Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

29 July 2013

Syiah

Mengapa kerajaan bersungguh-sungguh hendak menfatwakan haram kepada ajaran Syiah? Ada pihak yang kata isu ni bermotif politik, apa pula yang kata buat apa nak kacau Syiah sebab mereka baik-baik saja tak buat hal pun dan beberapa lagi pendapat yang mempertikaikan usaha kerajaan tu.

Lihat di Syria, Iran, Libya dan beberapa lagi negara Arab. Apa sudah jadi? Syiah adalah satu ancaman yang paling besar sebenarnya kepada umat Islam. Ia bukan satu mazhab seperti mana pendapat seorang presiden sebuah parti yang memperjuangkan Islam di negara ini. 

Kita selalu menganggap orang-orang kafirlah (yang jelas kafirnya) yang akan memerangi umat Islam, memecah-belahkan umat Islam tapi kita langsung tak menyangka produk terbaik yahudi sendiri yang akan memerangi Islam pada akhir zaman nanti. Produk yang sangat low profile, bermuka-muka, dan sangat halus serta licik, iaitu Syiah. 

Syiahlah yang mencetuskan segala keganasan di bumi Arab atas sokongan dan bantuan Israel dan Amerika. Kebanyakan orang Islam menganggap Syiah adalah satu cabang dalam Islam cuma berbeza pendapat saja dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Malah ada yang mempersoalkan kenapa Syiah dan Sunnah Wal Jamaah tidak bersatu? Ini adalah pendapat mereka yang langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang siapakah Syiah dan apakah agenda mereka. 

Amerika takkan menyerang Iran kerana mereka adalah sekutu. Mereka pandai mengaburi dunia dengan berlakon seolah-olah saling bermusuhan. Yahudi/Israel memang bijak dalam menipu. Di Palestin, Israel membunuh penduduk Islam di sana secara membuta tuli kemudian apabila pejuang-pejuang Islam bangkit sehingga roket mereka merosakkan bandar-bandar Israel, Amerika mula bercakap tentang gencatan senjata. 

Apa yang berlaku di negara-negara Arab sekarang ini adalah percaturan yahudi untuk meletakkan orang-orang Syiah ditampuk pemerintahan, agar mudah bagi mereka mempersiapkan agenda mereka dan melindungi negara mereka. 

     
Semenanjung Tanah Arab dan Israel




Lihat siapa sekeliling Israel?

Ya, tentu saja ada yang beranggapan bahawa bukan semua Syiah begitu. Kita perlu jelas apakah perkara dasar/pokok dalam fahaman Syiah? Apakah perbezaan yang sangat ketara antara Sunaah Wal Jamaah dan kesemua 12 mazhab yang ada dalam Syiah ini. 

Jika Syiah adalah satu mazhab dalam agama Islam tentulah ia sebahagian daripada Islam. Bolehkah kamu berkata seseorang yang bersyahadah selain daripada dua kalimah syahadah sebagai sebahagian daripada Islam? Bolehkah kamu berkata orang-orang yang mencerca isteri Nabi dan sahabat-sahabat Nabi sebagai sebahagian daripada Islam? Terpulanglah pada diri masing-masing kerana bagi aku, Syiah bukan sebahagian daripada Islam. Amalan mereka saja mirip Islam. 

Mereka lemah bila sedikit tetapi lihat apa yang mereka mampu lakukan bila ramai. apa jadi pada negara-negara Arab seperti Mesir, Syria dan lain-lain? Darah ahli Sunnah Wal Jamaah adalah halal bagi mereka tanpa mengira wanita, kanak-kanak atau orang tua. Tetapi mereka tetap juga laungkan Allahuakbar.

Jangan mudah terpedaya dengan golongan ini. Bukannya semua yang kerajaan kita lakukan adalah bermotifkan politik semata-mata dan bukan semua yang pembangkang katakan itu betul belaka, termasuklah parti-parti yang mempunyai tuan gurunya masing-masing. Janganlah kita terlalu melihat siapa yang berkata-kata tetapi lihatlah apa yang diperkatakannya.

Langkah mengharamkan ajaran Syiah ini adalah satu tindakan yang wajar. Ia seperti mencegah sebelum parah. 

Aku berpendapat dajjal tidak akan muncul dari kalangan bangsa musuh-musuh Islam yang nyata tapi akan muncul daripada kelompok masyarakat yang kononnya mengamalkan ajaran Islam dan ia akan mempunyai kebolehan-kebolehan yang luarbiasa (seperti sihir dan sebagainya kerana dibantu juga oleh iblis) yang menyebabkan sebahagian manusia menyangka dajjal adalah penyelamat agama Islam dan akan membawa ke jalan yang lurus. (kerana percaya dajjal adalah wali)

Benarlah kata-kata Melayu, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Sesungguhnya nenek moyang kita halus benar bahasanya dan mempunyai maksud yang sangat mendalam. Janganlah kita melebih-lebih sangat dalam menegur kerajaan negara kita yang kita rasa tidak mengikut cara Islam. Kita bukan bangsa bodoh seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak. Kita adalah salah satu negara diantara beberapa buah negara saja yang masih ada cahaya kerohanian yang wasilahnya sampai kepada Rasulallah s.a.w. 

Lebih baik hentikan saja menjaja isu-isu remeh untuk memecah-belahkan masyarakat dan lebih tumpukan kepada usaha-usaha bersama dalam memperkuatkan jati diri bangsa kita. Jangan kita jadi seperti bangsa yang berbunuhan akibat daripada perselisihan pendapat dalam beragama dan janganlah kita menjadi bangsa yang kuat mencerca sesama sendiri.

Apa pun, segala yang di atas adalah pendapat aku semata-mata. Tiada nas, tiada dalil kerana aku tak berhajat untuk membuktikan apa-apa. Sekadar bercerita saja. 





 

29 June 2013

Mengapa bukan PAS yang memerintah?

Terlalu malas rasanya untuk aku menulis sesuatu yang berkaitan dengan politik tetapi aku harus meluahkannya juga. Situasi yang terjadi sekarang membuatkan aku terlalu muak dengan sikap manusia yang berselindung disebalik serban dah jubah. Lahiriahnya kelihatan seperti mengikut sunnah tetapi perangai dan sikapnya langsung tidak ada ciri-ciri sunnah. Fahamlah aku mengapa ramai ahli tarekat yang aku temui menolak parti yang sebegini. Malah ada ahli tarekat yang secara tegas menempelak golongan yang kononnya memperjuangkan Islam ini. Dulu aku kurang bersetuju tetapi kini aku nampak kebenarannya. 

Sebagai seorang ketua kepada sebuah jemaah yang kononnya memperjuangkan Islam, dia haruslah menunjukkan contoh-contohnya baik kepada pengikutnya. Tetapi apa yang berlaku? Sebuah tuduhan berat, seperti menjual pil kuda, dilemparkan kepada sekutunya dan pertembungan 3 penjuru di beberapa tempat dalam PRU13 yang lalu telah menyerlahkan lagi sikap sebenar golongan ini. Pengikut yang dahagakan agama hanya mengikut membuta tuli tanpa mempersoalkan apa yang berlaku kerana menganggap dia sebagai ulama yang tahu apa yang dilakukannya. Ulama ke tak ulama, jika menuduh orang lain tanpa mengemukakan bukti tetap dikira memfitnah juga. Macam mana nak jadi pemimpin yang baik jika diri tak pernah lepas dari sikap tamak dan memfitnah? Itu belum masuk pelbagai cercaan dan tuduhan lain yang dilemparkan kepada pihak lawan mereka. 

Mereka bijak bercakap soal agama tetapi hakikatnya mereka sangat lemah dalam soal pentadbiran. Lihat Terengganu, lihat Kedah. Adakah kedua-dua negeri ini sebaik Selangor dan Pulau Pinang? Jangan malu untuk mengaku kekurangan diri. Kelemahan parti anda bukanlah kelemahan Islam. Islam itu indah, Islam itu cantik, Islam itu best (bak kata sahabat aku, Lepat). Tapi parti ini menjadikan Islam itu mundur, lemah, kuat mencaci, kuat memaki dan hina dipandangan mata rakyat negara ini. Perwatakan ahli-ahli mereka seperti orang-orang yang alim tetapi akhlak mereka mencerminkan sikap orang-orang yang tidak mengikut Islam sepenuhnya. 

Mereka memainkan isu hudud, tetapi mereka sendiri gagal untuk berbuat apa-apa dalam negeri yang mereka tadbir. Adakah mereka fikir Islam itu tergegak dengan tegaknya hudud? Bagi orang-orang yang mengkritik isu hudud, pantas saja mereka mengatakan golongan ini menolak hukum Tuhan. Adakah mereka pasti orang-orang yang mengkritik hudud itu benar-benar menolak hukum Tuhan atau menolak fahaman golongan yang kononnya memperjuangkan Islam ini?

Sikap mudah menghukum orang lain kafir bukanlah satu sikap yang dianjurkan Islam. Nabi pun tak pernah buat begitu, sahabat juga. Minta maaflah, aku bercakap daripada sudut pandangan aku dan orang-orang yang sependapat dengan aku. PAS belum layak untuk mentadbir negara ini dan mereka perlu mengubah sikap dan memperbaikan akhlak mereka jika mahu orang lain mengikut mereka dan memilih mereka.

Jika mahu membangunkan Islam, bangunkanlah Islam pada diri dulu. Jika mahu berperang dengan orang-orang yang dikatakan menolak Islam, perangilah nafsu diri terlebih dahulu. Jangan mulut bercakap mahu menegakkan Islam, tetapi akhlak diri langsung tidak mencerminkan Islam. Itu mengikut nafsu namanya. 




22 July 2012

Wahai tuan Mufti

Ini satu berita yang kelakar dari PerakNews.com

harussani


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang’ berpolitik sepanjang bulan Ramadan ini kerana  hukumnya haram.
Katanya, sebagai umat Islam mereka perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang  ditegah agama seperti mengumpat, mengeji, memfitnah sesama seagama apatah lagi bercakap tentang politik disepanjang bulan suci dan barokah ini.
Beliau juga tidak menafikan akan ada pihak-pihak yang tetap meneruskan usaha mengadakan ceramah  berbaur politik menerusi tazkirah yang di celahkan di antara Terawih sepanjang bulan Ramadan.
"Ini sebenarnya berlaku kerana kepartian. Sebelum ini tidak pernah berlakupun begini. Tidak semua yang hadir di dalam masjid itu sama politiknya jadi sekiranya ada pihak yang cuba berceramah politik di masjid, saya pasti inaya hanya akan menimbulkan perbalahan dan kebencian,’’ katanya kepada Peraknews di pejabatnya di Ipoh hari ini.
 Sehubungan itu Harussani meminta agar tazkirah tidak dibuat ditengah-tengah Terawih sebaliknya dibuat selesai solat tarawih.
"Tazkirah tidak ada dalam bulan Ramadan, kalau dia orang kata wajib, wajib itu bila-bila masa...dan kenapa tidak dibuat pagi, petang selepas asar kenapa mesti dicelahkan di antara tarawih jadi itu menganggu khusyuk apatah lagi apabila kita bercakap tentang politik,’’ katanya.
Harussani seterusnya menasihati umat Islam perbanyakkan amalan di bulan Ramadan ini dengan  melaksanaan amal ibadat yang dianjurkan oleh Rasullullah iaitu bertadarus dan melakukan tarawih.
Beliau diminta mengulas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimuka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini supaya umat Islam  mempertahankan kesucian masjid dengan tidak menjadikan gelanggang bagi melontarkan kebencian terhadap pemerintah.
Perdana Menteri menegaskan, masjid tidak seharusnya dicemari  semata-mata kerana mahu mencari pengaruh dan keuntungan politik.
Kelakar kerana:

1. Haram dibulan Ramadhan sajakah?
2. Perbuatan memfitnah, mengkeji, dan mengumpat halal diluar masjidkah?
3. Kenyataan berat sebelah tu tuju kepada siapa? Satu pihak sajakah?

Tak perlu keluarkan kata-kata kasar kepada Mufti Perak jika anda tak bersetuju dengannya. Sesungguhnya beliau juga ada tanggungan seperti perlu membayar ansuran kereta, ansuran rumah, perlukan elaun sara hidup dan gaji serta pencen jadi kita kena faham semua tu. Takkan dia nak tegur pihak yang membayar gajinya? Bagaimana jika silap tegur? Siapa nak bayar semua ansuran bulanan dia nanti?
Tuan Mufti mengajak kepada perpaduan sedangkan kenyataannya lebih menjurus ke arah pertelingkahan dan perbalahan sesama umat Islam dalam negara. 
Apakah tugas sebenar seorang Mufti, adakah menasihati pentadbir negeri atau mencari nas hadis & al quran untuk menghalalkan apa yang pentadbir negeri lakukan?
Wahai Tuan Mufti yang tinggi ilmunya. Tolonglah jaga darjat seorang mufti agar ia dapat terus dihormati oleh sekalian masyarakat. Bertegaslah dalam menegakkan kebenaran tanpa memilih bulu. Jangan menjadi kerbau dicucuk hidung dengan membenarkan yang batil berlaku disekeliling. 


Tak puasa

Baru sehari puasa dah ada yang sibuk bising-bising pasal nampak ada org Islam jual makanan waktu pagi & tengahari. Apa masalah jual makanan bulan puasa? Batal ke puasa?

Tindakan menjual makanan ni menyokong aktiviti tak puasakah? Yang tak puasa tu tetaplah tak puasa tak kira ada orang jual makanan atau tak. Kadang-kadang ada anak kecil yang perlu makan, apalah salahnya menjual makanan waktu pagi di bulan puasa ni? McD & KFC jual makanan dari pagi sampai ke malam takde pulak orang nak bising-bising?

Orang yang sibuk-sibuk mencari salah dan silap orang lain ni puasa perut je. Mulut dan hati tak pernah puasa pun. Majoriti ramai antara kita yang memang macam tu. Yang menjadi tak elok dipandang ialah makan dikhalayak ramai, bukannya membeli makanan. 

Bayangkan begini: Ada sekumpulan penguatkuasa yang menjalankan tugas bertanya kepada orang ramai berkenaan siapa belum solat. Siapa yang belum bersolat sampai terlepas waktu, maka ditangkap dan didenda. Betulkah cara ni? Hikmahkah cara ni?

Cara sebegini sebenarnya menjadikan Islam tu kelihatan sempit dan menekan. Sedangkan Islam yang sebenar bukan begitu. Masyarakat menjadikan Islam tu seperti mana yang mereka fikirkan baik sedangkan Islam tu jauh melangkaui apa yang mereka fikirkan.

Seperti di Pakistan, bagaimana sebahagian masyarakat di sana melayan golongan wanita mereka? Lihat saja ada yang dipotong hidungnya hanya semata-mata untuk mengelakkan lelaki lain menaruh hati pada wanita tu. Wanita tak dibenarkan menuntut ilmu sebagai mana kaum lelaki padahal mereka tu Islam. Mereka membuat Islam tu seperti mana yang mereka fikirkan bagus, walhal menjadikan Islam tu kelihatan mendiskriminasikan wanita, menindas kaum wanita dan menjadikan wanita seolah-olah golongan hamba abdi yang selayaknya menjadi pemuas nafsu seks dan melayan makan minum golongan lelaki saja.

Islam memang begitukah?

Satu lagi contoh. Lihat bagaimana penguatkuasa jabatan agama negeri yang menjalankan operasi khalwat. Baguslah ada operasi begitu untuk mencegar orang melakukan zina. Tapi bila ambil gambar pasangan khalwat, ambil pulak video mereka dalam keadaan terbuka aurat, tengking mereka dan lain-lain, adakah cara ni yang Islam anjurkan? Inikah satu-satunya cara atau jalan untuk membasmi masalah khalwat lelaki dan wanita?

Bukankah Islam menganjurkan untuk menjaga aib orang lain? Mana perginya tindakan menjaga aib pasangan yang berkhalwat? Atau mereka memang layak untuk diaibkan supaya tak mengulangi perbuatan tu lagi? Siapa kita untuk menghukum mengatakan mereka layak untuk diaibkan?

Tu belum masuk ada orang yang mati terjatuh dari tempat yang tinggi akibat nak mengelak daripada tertangkap khalwat. Siapa yang nak bertanggungjawab? 

Masalah kita ialah, Islam di sini lain, di tempat lain pulak lain. Jadi Islam yang macam mana yang betulnya? Jika kita mengaku Islam sebab mak bapak kita Islam, nama pun nama Islam dan dalam kad pengenalan tercatat beragama Islam maka kita hanya menjadi Islam ikut-ikutan saja. Kita pun tak pasti apa sebenarnya Islam sebab kita hanya mengikut adat dan budaya masyarakat kita yang disangka mengamalkan ajaran Islam yang benar dan tulen.

Bukan aku mempertikaikan agama atau taraf Islam seseorang cuma melontarkan soalan untuk difikirkan bersama apakah selama ni yang kita buat betul dan mengikut ajaran agama yang sebenar?

Antara Melayu dan Islam, mana lebih dulu? 


24 January 2012

Hari-hari yang berlalu

Hari-hari aku perhatikan sikap manusia. Makin lama makin muak jadinya. Bertudung, berkopiah, berjanggut bukanlah satu jaminan peribadi yang elok. Politik yang dah kotor menjadi lebih teruk daripada kotor sehingga aku sendiri pun tak tau nak panggil apa lagi. Ramai bercakap tentang perpecahan sedangkan yang bercakap tu sendiri belum kaji habis lagi punca pepecahan sebenar orang-orang Melayu.

Itu belum mamak yang mengaku Melayu. Entah macam mana golongan ni dengan mudah mengaku diri mereka Melayu dan orang Melayu sendiri seolah-olah senang menerima mereka sebagai Melayu jugak.

Mereka yang menjaga hal ehwal agama Islam jugak bagaikan terkunci mulutnya. Bukan setakat tu saja, malah ada yang sanggup menjual agama sendiri semata-mata kerana wang. Yang bodoh terus mengikut dan mempertahankan mereka. Yang bijak diam saja.

Orang ramai terus menerima hakikat mereka yang bijak dalam agama ialah mereka yang kemas berkopiah, berserban dan berjubah tanpa memahami apa disebalik kata-kata ceramah dan tingkah laku si bijak pandai agama tu.

Ada juga yang masih teraba-raba dengan persoalan agama yang sering bermain-main difikiran mereka dan menerima hanya yang dirasakan sesuai dengan jiwanya saja. Tak memahami siapakah Wahabi, siapakah Syiah. Apa yang mereka tau hanyalah bersatu. Kebenaran dengan kebatilan TAK MUNGKIN bersatu!

Belajar dan jangan jadi penghukum. Itu kerja Tuhan!




12 April 2011

Dato Seri Anwar Ibrahim - DSAI

Secara jujurnya aku memang mengagumi DSAI. Benar-benar kagum. Dalam pelbagai ujian yang berat menimpa beliau, anak isteri masih disisi. Semangatnya memang kuat. Auranya memang betul-betul wujud. Biarlah seribu tomahan yang datang, dia mampu untuk menghadapinya.

Betullah, tuhan takkan uji seseorang dengan ujian yang tak mampu ditanggungnya. Tapi melihat apa yang berlaku ke atas DSAI, siapa sanggup menahan ujian seberat yang beliau hadapi? Satu dunia beliau dimalukan, satu dunia maruah beliau cuba dijatuhkan. Namun kuasa Allah tiada siapa dapat menduga. Beliau masih gagah berdiri kini.


Bangsa sendiri yang tak pernah kenal beliau, tak pernah bersua muka, malah tak pernah bercakap dengan beliau boleh membuat andaian yang beliau memang mempunyai akhlak rendah. Bodoh punya manusia. Babi pun lebih mulia daripada orang yang menuduh tanpa berfikir panjang.


Lihatlah bangsa aku yang beragama Islam. Seorang isteri yang sentiasa setia bersama suaminya susah senang mengharungi getir hidup bersama-sama. Pernah kita jumpa? Mereka masih mampu tersenyum dan hidup seadanya. Ujian datang dan pergi tak pernah membuat mereka putus harap daripada rahmat Allah. Kamu boleh katakan yang mereka buat-buat gembira, tapi Allah dah butakan mata hati kamu tiada siapa lagi yang mampu memberi petunjuk. Itu kena ingat!


Pada aku, ujian yang beliau terima adalah terlalu berat untuk manusia biasa melainkan manusia yang terpilih saja. Tak sedarkah kita semua apa yang berlaku di depan mata? Mana yang salah, mana yang betul. Orang inikah ejen CIA? Orang inikah yang akan menjual Malaysia? Orang inikah yang akan menghapuskan hak-hak keistimewaan Melayu? Inikah orangnya? Lihat betul-betul dan katakan inikah orangnya?

Aku tak perlu selalu bersembang dengan beliau untuk kenal siapa beliau. Aku tak perlu ikut beliau ke sana sini untuk mengetahui peribadi beliau. Tanya pada diri kita, Islam ajar kita untuk syak wasangkakah? Islam ajar kita untuk terus mempercayai sesuatu berita tanpa usul periksakah? Islam ajar kita untuk memfitnah orangkah? Islam apakah itu?

Pergi jahanamlah kepada manusia yang percaya kepada fitnah keji seperti ni. Kamu semua memang bodoh daripada binatang walaupun bersolat 5 waktu sehari semalam. Walau apa terjadi sekali pun, selagi Allah melindungi & memelihara DSAI dan keluarga maka mereka takkan dapat dijatuhkan oleh sesiapa pun. Demi Allah, memang celaka sungguh mereka yang membuat fitnah dan mempercayai fitnah yang ditaburkan. Celaka!

Wahai DSAI. Kamu sekeluarga adalah simbol kekuatan. Janganlah berputus asa kerana aku yakin ramai yang menyokong dan setuju dengan perjuangan kamu. Semoga rahmat Allah terus melimpahi kamu dan keluarga. Semoga Allah terus tetapkan hati aku, tetapkan keyakinan aku dan memberi petunjuk ke jalan yang lurus kepadaku agar aku tahu mana yang benar dan mana yang palsu. Amin ya Rabbal Alamin.