22 July 2013

Berhati-hatilah

Sesetengah orang berpendapat bahawa menyedekahkan Al-Fatihah kepada si mati adalah tidak perlu kerana tak pernah dibuat oleh Nabi. 

Golongan seperti ini samalah dengan golongan yang mengatakan tahlil, kenduri arwah, membaca talkin, membaca Yassin malam Jumaat dan belajar sifat 20 semuanya bida'ah kerana Nabi tak pernah buat. 

Lagipun kata mereka, Al-Quran diturunkan untuk dibaca dan yang membacanya mendapat pahala. 

Soalnya, salahkah seseorang menyedekahkan pahala Al-Fatihah yang dibaca kepada arwah si mati?

Di mana salahnya? Soal sampai ke tak sampai pahalanya, betul atau tidak bacaannya, ikhlas atau tidak si pembaca bukan urusan kita. 

Sedekah adalah amalan mulia. Salahkan menyedekahkan pahala?

Berhati-hatilah dengan fahaman wahabi. Golongan ini sepertinya mengikut sunnah padahal dalam masa yang sama merekalah paling ramai yang lari daripada sunnah. Jarum mereka lebih halus daripada Syiah. Ada perbezaan yang ketara antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi golongan wahabi amat susah untuk dikesan melainkan dengan petunjuk dan ilmu.

Membaca Yassin pada malam Jumaat adalah amalan yang mulia, kenapa salah? Betulkah Nabi tidak membaca talkin atau mereka yang tak tahu? Memang sifat 20 nabi tak pernah ajar tapi dibuat oleh orang selepas itu untuk memudahkah seseorang belajar mengenal diri dan Tuhan. Salahkah?

Ingat, nabi pernah bersabda yang membawa maksud sesiapa yang tidak mengikut sunnahku bukanlah daripada golonganku. Rabiatul Adawiyah tidak berkahwin sepanjang hidupnya hanya kerana tidak ingin membahagikan cintanya antara Tuhannya dan makhluk. Adakah waliullah ini bukan daripada golongan nabi kerana tidak mahu berkahwin? 

Jangan terlalu mudah menghukum sesuatu itu bida'ah dan sesat hanya kerana kita rasa nabi tak melakukannya. Belajarlah lagi.



No comments:

Post a Comment