kenapa lepas satu kes, satu lagi jadi. Bila nak habis?
Syarat yang ditetapkan mungkin menerangkan lebih lanjut mengenai bilangan anak dara sunti yang perlu dirogol/cabul dan tempoh yang tertentu sebelum ilmunya boleh 'menjadi' atau matang. Sebagai contoh, 'orang minyak' berkenaan perlu merogol 40 orang anak dara sunti dalam masa 100 hari. Jika tak, sesuatu yang buruk akan menimpanya. Mungkin dia akan terima musibah seperti menjadi manusia berkepala anjing atau sebagainya. Satu syarat berat yang akhirnya menyusahkan pengamal tu juga. Adakah ni satu kelebihan?

Bagaimana nak menghalang perkara ini daripada berlaku?
Perkara ghaib harus ditentang dengan cara ghaib juga. Tak boleh guna tenaga kasar semata-mata. Bukan bermaksud ilmu syaitan tu tinggi, tapi untuk mencapai sesuatu matlamat, perlu ada caranya. Barulah berkesan. Biasanya kalau orang dapat pegang sekali pun, 'orang minyak' ni akan dapat lepaskan diri. Semuanya dibantu oleh jin yang mendampinginya. Jadi cara bagaimana yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ni? Sebenarnya, cara tu bergantung pada diri masing-masing. Tanyalah pada yang lebih arif. Ada orang kata baca saja ayat-ayat al-quran yang tertentu. Boleh juga, tapi keyakinan tetap pada diri masing-masing. Ada yang kata, tabur kelopak jantung pisang, bawa limau nipis dan sebagainya. Apa pun, jangan tergelincir iktikad kita bahawa tidak bergerak sesuatu dilangit dan dibumi melainkan dengan izin dan dalam pengetahuan Allah jua. Ilmu syaitan terbatas tapi ilmu manusia tak terbatas. Kenapa? Carilah sendiri maksud tersiratnya.

Semoga penjelasan ni dapat membantu sedikit sebanyak kepada orang yang memerlukan. Apabila tiba suatu musibah, sama-samalah kita berganding bahu berusaha dan berdoa agar diberi kekuatan dalam menempuhi ujian ni.