04 August 2010

tua.

ada seorang pakcik, bersarapan satu meja dengan aku pagi tadi. kalau ikutkan adab, memang kurang beradab sebab main duduk aje. aku meneruskan bacaan suratkhabar sambil menunggu pesanan sampai.

bila makanan sampai aku pun letakkan suratkhabar di kerusi. bukan apa, ramai yang suka membaca tapi kedekut pahit nak beli. macam yang aku agak. pakcik tadi terus saja ambil suratkhabar tu tanpa minta izin pun. sekali lagi tiada adab.

marah memanglah marah. dah lama hidup tapi adab pun tak reti nak jaga. kalau ikut riak mukanya, mungkin umurnya dalam 60-an. aku tengokkan aje gaya dia membaca suratkhabar free. langsung takde rasa bersalah. buat macam suratkhabar sendiri. malah bila pesanan dia dah sampai pun dia masih pegang lagi suratkhabar tu. bayangkanlah bagaimana muka manusia macam ni.

lepas menghabiskan makanan aku terus tegur pakcik tu minta balik suratkhabar aku. nyata dia terperanjat. kalau orang muda, mungkin dah kena maki. tapi disebabkan aku masih ada sekelumit sabar, aku tak cakap banyak. memang dia terkebil-kebil lepas tu. betapa buruknya perangai orang yang dah tua kalau tak tau adab.....

jika nak dikira menghormati orang tua, mesti ada batas-batasnya. jika tiada, maka kita harus hormati iblis kerana dia lebih tua dari segala manusia dan dia lebih dulu makan garam daripada sesiapa pun. betul tak?

No comments:

Post a Comment