27 August 2010

konfrantasi

marah betul rakyat indonesia sampai bakar bendera kita. namun disebalik semua tu, aku lebih suka mencari sebab berlakunya perkara macam ni. jika kita dengar cerita sebelah pihak, tentulah kita saja yang betulnya. tapi jika kita betul, kenapa ada pihak pula betul-betul melenting?

menurut media indonesia, mereka marah kerana pihak berkuasa malaysia menangkap kakitangan/petugas kementerian kelautan & perikanan (KKP) indonesia dan dilayan seperti penjenayah. kita sendiri pun faham bagaimana layanan polis jika menangkap suspek dan orang awam yang berdemonstrasi. tak payah cerita lagilah. jadi, jika isu ini timbul, kita kena terima. mereka marah disebabkan layanan kita!

aku melihat isu ni boleh diselesaikan awal, tapi pihak kementerian luar kita tidak bijak. sebaliknya memandang perkara ni sebelah mata. sekiranya pihak kementerian luar mengambil langkah segera, tentu tak terjadi seperti ni. bukanlah bermakna kita sujud atau tunduk kepada indonesia, tapi bijak tu satu kelebihan yang kita perlu ada untuk mengelakkan situasa seperti ni.

mungkin pihak berkuasa kita salah dan mungkin tak. tapi sekarang semuanya dah berlaku dan mustahil boleh diundurkan masa. permohonan maaf serta layanan yang lebih baik mungkin dapat memadamkan api kemarahan mereka. tapi tak mungkin pula kita akan lakukan. kita terlalu ego. kita memandang indonesia sebagai negara di bawah tapak kaki kita. betul tak?

sedangkan indonesia pada asasnya mempunyai banyak kelebihan daripada kita. media mereka lebih bebas, pendapat rakyat mereka didengar dan kebebasan bersuara mereka lebih baik daripada negara kita. kita selalu bandingkan KLIA, KLCC dan litar sepang dengan apa yang mereka ada. jangan kita ingat kita lebih bagus daripada mereka hanya kerana kita merasakan negara kita lebih kaya daripada mereka.

indonesia mempunyai kekuatan tentera serta bilangan kelengkapan pertahanan yang jauh lebih baik daripada kita. pernah kita terfikir? pesawat kita semuanya boleh dibilang dengan jari, mereka? bila kedaulatan ruang udara kita diceroboh oleh singapura, mana ada menteri dan rakyat kita yang berani menentang secara terang-terang? tapi di indonesia tak seperti tu. 3 orang saja kakitangan KKP mereka diperlakukan seperti penjenayah oleh pihak berkuasa kita sudah cukup untuk membuatkan rakyat mereka telah bangkit menyatakan ketidakpuasan hati.

jika benar petugas KKP mereka bersalah, dakwa saja di mahkamah. jika tidak, mohon saja maaf atas segala kesulitan yang berlaku. kenapa berkeras sangat? sejak bila mengalah tu bermaksud kalah? kadang-kadang sesetengah pemimpin negara ni yang lembab bertindak, menggunakan rakyat sebagai perisai cemuhan serta cacian daripada negara-negara lain. mereka membuatkan seolah-olah kita tak pernah buat salah kepada negara lain dan kita sentiasa betul dalam apa juga yang kita lakukan.

bila berlaku perkara macam ni, sesetengah kita menjadi bengang dan marah tanpa berfikir panjang. hina sangatkan bangsa indonesia sampai kita sentiasa memandang rendah kepada mereka? pernah kita terfikir yang mereka tak suka dan berasa terhina jika kita memanggil mereka indon? kalau mereka bakar bendera kita, salahkanlah pihak yang membenarkan perkara ni terjadi, jangan salahkan orang lain.

kita juga jangan lupa, mereka pun bangsa melayu. betul, ada antara mereka yang menjadi penjenayah, pembunuh dan pencuri di negara ni, tapi bukan itu persoalan utamanya. rakyat kita sendiri pun lebih kejam daripada tu. ramai yang buang bayi, sembelih anak dan ibu bapa sendiri. jadi, kita perlu tolak semua tu ketepi.

mari lihat dari sudut yang positif. kita selalu denganr ayat mengatakan malaysia dan indonesia serumpun. sama agama, bangsa dan pertuturan. mengapa suka cari pasal dengan mereka? negara mereka miskinkah sangatkah sehingga terpaksa meminta sedekah daipada negara kita? atau negara kita kaya sangatkah sehinggakan tak perlu apa-apa daripada mereka? pokok pangkalnya ialah kerana kita merasakan diri kita terlalu bagus sebab tu kita tak pernah cuba untuk buka minda untuk menghayati isu ni.

No comments:

Post a Comment