13 August 2010

tahyul

percaya dan berpegang kepada perkara-perkara tahyul akan menyebabkan seseorang atau masyarakat menjadi terkebelakang dari segi pemikiran dan cara hidup. tayhul yang aku maksudkan ialah seperti mempercayai kononnya bentuk malaikat dapat dirakam melalui kamera, nur muhammad, anak kena sumpah menjadi ikan pari, sejadah baca yasin/bersolat dan macam-macam lagi.

ni semua perkara-perkara bodoh yang diterbitkan oleh musuh-musuh islam untuk umat islam mempercayainya. taksub dengan sesuatu perkara hingga hilang akal fikiran yang waras. kadang-kadang ia dibuat-buat oleh umat islam sendiri juga untuk tujuan seronok-seronok saja. selalunya yang cepat percaya adalah mereka yang kurang ilmu dan cepat menerima sesuatu perkara/berita tanpa usul periksa.

mana mungkin gambar malaikat dapat dirakamkan? tak kiralah di atas ka'abah atau di kawasan masjidil haram sekali pun. kenapa bengap sangat melayu ni? malaikat hanya datang kepada nabi dan rasul sahaja. apa ke hal malaikat nak menampakkan diri mereka kepada manusia? malaikat bukannya jin yang mempunyai nafsu dan keinginan. malaikat tidak akan membuat sesuatu tanpa arahan daripada Allah. ini termasuk menampakkan diri mereka kepada golongan manusia.

Allah menyuruh kita mengkaji alam untuk melihat kebesaranNya tapi kebanyakkan kita mengkaji bena-benda macam ni lalu membuat andaian-andaian bodoh dan jumud. perkara depan mata yang membuktikan kekuasaan Allah tak pernah mereka nak kaji sebaliknya video-video mengarut yang berlambak dalam youtube pula dijadikan sandaran untuk menguatkan fatwa-fatwa tahyul mereka.

itulah melayu, dari dulu sampai sekarang masih tak berubah.....masih ditakuk pemikiran yang lapuk.

No comments:

Post a Comment