16 July 2013

Ramadhan bulan yang sentiasa dikenang

Banyak posting aku yang pending sebenarnya. Aku menulis separuh jalan. Lepas tu biarkan menjadi draft

Masuk bulan Ramadhan ni, tentulah orang semua bercerita tentang hal-hal yang berkaitan dengan puasa, makan minum, lauk pauk dan sebagainya. Malah, ramai juga yang mengimbau kembali zaman dulu-dulu mereka diwaktu Ramadhan. Siapa yang tak suka Ramadhan? Di bulan inilah golongan yang berpuasa akan membuka mata mereka luas-luas mencari jalan bagaimana untuk membantu golongan yang memerlukan. Berbahagialah semuanya. 

Bagi mereka yang memiliki keluarga, pengalaman bersahur dan berbuka bersama tentu saja akan menjadi detik terindah untuk setiap ahli. Tak kiralah tahun bila sekali pun, waktu inilah Ramadhan mengajar kita untuk duduk dan makan bersama-sama dengan keluarga secara tak langsung.

Teringat suatu masa dulu, aku pernah jaga kedai dan tidur di sana pada bulan Ramadhan. Bersahur dan berbuka seorang diri saja. Disebabkan kekangan kewangan, aku hanya makan nasi dengan telur goreng saja. Jika ada rezeki lebih, aku akan beli ikan bilis atau sardin. Tapi kebanyakan kalinya aku hanya bertemankan nasi, telur goreng dan kicap. Itu sudah cukup untuk aku. Waktu berbuka pula aku akan mencari mee goreng saja kerana aku memang tak akan mengambil nasi untuk berbuka. Waktu tu memang ada orang jual mee goreng RM1 saja. Jadi, sebulan puasa modal berbuka hanyalah RM30. 
Mee goreng seringgit


Duit cukup-cukup untuk buat belanja beli makanan je. Kalau ada kerja lebih, dapatlah lebih. Ramadhan menjimatkan wang aku untuk membeli makan tengahari, minum petang dan sebagainya. Bila terpaksa ke KL membeli barang ataupun urusan lain, aku berbuka diluar. Ada kerja luar bermakna ada duit lebih. Merasalah juga berbuka dengan member-member. Takde la tiap-tiap hari seorang diri saja. 

Waktu di UiTM adalah waktu yang paling dikenang. Walaupun tak dibenarkan membawa sebarang perkakas memasak, kami sebilik redah saja. Buat kutipan amal seorang sikit akhirnya dapat la beli beras dan lain-lain keperluan asas. Lauk selalunya lauk dewan makan saja. Kadang-kadang ada juga member lain yang sedekahkan. Biasanya geng perempuan la yang rajin sedekah ni. 

Waktu sahur tak payah nak berjalan ke dewan makan. Semuanya ada dalam bilik. Air pun buat sendiri ikut citarasa masing-masing. Apa yang terkesan ialah suasana makan beramai-ramai. Memang perasaannya sangat berbeza. Benda yang sikit pun tak sangka boleh cukup. 

Itulah Ramadhan. Sentiasa saja ada kenangan yang mengusik jiwa.

* Sebenarnya aku nak tulis pasal benda lain tapi ending jadi lain pulak. Ah, lantak lah. Nanti ada masa aku sambung lagi.

No comments:

Post a Comment