05 March 2011

insurans

ada seorang wakil insurans masih tak berputus asa contact aku untuk pujuk supaya beli polisi dia. bab ni aku malas betul nak layan. dia cuma nak duit je tu.

ajak minum, kononnya lama tak jumpa. padahal nak jual insurans. bosan gila orang macam ni. tak faham-faham. kalau orang dah kata tak nak, tak payah susah-susah lagi nak suruh beli juga. mangkuk betul!

28 February 2011

siapa melayu?

maafkan aku kalau ada bangsa melayu yang marah dengan entry aku kali ni. pertama sekali aku nak tanya, bangga sangat ke jadi bangsa melayu? ketuanan melayu datang dari mana?

jika ada melayu yang menggelarkan bangsa lain pendatang, jangan marah kalau mereka juga gelarkan melayu itu pendatang. cuba kita fikir sejenak, siapa yang membuka melaka? adakah parameswara tu nama seorang melayu?

perkataan melayu bermaksud orang yang berlari atau pun lebih mudah pelarian. tanah melayu bermaksud tanah pelarian. siapa yang lari? siapa-siapa saja yang melarikan diri daripada mana-mana pihak dipanggil melayu.

"takkan melayu hilang di dunia" wajarkah untuk dibanggakan? seorang saudagar india kahwin dengan melayu, anaknya kita gelarkan melayu juga. contoh? banyak! fikir sendirilah.

jadi bangsa melayu takkan berkurang, apatah lagi hilang. itulah pencetus ataupun penyebab si tuah berkata takkan melayu hilang di dunia. ungkapan daripada seorang yang bukan melayu. siapa kata hang tuah melayu? haha....sebab hang tuah pandai cakap melayu dan ikut adat melayu maka beliau pun dipanggil melayu....

parameswara melayu, hang tuah melayu dan mamak bendahara juga akhirnya membentuk susur galur melayu. jangan marah dulu. aku pun melayu. dalam susur galur darah keluarga aku ada hubungkait darah acheh, india dan lain-lain. jadi, layaknya aku memanglah melayu. melayu adalah hasil campuran pelbagai bangsa yang akhirnya menetap di tanah air tercinta ini. inilah melayu.

lihat sejarah amerika. siapa penduduk pribumi mereka kalau bukan kaum red indian? bertuah sungguh kita sebagai melayu. bangsa lain kita panggil pendatang, tapi terlupa asal usul diri sendiri datang dari mana.

populasi negara kita masih rendah kalau nak banding dengan negara jiran seperti indonesia. jadi dah tentu indonesia wujud dulu sebelum nama tanah melayu tu sendiri wujud. siapa pendatang dan siapa pribumi sebenarnya?






21 February 2011

sihir

masyarakat melayu kita memang takkan dapat dipisahkan dengan perbuatan dan perkataan sihir. adakah hanya melayu saja? sebenarnya bangsa lain pun hentam sesama sendiri juga dengan menggunakan sihir. cuma bangsa melayu tergolong dalam kumpulan majoriti.

kenapa perlu ada sihir? kerana ada orang takut nak baling batu. sebab tu la bila dah baling, perlu sembunyi. orang yang melakukan sihir, tukang suruh, tukang makan upah atau pun sesiapa saja yang terlibat memang patut dibalas balik. islam tu kan adil?

aku masih dengan pendirian sihir dapat diperlahankan dan dimusnahkan terus sekiranya orang yang terlibat melakukannya dimusnahkan terlebih dahulu. jika tidak, sia-sia berubat. macam siram air kat daun keladi. sebab? orang yang melakukan sihir (tukang kasi upah & makan upah) memang bertujuan untuk menjahanamkan mangsa. tak kiralah apa jadi sekali pun. sanggupkah kita meletakkan risiko ke atas anak isteri kita?

mungkin yang tak pernah kena boleh la minta suruh sabar. sabar itu separuh daripada iman. mari kita ramai-ramai sepak mulut orang yang bercakap macam tu dan kita tengok dia bersabar ke tak. kalau betul dia sabar maka wajib bagi kita mohon ampun pada dia kerana dia bercakap tentang perkara yang mampu dia lakukan. tapi kalau dia balas balik, tu tandanya dia manusia cilaka. pandai cakap dan berselindung disebalik jubah, kopiah atau pun serban.


17 February 2011

hujan batu, hujan emas

satu cara yang baik untuk dilaksanakan ialah serampang dua mata dan itulah yang sedang dijalankan. kepada pemilik kenderaan yang disaman, jika lewat membayarnya denda yang lebih tinggi akan dikenakan.

bagi mereka yang skema dan berfikiran sempit, langkah ni dianggap satu fatwa yang memberi banyak kesan positif. bila orang lambat bayar saman, kita tekan lagi orang tu supaya mereka bayar. sama ada mereka mampu atau tidak itu belakang kira. yang penting, orang tu telah melakukan kesalahan jalanraya dan dianggap bersalah. orang yang bersalah wajar diambil kesempatan ke atasnya.

haha....inilah yang berlaku bila mana negara mula mengalami krisis kewangan. wang yang ada sudah tidak mampu untuk menampung selera besar beberapa kerat pemimpin yang membela nasib melayu di atas sana. nafsu mereka semakin besar dan melayu felda atau di kampung-kampung yang menjadi mangsa kekah mereka.

biasalah. kebanyakan melayu memang akan berbuat begitu bila mana kuasa dihujung jari saja. jadi, terima sajalah sebab hujan batu di negeri sendiri lebih baik daripada hujan emas di tempat lain.

16 February 2011

tanah haram

sebenarnya aku pun tak berapa faham apa yang dimaksudkan dengan tanah haram. adakah di kawasan tu kita diharamkan untuk membuat perkara-perkara yang dilarang atau pun diharamkan untuk orang kafir memasukinya?

kalau orang kafir dilarang untuk memasukinya, aku rasa diaorg dapat masuk jugak. mana kita nak tau orang tu kafir atau pun tak? soal kafir yang lebih tepat hanya Allah saja yang tau. kita tengok puak syiah pun pegi haji jugak, boleh je diaorg masuk sana. sedangkan mereka ni golongan yang mengatakan bahawa jibrail tersalah bagi wahyu pada muhammad, sepatutnya pada ali. golongan syiah juga mencela para sahabat yang lain seperti umar, abu bakar dan uthman.

macam mana golongan ni boleh masuk tanah haram sedangkan mereka menempelak para sahabat, menyamatarafkan imam mereka dengan nabi, dan bermacam-macam lagi?


13 February 2011

berubat II

cara paling berkesan untuk mengatasi sihir ialah cari seseorang yang pandai untuk pulangkan sihir tu semula kepada yang membuat dan yang mengupah. kalau takde, cari saja yang boleh bantai sampai mati. barulah sihir berhenti.

niatkan dihati bahawa itu adalah kesalahan terakhir orang yang bersubahat dengan sihir tu. bila dia dah mati, ampunkan saja dosanya. bukankah mulia sebab menjadi pemaaf?

jangan jumpa ustaz-ustaz kat darul. diaorang akan suruh sabar lagi. sampai anak bini tenat pun sabar lagi. sampai dah tak boleh nak berjalan pun sabar lagi. apa kata minta saja Allah pindahkan sihir tu kepada ahli keluarga ustaz tu dan kita pula suruh dia bersabar. amacam?

salah satu sebab kenapa orang yang berubat suruh sabar adalah kerana dia tak yakin dengan kekuatan Islam tu sendiri. sebab bila dia pulangkan sihir tu tentu dia sendiri terpaksa berentap dengan bomoh yang melakukan sihir pula. kalau ilmunya tak tinggi dan rohaninya tak kuat, mampus la dia. jadi sebagai langkah keselamatan untuk diri dan keluarganya itu yang dia suruh orang lain bersabar. sabar kepala hotak dia la. ni la jenis orang yang berselindung disebalik kata-kata manis dan nasihat. kata-kata munafik.

ingat, doa orang-orang yang zalim/teranaiya tu cepat dimakbulkan. jadi, kenapa tak gunakan saja 'voucher' yang Allah bagi untuk matikan saja sihir tu? apakah salah kita mempertahankan hak dan amanah kita? ingat, orang yang mati mempertahankan diri, hak dan kepunyaannya adalah mulia.

cakap tak serupa bikin. kebanyakan pengamal perubatan lebih pandai bercakap daripada bertindak. aku berani kata kebanyakan kerana tu la hakikatnya. ilmu bukan untuk menunjuk-nunjuk. habis kalau dah masuk tv, promote sana sini tu apa? nak tolong orang la sangat. mana mungkin tolong free-free aje. bila terkenal, maka lebih ramai orang akan datang ke pusat rawatan mereka. cara ni boleh buat duit apa? tak payah susah-susah kerja. modal air liur aje.

bila orang berubat bukannya sekali boleh terus baik. kena datang jumpa lagi. kena rukyah (jampi) pun berjela-jela. bayangkan seorang pesakit ambil masa paling cepat 45 minit, kalau 100 pesakit datang dah berapa ribu minit? esok lusa kena datang lagi.

orang ramai perlu faham. bukan suruh percaya atua tidak. fahamkan perkara ni. jin & syaitan takkan mampu merosakkan manusia kerana mereka tiada upaya untuk melakukannya. apa yang terjadi adalah mengikut peraturan yang telah Allah tetapkan mengikut sebab dan akibatnya. kalau kita letak tangan atas api tentu berasa panas tapi adakah api tu yang membuat rasa panas atau Allah yang tetapkan begitu? itu yang perlu difahami.

kalau rukyah pun panjang berjela, apa guna? adakah ayat memberi bekas? berbuih-buih ustaz membaca rukyah, pesakit biasa je. jin bukan bodoh nak pergi tadah telinga kat mulut ustaz tu dengar dia rukyah. sebab tu kerap terjadi kes-kes tak selesai dan terpaksa mengulang semula. dalam sedar tak sedar keyakinan orang yang berubat terhadap keberkesanan ayat-ayat al-quran makin pudar.

ilmu dan kaedah Islam adalah yang terbaik. takkan nak lawan jin pun bermasalah? sebenarnya perawat tu yang belum cukup ilmu, itu pasal la kes menjadi-jadi lagi. orang yang melakukan sihir takkan berhenti sekali tu saja. dia akan cuba untuk lawan sampai habis. jadi, berapa lama lagi mau sabar? sampai nak cari rezeki pun tersekat-sekat. nak buat ibadah pun tak boleh. itu disuruhnya sabar lagi? GILA lah...!




berubat

pernah tak diri korang atau ahli keluarga kena sihir ataupun seangkatan dengannya? kalau pernah tentu saja pernah pergi berubat. mula-mula tentulah korang nak tau siapa yang punya angkara kan?

tapi pernah juga dalam banyak-banyak berubat tu terjumpa ustaz-ustaz yang mengatakan tak payah lah tahu. berubat je la janji sembuh, sabarlah ini semua dugaan dan lain-lain lagi. apa kata korang sepak muka ustaz tu lepas tu tengok dia bersabar ke tak. kalau dia tak bagi penerajang balik, alhamdulillah. maknanya dia bercakap dalam iman. tapi kalau dia pun naik marah dan nak balas balik, tu manusia munafik namanya. pandai cakap je lebih. suka-suka hati nak suruh orang yang kena zalim sabar. dia kena sepak tak reti pulak nak sabar.

ngantuk dah. esok sambung lagi.