22 July 2012

Wahai tuan Mufti

Ini satu berita yang kelakar dari PerakNews.com

harussani


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang’ berpolitik sepanjang bulan Ramadan ini kerana  hukumnya haram.
Katanya, sebagai umat Islam mereka perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang  ditegah agama seperti mengumpat, mengeji, memfitnah sesama seagama apatah lagi bercakap tentang politik disepanjang bulan suci dan barokah ini.
Beliau juga tidak menafikan akan ada pihak-pihak yang tetap meneruskan usaha mengadakan ceramah  berbaur politik menerusi tazkirah yang di celahkan di antara Terawih sepanjang bulan Ramadan.
"Ini sebenarnya berlaku kerana kepartian. Sebelum ini tidak pernah berlakupun begini. Tidak semua yang hadir di dalam masjid itu sama politiknya jadi sekiranya ada pihak yang cuba berceramah politik di masjid, saya pasti inaya hanya akan menimbulkan perbalahan dan kebencian,’’ katanya kepada Peraknews di pejabatnya di Ipoh hari ini.
 Sehubungan itu Harussani meminta agar tazkirah tidak dibuat ditengah-tengah Terawih sebaliknya dibuat selesai solat tarawih.
"Tazkirah tidak ada dalam bulan Ramadan, kalau dia orang kata wajib, wajib itu bila-bila masa...dan kenapa tidak dibuat pagi, petang selepas asar kenapa mesti dicelahkan di antara tarawih jadi itu menganggu khusyuk apatah lagi apabila kita bercakap tentang politik,’’ katanya.
Harussani seterusnya menasihati umat Islam perbanyakkan amalan di bulan Ramadan ini dengan  melaksanaan amal ibadat yang dianjurkan oleh Rasullullah iaitu bertadarus dan melakukan tarawih.
Beliau diminta mengulas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dimuka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini supaya umat Islam  mempertahankan kesucian masjid dengan tidak menjadikan gelanggang bagi melontarkan kebencian terhadap pemerintah.
Perdana Menteri menegaskan, masjid tidak seharusnya dicemari  semata-mata kerana mahu mencari pengaruh dan keuntungan politik.
Kelakar kerana:

1. Haram dibulan Ramadhan sajakah?
2. Perbuatan memfitnah, mengkeji, dan mengumpat halal diluar masjidkah?
3. Kenyataan berat sebelah tu tuju kepada siapa? Satu pihak sajakah?

Tak perlu keluarkan kata-kata kasar kepada Mufti Perak jika anda tak bersetuju dengannya. Sesungguhnya beliau juga ada tanggungan seperti perlu membayar ansuran kereta, ansuran rumah, perlukan elaun sara hidup dan gaji serta pencen jadi kita kena faham semua tu. Takkan dia nak tegur pihak yang membayar gajinya? Bagaimana jika silap tegur? Siapa nak bayar semua ansuran bulanan dia nanti?
Tuan Mufti mengajak kepada perpaduan sedangkan kenyataannya lebih menjurus ke arah pertelingkahan dan perbalahan sesama umat Islam dalam negara. 
Apakah tugas sebenar seorang Mufti, adakah menasihati pentadbir negeri atau mencari nas hadis & al quran untuk menghalalkan apa yang pentadbir negeri lakukan?
Wahai Tuan Mufti yang tinggi ilmunya. Tolonglah jaga darjat seorang mufti agar ia dapat terus dihormati oleh sekalian masyarakat. Bertegaslah dalam menegakkan kebenaran tanpa memilih bulu. Jangan menjadi kerbau dicucuk hidung dengan membenarkan yang batil berlaku disekeliling. 


No comments:

Post a Comment