Showing posts with label sihir. Show all posts
Showing posts with label sihir. Show all posts

15 December 2012

Wasangka

Hanya kerana aku selalu bercerita tentang sihir, perkara-perkara mistik, hal-hal yang berkaitan dengan jin dan sebagainya, ada pulak member yang risau aku mungkin akan apa-apakan dia dan keluarganya bila berlaga angin.

Macam ni punya member pun ada? 

Apa guna berkawan jika syak wasangka@buruk sangka masih menebal?

Pergi jahanamlah...

10 June 2012

Kena sihir

Kenapa bila terkena sihir dan berubat tapi masih ada lagi sihir tu?

1. Sihir bukan sekali tembak saja. Kebanyakan sihir yang dilakukan atas sebab dendam kesumat sentiasa berterusan sama ada yang dituju mati atau yang menghantar dan yang mengupah mati dulu.

2. Rawatan kurang berkesan. Bukan semua perawat/bomoh/pawang mampu melawan sihir. Mereka yang berusaha mengubati sihir orang lain pasti akan diuji juga dengan bomoh yang menghantar sihir. Di sini, siapa kuat dialah yang akan bertahan dan menang.

3. Berubat dengan orang yang menggunakan akuan/sahabat/bantuan daripada jin kafir. Jin kafir ni hanya akan menambahkan lagi parah orang yang terkena sihir, bukan membantu pun.

4. Mempunyai saka. Orang yang disihir, jika mempunyai saka, maka sakanya akan bergabung dengan sihir tadi. Walaupun tujuan asal saka tu adalah untuk melindungi tuan empunya diri namun jika saka terbiar dan tak dijaga dah tentu akan makan tuannya.

Nabi S.A.W pun disihir, apatah lagi kita orang awam biasa ni. Jadi, lebih baik mengambil langkah berhati-hati. Bukanlah bermakna apabila kita memakai 'pendinding' kita akan selamat daripada sihir. Sesungguhnya tak bergerak suatu zarah pun melainkan dengan izin Allah jua. Apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil langkah-langkah yang perlu untun mencegah diri dan keluarga daripada terkena sihir. Umpama seorang polis memakai jaket kalis peluru. Bukanlah bermakna dengan memakai jaket ini polis tersebut takkan kena tembak tetapi kesan kena tembak dapat diminimumkan apabila memakai jaket ini. Macam tulah juga amalan pendinding diri. Sekurang-kurangnya kita mengambil langkah berjaga-jaga. 

Bukanlah aku nak mengagung-agungkan sangat sihir ni tapi tak salah rasanya kalau kita tahu serba sikit tentangnya. Ilmu sihir bukan terhad kepada tanam barang, puja patung, berkawan dengan jin kafir dan lain-lain lagi tapi ilmu sihir merangkumi penggunaan roh-roh hitam (roh orang yang semasa hidupnya memang mengamalkan ilmu hitam) seperti roh para sami buddha, roh para bomoh ilmu hitam handalan terdahulu dan penggunaan jin-jin sakti dari bangsa jin kafir seperti golongan ifrit dan seangkatan dengannya. Jin dapat hidup beratus malah beribu tahun, tentu saja mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang lebih banyak daripada manusia biasa. Jadi jangan pandang sebelah mata saja dengan mengatakan kitalah lebih hebat sebab kita adalah khalifah. Khalifah apa kalau hati masih dikawal nafsu dan iman baru sekupang dua?


08 January 2012

Sihir

Apa yang aku nak tulis ni adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan aku terhadap perkara yang dah lama aku pendamkan ni. Pernah juga aku diuji waktu tengah rancak bersembang tentang perkara ni. Itulah adat orang Melayu kita. Perkara ni takkan dapat dipisahkan dengan kehidupan seharian kita sama ada kita mahu atau tak mahu.

Sihir telah wujud sejak zaman nabi Musa lagi. Dah masih diamalkan oleh masyarakat zaman ni. Bukan soal kolot atau tidak, tapi ia merupakan satu cabang ilmu yang ada dalam alam ni. Seperti kata nabi Muhammad, tidak ada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati. Sihir berlaku sudah pasti dengan bantuan daripada jin-jin kafir yang dipuja oleh si tukang sihir. Itu satu teori yang paling ringkas. Tanpa penglibatan makhluk-makhluk ni, tiadalah sihir. Seseorang cuma perlu bijak untuk menyeru dan menyuruh jin-jin kafir ni mengikuti kehendaknnya dan sebagai balasan si tukang sihir tu pula perlu menyediakan apa yang jin-jin kafir ni minta. Dari sini lahir perbuatan memberi ancak dan sebagainya.

Sihir biasannya dilakukan oleh mereka yang bersifat dengki dan tak puas hati kepada seseorang. Untuk memukul seseorang tanpa orang tu mengetahui siapa yang memukulnya adalah sesuatu yang sangkut sukar untuk dilakukan. Jadi sebab itulah ada orang memilih jalan untuk melakukan sihir kepada orang yang dibencinya kerana sihir seolah-olah seperti membaling batu dan sembunyi tangan. Dari segi undang-undang sedia ada pun adalah hampir mustahil untuk membuktikannya.


Ramai orang menyangka semakin maju kita, semakin luputlah aktivti sihir ni. Tapi mereka silap. Zaman sekarang lebih ramai manusia yang mengambil upah untuk menyihir manusia lain. Selagi perasaan dengki, tak puas hati dan suka melihat orang lain jatuh, selagi itulah sihir tetap akan bersama dengan manusia. Dalam ertikata lain, semakin kita maju, semakin ramai pula bomoh-bomoh yang menawarkan khidmat mereka. Bermula daripada untuk mengubat penyakit, kemudian apabila ditawarkan wang yang lebih, mereka sanggup buat apa saja. tak percaya? Cubalah tanya. Di kawasan utara, bomoh-bomoh Siam memberikan khidmat mereka macam klinik-klinik swasta di KL saja. Asalkan harganya berpatutan, mereka sanggup buat apa saja.

Ilmu seperti ni kelihatan amat susah untuk ditemui, tapi pada hakikatnya adalah mudah sekali. Dalam internet, dalam buku-buku yang berada di pasaran dan di mana-mana saja, ilmu sihir mudah diperolehi. Contoh paling mudah ialah, jampi mentera. Jampi mentera yang diamalkan tanpa mengetahui asal-usul dan maksud sebenar juga boleh menjurus ke arah sihir. Paling mudah, sihir pengasih. Salah satu yang paling terkenal ialah "Panah Arjuna". Ada orang memanggilnya "Panah Ranjuna". Apa pun, ia tetap sama. Aku takkan tulis menteranya di sini kerana pasti ramai yang akan mencuba. Kekuatan mentera ini bukanlah terletak pada pembacaan yang betul ataupun berapa kali seseorang membacanya. Ia mestilah disertai dengan keyakinan dan petua yang tertentu. Tanpa petua, tahu menteranya pun tak berguna. Ramai orang mengklasifikasikan "Panahj Arjuna" sebagai salah satu ilmu pengasih yang boleh diamalkan kerana tidak menyalahi hukum agama. Itu pendapat mereka. Tapi tahukan mereka 'siapa' yang hadir apabila mentera tersebut dibacakan dengan mengikut petua-petua yang tertentu? Makhluk yang hadir digambarkan seperti beberapa ekor beruk/monyet yang sederhana besar memegang panah-panah seperti dalam filem lalu memanah hati orang yang dituju agar berasa cinta dan kasih kepada orang yang memujanya.

Apalah makna kasih sayang yang dipaksa-paksa dan dipupuk oleh beruk-beruk (jin) ni tadi? Ia tetap bersifat sementara. Selagi mana jampi serapah/mentera tu berkesan. Selagi mana orang yang mengamalkannya tak melanggar pantang-larang yang telah ditetapkan.

Siapakah Arjuna yang disebut-sebut dalam mentera ini? Pengaruh mentera ini terdiri daripada unsur-unusr hindu yang kuat. Sila cari kisah berkaitan dengan Mahabharata dan anda akan mengetahui lebih lanjut. Arjuna bukanlah nama seorang Melayu. Ia lebih kepada watak seorang dewa dalam sebuah hikayat hindu.


Ilmu Panah Arjuna bukan menggunakan jin-jin khadam biasa tetapi menggunakan si Ifrit yang bijak sekiranya diamalkan mengikut petua-petua yang betul. Kadang-kadang si pengamal langsung tidak tahu tentang apa yang datang sewaktu mentera dibaca. Si pengamal hanya pegang pesan guru supaya yakin dan teruskan membaca mengikut petua yang diberi. Memang jika dilihat dari sudut bahasa dalam mentera Panah Arjuna ini tiada satupun perkataan yang menyekutukan Allah dan atas sebab itu ramai yang menganggapnya tidak salah untuk diamalkan. Bayangkan begini, anda mengamalkan mentera ini untuk tujuan memikat si gadis supaya dia suka kepada anda. Walhal, perasaan suka tu bukan datang dengan sendirinya tetapi dengan bantuan jin-jin ifrit berupa beruk yang memaksa batin gadis tadi sehingga terbayang-bayangkan anda setiap masa. Adilkah?

Selidik dulu siapa si Arjuna yang anda seru sebelum menyerunya. Ini adalah satu contoh sihir kecil dalam bab ilmu pengasih. Banyak lagi sihir-sihir dalam cabang ilmu yang sama yang melibatkan penggunaan lebih banyak jin-jin sihir melalui minyak-minyak pengasih yang berlambak dijual dipasaran. Hampir semuanya diakui oleh si penjual tidak salah disisi syarak.

Jampi serapah dalam bahasa Melayu terlalu banyak. Tak kurang juga dalam bahasa Jawa, yang mana tak ramai yang memahami maksudnya. Mengamalkan sesuatu yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya adalah sama seperti memandu kereta diwaktu malam sambil menutup lampu. Sampai bila pun kita akan tetap meraba-raba dalam kegelapan malam. Pun begitu, tak semua jampi serapah atau mentera ini mensyirikkan Allah. Ada juga yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu untuk menjaga kampung mereka daripada ancaman komunis, binatang-binatang liar dan lain-lain yang boleh mengancam mereka dan keluarga. Pokok pangkalnya pegangan mereka tidak berubah, iaitu semua yang terjadi adalah dengan izin Allah jua. Di sinilah keyakinan yang dimaksudkan dalam setiap jampi serapah atau mentera yang tidak menyalahi syarak. Lagi kuat keyakinan si pengamal, lagi berkesan sesuatu amalan mereka. Ini kerana setiap mentera yang mereka baca merupakan satu doa yang dipanjatkan kepada Allah dan terserah kepadaNya jua untuk menentukan sesuatu usaha tu diberkati atau tidak.

Perkara yang berkaitan dengan mistik atau misteri memang menarik minat ramai orang. Namun, kita perlu berhati-hati atas setiap apa yang kita ikut atau amalkan. Lebih baik berguru dengan guru yang layak daripada mengambil amalan daripada internet atau buku. Bukan apa, guru yang baik pasti akan memberi bimbingan yang sebaik mungkin kepada anak muridnya tetapi jika menuntut melalui buku saja, siapa yang akan membimbing kita? Berhubung dengan guru juga ada adab-adab tertentu yang harus dipatuhi dan bukanlah semudah meminta saja. Setiap amalan yang diberikan pasti akan membuahkan persoalan yang seterusnya akan ditanyakan kepada sang guru untuk maklumat lanjut. Ujian atau perjalanan yang ditempuhi seseorang dalam menuntut ilmu seperti ini adalah berbeza dengan orang lain. Jadi, hanya guru saja yang tahu apakah ilmu yang kita tuntut itu sesuai atau tidak dengan diri dan sifat kita.

Itulah pentingnya berguru. Tiada jalan pintas untuk menuntut ilmu melainkan belajar dari mula/bawah. Tinggalkanlah amalan yang dipelajari secara membuta tuli tanpa guru kerana kita tak tahu hujung pangkal amalan tersebut tanpa melalui sang guru.





05 November 2011

Orang minyak

Selalunya aku hanya dengar atau baca saja kisah-kisah kampung orang lain, tapi kali ni tempat aku sendiri mengalami masalah yang biasa didengar kat tempat-tempat lain. Zaman sekarang pun masih banyak lagi berlaku perkara-perkara yang tak masuk akal, menjadikan manusia semakin terkebelakang. Bukanlah maksud aku mempercayainya itu terkebelakang kerana soal percaya atau tidak itu hak masing-masing. Maksud aku terkebelakang kerana masih ada lagi manusia yang sanggup bersekongkol dengan makhluk halus seperti jin dan syaitan untuk suatu tujuan tertentu. Walhal semua tahu, ia akan berakhir dengan cara yang hina dan keji.

Mereka mengatakan orang minyak, ada yang kata bukan, ada juga yang kata orang yang mengamalkan ilmu salah dan macam-macam lagi. Pada aku, semua sama saja. Untuk apa belajar ilmu yang merosakkan diri sendiri dan orang lain? Panggil saja apa kamu suka, perbuatan salah tetap salah dan pasti akan menerima balasan buruk juga.

Hikmah disebalik perkara ni mungkin menjadikan penduduk lebih mesra antara satu sama lain disebabkan terpaksa meronda ramai-ramai waktu malam. Tentu saja ada juga berlaku hal-hal yang tak sepatutnya seperti perselisihan faham, gila kuasa, mengarah macam dialah bos, nak tunjuk power dan lain-lain. Lantaklah apa pun, tapi semua tetap mempunyai tujuan yang sama iaitu menghapuskan gejala 'orang minyak' yang makin menjadi-jadi.

Teringat aku pada seorang pakcik yang aku jumpa di kedai kopi tak lama dulu. Cakap pasal alam mistik berdegar-degar. Itu ini dia boleh. Aku yakin ramai saja yang macam dia. Maklumlah, ilmu ghaib ni tak ramai yang tahu. Jad ibagi mereka yang tau sikit-sikit tu boleh la menunjuk. Lain orang, lain caranya. Bila terjadi perkara macam ni, mana mereka ye? Duduk diam-diam kat rumah jaga anak bini ke? Patutnya masa ni la nak test ilmu power ke tak.

Apa pun, 'orang minyak' (jika benarlah orang minyak) bukanlah 'kosong'. Sebab, makin ramai orang yang berkawal, makin polis berjaga-jaga dan orang kampung berwaspada, makin menjadi-jadi perangai buruk dia. Mungkin dia ni hati kering atau saja mencabar orang kampung. Biasanya begitulah.

Apa pun aku bukanlah orang yang arif sangat tentang hal-hal seperti ni. Kalau kita tanya pendapat orang-orang yang berkebolehan untuk melihat/mendengar atau memasuki alam ghaib, mungkin mereka boleh jelaskan dengan lebih mendalam apa disebalik semua ni.

Di sini aku sediakan sedikit persoalan yang mungkin dapat membantu seseorang memahami perkara ni:

Mengapa orang minyak dikatakan tak dapat ditangkap walaupun telah dikepung?
Biasanya manusia terkutuk ni boleh menghilangkan diri, menyamar jadi binatang seperti kucing atau kelawar dan mungkin juga melayang begitu saja. Mungkin juga dia ada dikawasan tu tapi orang tak nampak (halimunan).

Macam mana dia masuk sedangkan tiada kesan pecahmasuk di rumah?
Orang minyak (atau sesiapa saja yang mengamalkan ilmu seperti ni) tak perlu masuk ikut pintu atau tingkap. Selagi ada laluan udara/angin yang masuk, dia boleh masuk melaluinya. Inilah salah satu kelebihan jin yang mendampingi manusia seperti ni.

Kenapa perlu rogol anak dara sunti?
Ini adalah syarat yang perlu dipatuhi dalam menuntut ilmu seperti ni. Dah tentu sekali syarat ni ditetapkan oleh jin pendamping melalui 'tok guru sesat' yang mengajarkan kepada orang yang berkenaan. Merogol anak dara sunti lebih sukar berbanding merogol pelacur atau bohsia. Anak dara sunti biasanya budak perempuan yang masih bersekolah dan ia lebih sukar dilakukan kerana budak biasanya akan melawan dan menjerit. Tapi kalau rogol/cabul pelacur, senang sangat. Kalau kantoi, dah tentu kena sabit merogol kanak-kanak bawah umur. Nampak tak bagaimana jin kafir ni menyusahkan manusia? Tapi manusia yang bodoh memandang perkara ni sebagai satu kelebihan.

Kenapa lepas satu kes, satu lagi jadi. Bila nak habis?
Syarat yang ditetapkan mungkin menerangkan lebih lanjut mengenai bilangan anak dara sunti yang perlu dirogol/cabul dan tempoh yang tertentu sebelum ilmunya boleh 'menjadi' atau matang. Sebagai contoh, 'orang minyak' berkenaan perlu merogol 40 orang anak dara sunti dalam masa 100 hari. Jika tak, sesuatu yang buruk akan menimpanya. Mungkin dia akan terima musibah seperti menjadi manusia berkepala anjing atau sebagainya. Satu syarat berat yang akhirnya menyusahkan pengamal tu juga. Adakah ni satu kelebihan?

Bagaimana nak menghalang perkara ini daripada berlaku?
Perkara ghaib harus ditentang dengan cara ghaib juga. Tak boleh guna tenaga kasar semata-mata. Bukan bermaksud ilmu syaitan tu tinggi, tapi untuk mencapai sesuatu matlamat, perlu ada caranya. Barulah berkesan. Biasanya kalau orang dapat pegang sekali pun, 'orang minyak' ni akan dapat lepaskan diri. Semuanya dibantu oleh jin yang mendampinginya. Jadi cara bagaimana yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ni? Sebenarnya, cara tu bergantung pada diri masing-masing. Tanyalah pada yang lebih arif. Ada orang kata baca saja ayat-ayat al-quran yang tertentu. Boleh juga, tapi keyakinan tetap pada diri masing-masing. Ada yang kata, tabur kelopak jantung pisang, bawa limau nipis dan sebagainya. Apa pun, jangan tergelincir iktikad kita bahawa tidak bergerak sesuatu dilangit dan dibumi melainkan dengan izin dan dalam pengetahuan Allah jua. Ilmu syaitan terbatas tapi ilmu manusia tak terbatas. Kenapa? Carilah sendiri maksud tersiratnya.

Semoga penjelasan ni dapat membantu sedikit sebanyak kepada orang yang memerlukan. Apabila tiba suatu musibah, sama-samalah kita berganding bahu berusaha dan berdoa agar diberi kekuatan dalam menempuhi ujian ni.

28 March 2011

sihir

baru-baru ni ada orang menguji aku lagi. kali ni di kedai makan waktu aku tengah bersarapan. ada sorang pakcik tengah minum seorang diri. aku perasan yang dia dok pasang telinga tentang apa yang aku bualkan dengan member aku.

saja aku tak nak blah awal. sembang lagi. pakcik ni terus pasang telinga. topik perbualan aku dan member tu sekitar bab solat, bomoh palsu dan alam ghaib. sebelum pakcik tu angkat bontot dia (blah dari situ la), aku perasan dia hembus asap rokok betul-betul belakang aku. aku tak syak apa-apa sebab tak baik buruk sangka sampai tahap begitu.

balik je ke opis aku rasa lain. terus dapat mc. hari kedua sama juga, malah makin teruk. seperti biasa, kalau dah terasa lain ni aku akan merujuk kepada pakar rujuk aku. dan confirmlah aku disihir.

apa lagi. adat kena sihir wajib pada aku untuk dibalas. 3 hari diperlukan dan kini pakcik tu dah tergolek dog dan mungkin masih belum jumpa cara-cara untuk memulihkan diri. almaklumlah, benda sendiri punya. macam anjing, kadang-kadang binatang tu pun gigit tuan.

inilah adat dan lumrah orang melayu. baling batu suka sembunyi tangan. dengki tak pernah nak habis. semoga berjaya mengubat diri sendiri aku ucapkan kepada pakcik tu. sila belajar daripada pengalaman ni.

jangan menganaiya orang kelak terkena diri sendiri pulak. itu jam siapa pun tak boleh tolong kerana Allah punya kuasa.




karut

dulu aku minat betul dgn perubatan cara islam ni. teringin sungguh aku nak belajar. tapi hari ni, aku tak berapa nak minat lagi. macam-macam jalan dan macam-macam cara ada. banyak yang bercampur baur dengan ilmu hitam dan sihir.

ada yang terus menerus dengan alam yang lagi satu. seolah-olah alam itulah yang baik. lari dari tajuk asal. salah atau tidak bukan aku yang menghukum. cuma aku dah semakin kurang berminat. membaca blog orang lain tentang perkara-perkara mistik seperti batu delima kebal, tarik duit dan lain-lain menjadikan aku muak dengan semua ni.

karut saja semuanya. bukan karut bermaksud tak menjadi, tapi karut bermaksud sia-sia saja. semuanya telah berlalu bagi aku. alhamdulillah kerana aku dah laluinya waktu aku hujung 20an. kini aku tak berminat lagi.

apa yang kita nak, minta saja pada Allah. soal dapat tak dapat bukan kerja kita dah. minta saja dan berserah. itu yang aku faham daripada seorang sahabat.

21 February 2011

sihir

masyarakat melayu kita memang takkan dapat dipisahkan dengan perbuatan dan perkataan sihir. adakah hanya melayu saja? sebenarnya bangsa lain pun hentam sesama sendiri juga dengan menggunakan sihir. cuma bangsa melayu tergolong dalam kumpulan majoriti.

kenapa perlu ada sihir? kerana ada orang takut nak baling batu. sebab tu la bila dah baling, perlu sembunyi. orang yang melakukan sihir, tukang suruh, tukang makan upah atau pun sesiapa saja yang terlibat memang patut dibalas balik. islam tu kan adil?

aku masih dengan pendirian sihir dapat diperlahankan dan dimusnahkan terus sekiranya orang yang terlibat melakukannya dimusnahkan terlebih dahulu. jika tidak, sia-sia berubat. macam siram air kat daun keladi. sebab? orang yang melakukan sihir (tukang kasi upah & makan upah) memang bertujuan untuk menjahanamkan mangsa. tak kiralah apa jadi sekali pun. sanggupkah kita meletakkan risiko ke atas anak isteri kita?

mungkin yang tak pernah kena boleh la minta suruh sabar. sabar itu separuh daripada iman. mari kita ramai-ramai sepak mulut orang yang bercakap macam tu dan kita tengok dia bersabar ke tak. kalau betul dia sabar maka wajib bagi kita mohon ampun pada dia kerana dia bercakap tentang perkara yang mampu dia lakukan. tapi kalau dia balas balik, tu tandanya dia manusia cilaka. pandai cakap dan berselindung disebalik jubah, kopiah atau pun serban.