delorean. aku masih ingat nama tu. macam best je sebut banyak kali. delorean oh delorean. lama dah aku lupa, tapi beberapa hari lepas aku tertidur dan tv tengok aku. sebenarnya selalu sangat, hampir setiap hari. tapi ni cerita beberapa hari lepas. tak ingat jam berapa, mata aku celik dan terpampang kisah delorean.
aku ikut dengan penuh minat kerana aku sememangnya telah lama minat. satu ketika dulu aku pernah tergilakan dia. walaupun aku tak pandai melukis, aku cuba juga. hasilnya boleh tahan. tu lah lukisan paling cantik aku pernah lukis. mungkin sebab aku minat.
delorean adalah nama sebuah kereta diambil sempena pengasasnya, John Delorean. dia ni seorang yang bercita-cita tinggi. kereta ni lahir sama waktu dengan aku lahir. mungkin bulannya saja berbeza. yang pentingnya, kereta ni adalah watak utama dalam cerita back to the future. cerita ni dibikin tahun 1985 tapi aku hanya menontonnya pertama kali waktu sekolah rendah. curi-curi buka tv, tengok sampai habis. masa aku sekolah rendah dulu, menonton tv hingga lewat malam adalah satu kesalahan dan menjadi perkara yang paling aku nak buat.
seperti kebanyakan pengasas kereta di eropah, mereka menamakan kereta ciptaan mereka sempena nama sendiri atau anak mereka. contohnya mercedes benz. kereta ni diasaskan oleh karl friedrich benz, seorang rakyat jerman dan menamakan keretanya sempena anak perempuan seorang pereka keretanya, iaitu mercedes jellinek. masa mudanya muka karl benz ni macam muka kawan aku yang namanya pilin, seorang mekanik. tapi bila dah berumur muka karl benz ni macam kereta mercedes je aku tengok.
apa pun, pengasas kereta delorean harus dipuji kerana beliau menghasilkan kereta mengikut cita-citanya yang tinggi. dia tak peduli langsung yang harga keretanya tu mahal gila masa tu. kenapa mahal? keseluruhan bahagian luar delorean dilitupi dengan besi keluli tahan karat. ini kerana delorean adalah sebuah kereta yang tahan selama-lamanya. memang betul. tak payah cal pun, body kereta ni tetap berkilat.
dengan enjin 2,800cc, V6 berpengecas turbo, 200bhp yang dijanakan adalah satu kuasa yang dihormati pada zamannnya. walaubagaimanapun, kereta ni direka untuk dijual di amerika yang pada masa tu mensyaratkan satu catalytic converters dipasang sebelum boleh dijual. benda ni menyebabkan kuasa enjin kereta ni jatuh 40bhp. jumlah 160bhp dengan body yang berat menjadikan kereta ni lembab macam kura-kura lalu kurang mendapat sambutan. encik delorean pula terlibat dalam skandal pengedaran dadah, lalu menyumbang kepada kejatuhannya dan diisytiharkan bankrup.
walauapa pun, kereta rekaannya adalah sesuatu yang melangkaui zamannya. mana ada syarikat yang dapat reka kereta secanggih tu dalam tahun 1980-an?
No comments:
Post a Comment