11 December 2010

solat

solat itu tiang agama. sejauh mana kita faham erti solat. pada orang awam biasa, solat adalah satu perbuatan yang mempunyai 13 rukun, 5 kali sehari semalam. itu solat yang semua orang tahu.

'solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar'. mengikut fahaman orang awam biasa ia sangat tepat kerana mana ada orang mencuri tengah solat. mana ada orang minum arak tengah solat. jadi solat memang dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

kita masih jumpa orang yang bersolat 5 waktu sehari semalam tapi perangainya lebih buruk daripada orang yang tak bersolat. contohnya ada manusia yang tak tinggal solatnya, sudah pergi haji tapi akhlaknya teruk. dahi dah lebam tapi masih jumpa bomoh untuk menyihir jiran, ada juga yang tak boleh tengok orang lain senang. ada saja benda yang dilakukan untuk menjatuhkan orang lain.

ada juga yang solatnya tak tinggal tapi kerja malas. makan gaji buta di pejabat (maaf cakap ye pakcik-pakcik). kenapa? kenapa solat orang-orang sebegini tak mampu untuk mencegah tuan punya diri daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar?

firman Allah tak pernah silap. yang terkeliru adalah manusia yang memahami firman tersebut. orang-orang yang bersolat tapi perangai macam ni adalah orang-orang yang celaka.

"Maka celakalah orang yang solat"

al maun, ayat 4

ayat ke-5 menerangkan orang-orang seperti di atas.

apa yang terbayang dalam fikiran kita tentang orang yang lalai dalam solat? terlupa baca fatihah ke? terlupa rakaat berapa ke?

ya, itu semua memang lalai. namun ada lagi 'lalai' selain daripada tu. yang lebih besar barangkali. lalai untuk mengaplikasikan solat dalam kehidupan seharian! golongan ni lah yang paling ramai.

dalam solat kita dilarang mengumpat - dalam kehidupan seharian kita pun dilarang juga
dalam solat kita perlu mengikut tertib - dalam kehidupan kita pun sepatutnya ada tertib (peraturan/displin)
dalam solat kita mengingati Allah - dalam kehidupan kita juga sepatutnya kita sentiasa mengingatinya
dalam solat kita berjanji hidup dan mati ini kerana Allah - begitulah sepatutnya dalam kehidupan kita

pernah dengar solat batin? apa yang difaham tentang solat batin? sesat bukan? terlalu mudah nak kata orang sesat kerana terlalu bodoh untuk faham.

solat batin adalah jiwa dan raga yang sentiasa solat iaitu yang sentiasa menjaga 13 rukun itu, 24 jam sehari. bukan bermakna mereka tidak solat 5 waktu dan juga bukan mereka pakai niat je solat.

dalam erti kata yang lain, mereka tidak melakukan apa yang dilarang waktu solat dalam kehidupan mereka.

manusia yang solat 5 waktu tak tinggal, tapi masih melakukan perbuatan-perbuatan tercela dan terkutuk adalah manusia munafik. bukan untuk kita menghebah-hebahkan tapi cukup untuk kajian dalam diri sendiri mengapa ada orang yang bersolat tapi masih rendah akhlaknya?


Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (Ar-Ra’du: 28)

mengingati Allah bukan macam ingat perempuan yang kita suka. caranya ialah berzikir. tapi kalau zikir nak dapat khadam jin supaya jadi kebal ataupun disanjungi orang lain, tu dah lain. pokok pangkal tetap niat dan jangan lupa, awal solat adalah niat juga! niatnya kerana Allah. jadi semua yang kita lakukan di dunia ini seharusnya 'kerana Allah'!

No comments:

Post a Comment