24 May 2010

krisis

kalau kita perhati btul², setiap kali masalah krisis gula berlaku pihak yang berwajib akan menunding jari mengatakan salah pengguna. baru² krisis gula di pahang dikatakan berpunca drp pembelian panik oleh pengguna.

pada aku alasan menteri/timbalan menteri yang berkenaan sekadar melepaskan batuk di tangga je. baik jgn jawab lain kali. mereka memberi alasan seolah-olah pengguna ni bodoh sgt sebab panik x pasal². hakikatnya, krisis gula kt pahang dah lama berlaku, bukannya baru sehari dua. takkan pengguna panik hari² sampaikan bekalan masih x cukup. logiknya, kalau permintaan tinggi tentu saja pengeluar/pembekal akan membekalkan lebih byk gula kerana jika dpt jual banyak, banyaklah juga untungnya.

bagi alasan mcm org malas. org mcm ni lah juga dilantik menjadi menteri/timbalan menteri. kalau kaum cina, mmg diaorg takkan pilih dah manusia mcm ni jadi pemimpin. cuma melayu je aku x faham. org kita selalu sgt mengambil pendekatan dgn memilih melayu utk menjahanamkan melayu. buat apa pilih org yg x boleh nak bela masyarakat yg dipimpin? alih² letak kesemua kesalahan kpd masyarakat/rakyat. sgt² x bertanggungjawab & sangat² kolot org mcm ni.

apa pun masalah kebanyakan menteri/timbalan menteri kita yang melayu khususnya akan memberikan jawapan mcm org kurang akal. jika harga minyak naik, alasannya harga minyak di negara kita masih murah berbanding negara² lain. lepas tu mereka akan gunakan media utk bandingkan negara kita dgn negara² bkn pengeluar minyak seperti singapura dan thailand. dalam pada itu mereka akan membolot kekayaan petronas utk kepentingan projek peribadi atas nama 'kemajuan'.

sebab tu DEB berjaya memperkayakan segelintir masyarakat melayu dan memiskinkan ramai melayu yg lain. adakah DEB berjaya? bagi mereka, tentulah berjaya kerana ramai jutawan melayu lahir drp DEB (dari puak² dan kaum kerabat mereka juga).

isu terhangat sehingga hari ni ialah isu memberi lesen perjudian bolesepak piala dunia. jika benar nak beri, gunalah alasan yg kukuh supaya rakyat x membangkang. tp menteri² kolot & serabut ni dah mcm x boleh nak fikir idea lain lg. semua org islam pun tahu judi tu haram, bukan soal hukum lagi dah. lihat saja jawapan drp timbalan menteri kewangan, lesen judi diberikan utk mengelakkan drp berlaku perjudian haram. bodoh x bodoh seorang melayu bg jawapan mcm tu. cina pun pening kepala dgr.

mmg tujuan sebenar kerajaan mengeluarkan lesen judi tu supaya boleh menjana pendapatan dan ia sudah tentu jugak utk menjana ekonomi negara. tp jgn la bg alasan mcm budak belum akil baligh, "kena beri lesen utk elak drp perjudian/pertaruhan haram". perjudian tanpa lesen tetap akan berlaku sama ada kerajaan beri lesen atau x. so knp nak guna alasan yg rata² rakyat pun tau mereka kena kencing? yg beri penjelasan pulak tu yg beragama islam. mane ade judi x haram. ade lesen ke x ke semua judi haram. so ayat kena la betul. judi tanpa lesen, bukan judi haram.

x perlu nak jelaskan panjang lebar tentang cara & siapa yg dibenarkan utk membuat pertaruhan kerana rata² judi yg ada skrg ni pun (sportstoto, magnum4d, da ma chai) semuanya ramai melayu yg join. mane ade kerajaan boleh kawal pun. jabatan agama islam negeri lebih berminat tangkap org khalwat drp tangkap org beli nombor ekor. sebab? ramai yg beli nombor ekor tu yg terdiri drp kakitangan kerajaan seperti anggota/pegawai polis, kerani, dan ramai lg. kalau tangkap org khalwat selalunya pasangan muda mudi. untung² dpt tgk gadis² muda berpakaian seksi. nak lagi untung, dpt buat seks free sbg pertukaran utk melepaskan mereka yg ditangkap.

ade pulak yg x puas hati kalau aku ckp mcm tu, tp cube kita lapangkan mase setiap sabtu/ahad lepak dpt kdai nombor ekor ni...tgk siapa ramai yg beli kalau bukan melayu. helmet x tanggal. kalau yg polis mungkin malu skit nak pegi kedai. so beli la kt penjual nombor yg xde lesen ni (black market). selamat imej. kalau menang boleh kasi anak bini makan besar. esok dah tua, anak x reti nak hormat mak bapak pasal bg makan duit haram.

pokok pangkalnya org ramai dah mula bising pasal menteri/timbalan menteri yg kurang menggunakan otak sewaktu bercakap. org nombor satu nak cuba pujuk rakyat dgn agenda 1Malaysia, tp anak² buah dok sibuk sokong PERKASA yg lantang menyemarakkan lagi api perkauman. tp heran jugak apsal PERKASA diam je pasal isu judi ni.

segolongan mufti², ustaz² pun same je. kalau buka mulut, silap² boleh kena tukar/pencen awal. jadi lebih baik diam & jadi ulamak pengecut. tp bila berckp dlm forum perdana ehwal islam berkobar² suaranya. bila sampai bab tindakan, merekalah manusia yg paling x berani bersuara walaupun kerana benar. x semestinya manusia munafik tu berpakaian seluar jeans dgn baju yg koyak rabak. kadang² mereka juga berjubah, berserban, dan berjanggut.

x perlu melenting kerana sapa makan cili dialah yg rasa pedas. aku x menuduh sesiapa, cuma ni la keadaan yg aku nampak skrg. bila satu pihak membantah tentang suatu cadangan/pelaksanaan drp pihak kerajaan, mereka akan dianggap sbg pembangkang. walhal ia mungkin sebuah teguran/pendapat.

isu ni takkan menjadi hangat sekiranya yg memberi penjelasan ttg perkara ni adalah org yg bijaksana. kerajaan mungkin mempunyai alasan mereka yg tersendiri tetapi manusia² yg kurang cerdas akalnya yg berada dlm kerajaan ni la yg membantu lebih ramai org lain membenci kerajaan. dari sekecil² isu sampai la kpd isu² yg melibatkan sensitiviti masyarakat, mereka mmg x pandai memberi penjelasan.

isu menentang penggunaan kalimah Allah oleh org kafir adalah harus, hukum berjudi pula nyata haram. peliknye xde satu pun jabatan kerajaan, baik pihak mufti ataupun ngo bersuara menentang perkara ni. sebab tu barat cukup suka bila kita mengaku kita negara islam. sebab islam di malaysia semua boleh.....

No comments:

Post a Comment