11 December 2010

fikir

lama tak menulis bukan bererti aku bosan ataupun tak ambil pusing pasal blog ni. kalau diikutkan terlalu banyak yang aku nak tulis. tapi bukan semua boleh dikongsi bersama. ada yang terlalu peribadi dan ada yang terlalu menyinggung pihak lain.

aku baru pulang dari Sg Besar. memang sebelum sampai sana, perlu melalui sebuah sungai yang teramat besarnya di Kuala Selangor. sambil memandu, aku suka berfikir. itulah yang aku selalu buat pun. aku membayangkan bagaimanalah agaknya orang dulu-dulu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang jauh? aku yang naik kereta ni pun bosan memandu jauh-jauh, inikan pula zaman kereta belum wujud lagi. kat mana diaorg berhenti rehat? jalan pun masa tu hutan. kalau sungai pun tetap kena meredah hutan.

zaman mat kilau dulu contohnya. macam mana diaorg bergerak ke satu tempat ke tempat yang jauh. masa tu takde jalanraya pun. denai mungkinlah, tapi takkan berjalan kaki sampai berhari-hari? aku membuat kesimpulan yang orang-orang seperti mat kilau bukanlah seperti orang biasa. mat kilau sudah tentu banyak ilmu dan dia tentu memanfaatkan ilmunya. suka hatilah kalau orang nak kata aku kolot ke, kampung ke, tapi bagi aku ilmu Allah tu luas. kalau kita tak tahu, bukan bermakna perkara tu tak wujud.

tapi bila bercakap dengan orang bodoh, mereka akan kata zaman nabi takde pula nabi buat macam tu. sebenarnya sebelum zaman nabi muhammad lagi perkara-perkara ni dah ada. nabi sulaiman dapat menundukkan angin dan menggunakannya pada bila-bila masa yang baginda suka. itu contoh bagaimana ilmu dapat memberi manfaat kepada pengamalnya. jadi, tak wajar sangatlah bila ada orang berkata nabi muhammad tak buat pun dan kalau ada orang yang buat maka dia telah tersesat.

cukup bagi kita semat dalam kepala bahawa ilmu Allah itu luas dan jika kita kata takde ilmu-ilmu sebegini dalam Islam maka kita sebenarnya secara tak sedar telah mengehadkan ilmu Allah. jadi, harus berhati-hati walaupun waktu berfikir. kadang kala syirik boleh berlaku tanpa kita sedar.

aku ada dengar juga kisah orang bergerak menggunakan angin ni. orang yang memiliki ilmu
bergerak menggunakan angin ni dapat pergi dari satu tempat ke satu tempat yang jauh hanya dalam masa yang singkat. katanya, mereka bergerak mengikut angin. lebih daripada tu aku tak tahu. kenalah cari orang yang bijaksana pasal ni.

No comments:

Post a Comment