19 May 2010

saman....

ada yg menyokong supaya jpj x mengurangkan kadar kompaun dan penalti bg mereka yg lewat byr saman. xde sape pun nak nafikan yg salah tetap salah.

tp adakah cara ni praktikal utk kurangkan kadar kemalangan jalanraya? aku pun x rasa yg jpj serius dlm misi utk mengurangkan kadar kemalangan. mereka lebih berminat utk tahan lori2 yg lebih muatan sambil anggota mereka buat 'duit tepi'. lgpun mana pernah jpj tahan kereta yg dipandu melebihi had laju?

saman2 jpj pd kenderaan persendirian lebih berkitar kpd lampu x menyala, cermin gelap, roadtax & lesen tamat tempoh, dan beberapa lagi saman 'bodoh'. adakah saman2 mcm ni dpt mengurangkan kadar kemalangan? brp peratusannya? tindakan utk tidak memberi diskaun kepada pesalah trafik dilihat lebih kpd 'mendapatkan wang' utk jabatan. kerajaan akan dilihat lemah darisegi kewangan kerana terpaksa mengerah segala sumber yg ada utk mendapatkan wang. seperti mana yg kita semua tahun, pendapatan negara bukan saja terdiri drp export dan cukai, tp ada juga hasil tanpa cukai seperti mana saman dan denda oleh pihak mahkamah.

kerajaan lebih suka jika lebih byk saman dikeluarkan dgn ertikata lain, negara akan lebih berduit sekiranya saman kerap dikeluarkan kerana kerajaan akan menjana pendapatan apabila org ramai membayar sama. bukan memihak kpd pesalah trafik yg dah kena saman, tp jika benar pihak yg terlibat bersungguh-sungguh dlm menjayakan kempen keselamatan jalanraya, ini bukanlah satu langkah terbaik.

mereka yg x byr saman sudah tentu akan disenaraihitamkan. jd, mcm mana susah sekali pun, seseorang akan cuba juga membayar samannya. kalau x byr lesen memandu x boleh nak hidup, roadtax pun sama. jd ikut jln mane pun, org akan byr jugak. so apakah rasionalnya kerajaan menekan mereka ni utk dikenakan penalti pulak? berapa kerat sgt yg liat nak bayar?

sama mcm kempen merokok. aku tetap akan kata kempen merokok mmg membazir. adakah kita boleh suruh org berhenti merokok hanya dgn berkata, "jgnlah hisap rokok, merbahaya pd kesihatan"....? jd utk apa kerajaan belanja berjuta2 ringgit utk kempen membazir mcm ni?

aku katakan yg pihak kerajaan sendiri x pernah serius dlm kempen ni. perkata pertama mereka akan lakukan sekirannya mereka betul2 komited pd kempen ni ialah melakukan penguatkuasaan yg bersepadu utk membanteras gejala merokok di seluruh kawasan pejabat kerajaan di negara ni. tp ada mereka buat? xde pun. yg penting duit masyukkk...berjuta habis utk buat poster, gambar2...semua tu masuk ke poket mereka yg bekepentingan je. hakikatnya takkanlah perokok nak buat kempen berhenti merokok. mcm kita minta ah long jd ustaz. langsung takkan jadi.

No comments:

Post a Comment