21 August 2010

duduk masjid

macam-macam dunia artis sekarang. nak duduk masjid pun kena bagitau surat khabar. duduk diam-diam tak boleh ke? mesti kena bagitau ke kalau nak jadi baik? kalau dah duduk masjid tu tak lain dan tak bukan, mestilah join golongan tabligh. mereka ni berniat baik tapi perlaksanaan tu kadang-kadang pelik.

maaf kalau topik ni agak berat. katalah apa nak kata, ni tetap pendapat aku. kat kawasan tempat aku tinggal, penagih dadah pun masuk tabligh. kalau dilihat sekali imbas, baguslah. mungkin dah sedar kot. tapi kalau fikir-fikir balik, bukan apa. dapat makan free, berjalan free dan yang paling utama tak perlu tidur bawah jambatan lagi.

tabligh dari segi maksud adalah menyampaikan. tapi kalau penagih pun ahli tabligh, tak tahulah apa yang mereka cuba sampaikan. pergerakan tabligh tak pernah menghadkan atau menapis ahlinya. mereka lebih suka kuantiti daripada kualiti. mereka banyak bercakap tentang neraka dan syurga tetapi memisahkan dunia dan akhirat. mereka cuba menjadi ahli sufi dengan melompat terus ke peringkat-peringkat tertentu tanpa menjalani fasa-fasa yang sepatutnya mereka lalui dari peringkat bawah.

mereka menolak dunia seolah-olah mereka tak perlukan dunia. jadi sia-sialah Allah menciptakan dunia? sedangkan Allah tidak pernah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. mengapa aku kata macam tu?

cuba kita lihat. sesiapa yang sertai tabligh kebanyakannya pasti akan 'keluar' tak kiralah 3 hari, 40 hari ataupun 4 bulan. anak bini confirm ke terjaga? tapi kalau dibangkitkan isu ni kepada ahli jemaah tabligh mereka akan menjawab Allahlah yang menjaga mereka. memang tak salah jawapan tu. tapi kita lihat seperti ada sesuatu yang tak kena.

kalau nak berdakwah, berdakwahlah kepada orang yang paling hampir dengan kita. anak isteri kita, adik-beradik kita atau saudara-mara kita. buat apa nak pergi 'keluar' jauh-jauh sampai ke india atau pakistan?

kadang-kala aku merasakan ahli jemaah tabligh seperti makhluk asing. cara mereka berfikir dan bertindak adalah pelik. mereka suka berjubah kusam, tidak kemas dan berbau busuk. ramai antara mereka adalah perokok tegar. tu belum dikira lagi berapa ramai penyangak, peragut dan penagih dadah dalam jemaah tu. sedar atau tidak, tak ada pula ustaz, mufti ataupun alim ulama sunnah wal jamaah yang sertai tabligh ni.

kenapa mereka 'keluar'? katanya tu sunnah nabi. iya ke? mana nasnya? nabi berpolitik, berperang dan bercampur gaul dengan orang ramai, itu apa?

sunnah pada syarak adalah perkara yang nabi saw jelaskan berkenaan al-quran dengan perbuatan. ia merupakan cara yang telah diikuti oleh para sahabat, sama ada dengan perkataan, perbuatan, taqrir dan tinggal. tapi golongan tabligh berkeras mengatakan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan adalah sunnah. jika dilihat daripada maksud sunnah tadi, keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan bukanlah sunnah seperti dakwaan golongan tabligh, ia hanya sekadar ijtihad yang terhasil daripada nas.

dalil yang dipegang oleh golongan tabligh ni adalah daripada sebuah hadis:

“barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari didalam jamaah, dan dia mendapat takbirah al-ula (bersama Imam), di tulis kepadanya dua kelepasan, iaitu kelepasan daripada neraka dan kelepasan daripada nifaq"

hadis ni selalu keluar di tv3 masa aku sekolah dulu bila masuknya waktu solat. aku bukanlah bermaksud hendak menghalang orang-orang tabligh keluar 3 hari, 40 hari dan 4bulan atau berapa lama sekali pun tapi hanya nak menegaskan kepada golongan tabligh bahawa 'keluar'nya itu mesti beri’tiqadkan sekadar untuk mentarbiyyahkan diri bukannya 'keluar' itu merupakan perbuatan nabi saw.

golongan tabligh adalah golongan yang anti kemajuan, dan memandang remeh terhadap ilmu pengetahuan. mereka bercakap apa yang telah dicakapkan kepada mereka saja. mereka mengulang-ulang perkara yang sama dengan cara yang sama. bagi mereka, 'keluar' bermujahadah tu lebih penting daripada pergi sekolah ataupun belajar di universiti. secara tak langsung, 'keluar' tu lebih baik daripada menuntut ilmu.

satu lagi. mereka adalah golongan yang paling taksub dan fanatik terhadap maulana ataupun guru/ketua mereka. sebenarnya takde seorang pun daripada golongan tabligh yang memiliki kecerdikan seperti mana-mana imam 4 mazhab utama dalam islam. pengikut-pengikut tabligh seolah-olah terkena ubat bius sampaikan tak sedar langsung tanggungjawab mereka terhadap keluarga, bangsa, negara dan masyarakat.

asal usul pergerakan tabligh bermula pada tahun 1929 di india yang bertujuan untuk mengajak orang-orang hindu memeluk islam. tujuannya murni dengan 'keluar' bermujahadah (atau dipanggil khuruj dalam perkataan lain). cara ni memanglah sesuai dengan masyarakat india yang terkebelakang pada masa tu. tapi disebabkan mereka ni meremehkan ilmu pengetahuan, cara yang sama masih digunakan pada hari ni. manalah nak sesuai.

aku memang pengkritik yang keras ke atas golongan tabligh. banyak lagi cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan tabligh bukanlah salah satu daripadanya. mereka dilihat seolah-olah tekun beribadah tetapi mereka sebenarnya hanyut dalam dunia fantasi dan bida'ah yang mereka ciptakan sendiri.

No comments:

Post a Comment