29 January 2012

Tuah

Bila ada orang akademik berkata Hang Tuah sebenarnya tak wujud, tak ada pula orang akademik Melayu yang bangun menyanggah pernyataan tu. Mereka penakut barangkali.

Aku menolak kenyataan yang mengatakan Hang Tuah tu tak wujud. Tiada bukti atau belum jumpa bukti?

Sebabnya mudah saja. Jika tiada angin, masakan pohon bergoyang? Jika ada kisahnya, masakan tiada orangnya? Kata-kata "takkan Melayu hilang di dunia" bukanlah sesuatu yang direka-reka oleh orang-orang terdahulu. Masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasanya yang kaya-raya, pegangan adat yang kuat dan agama Islam yang dianuti. Masakan bangsa Melayu turun-temurun sengaja menjaja kisah Hang Tuah sekiranya ia hanyalah tahyul?

Bagi mereka yang mempunyai kepakaran serta keupayaan untuk menembusi alam jin, silalah teropong sendiri tentang kewujudan Hang Tuah dan lihat hasilnya. Orang awam biasa yang masih menunggu bukti-bukti kewujudan Hang Tuah pula, silalah tunggu. Barangkali seluruh hayatnya pun belum tentu mendapatkan bukti yang dikehendaki.

Bila Hang Tuah tiada, tiadalah kisah Puteri Gunung Ledang. Tiada jugalah kisah Sultan Melaka yang pertama kerana tiada bukti (tiada kubur Sultan itu sendiri yang telah disahkan DNA tulang-temulangnya). Tiada jugalah kisah bagaimana Melaka mendapat nama sekali gus mewujudkan persoalan tentang siapakah sebenarnya yang mentadbir Melaka di zaman kegemilangannya beratus tahun dulu?

Pelbagai versi kisah Hang Tuah ada dalam masyarakat kita. Tapi yang paling penting apakah pengajaran yang kita boleh dapati daripada kisah Hang Tuah ni? Kisah Hang Tuah secara ringkasnya menceritakan tentang seorang lelaki bersama empat saudaranya yang lain menjadi hulubalang negeri Melaka. Merekalah yang menyelamatkan Tun Bendahara daripada penyamun-penyamun yang membuat kacau di kota bersejarah tu.

Hang Tuah digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat setia kepada Sultannya dan mengikut apa saja titah baginda. Ada yang menggambarkan Hang Tuah sebagai seorang lurus bendul dan lelaki yang bodoh. Ada juga yang mengagumi si Jebat kerana sifat setiakawannya yang menuntut bela di atas ketidakadilan yang berlaku ke atas si Tuah.

Jadi, seperti yang dikatakan td, apakah pengajaran yang kita dapat?










26 January 2012

Maruah

Jangan sangka mudah. Nak bagi orang gila makan pun payah. Mereka ada maruah kerana tak meminta-minta....

24 January 2012

Perasaan

Manusia menjadi bongkak dan angkuh disebab kedudukan dan harta. Tanpa ini semua, mungkin perasaan itu tiada. Jadi, bukanlah sia-sia diciptakan perasaan bongkak dan angkuh itu. Supaya manusia menyedarinya, lalu bertaubat dan meninggalkannya. Supaya sifat Tuhan yang Maha Pengampun tu dapat dilihat oleh orang-orang yang celik mata hatinya.

Harta bukan setakat wang ringgit, emas dan perak tetapi ilmu pun dikira harta. Inilah sifat yang menjerumus kita semua ke lembah kehinaan. Telah dibuktikan sejak penciptaan manusia pertama. Hanya kerana merasa dirinya lebih baik, Azazil yang dulunya dihormati telah dicampakkan ke dunia ni dengan penuh kehinaan dan diberi nama baru - Iblis.

Benarlah kata-kata "berjuang melawan diri sendiri lebih berat daripada bertempur di medan perang". Setiap hari entah berapa kali seseorang itu 'mati' melawan dirinya...

Hari-hari yang berlalu

Hari-hari aku perhatikan sikap manusia. Makin lama makin muak jadinya. Bertudung, berkopiah, berjanggut bukanlah satu jaminan peribadi yang elok. Politik yang dah kotor menjadi lebih teruk daripada kotor sehingga aku sendiri pun tak tau nak panggil apa lagi. Ramai bercakap tentang perpecahan sedangkan yang bercakap tu sendiri belum kaji habis lagi punca pepecahan sebenar orang-orang Melayu.

Itu belum mamak yang mengaku Melayu. Entah macam mana golongan ni dengan mudah mengaku diri mereka Melayu dan orang Melayu sendiri seolah-olah senang menerima mereka sebagai Melayu jugak.

Mereka yang menjaga hal ehwal agama Islam jugak bagaikan terkunci mulutnya. Bukan setakat tu saja, malah ada yang sanggup menjual agama sendiri semata-mata kerana wang. Yang bodoh terus mengikut dan mempertahankan mereka. Yang bijak diam saja.

Orang ramai terus menerima hakikat mereka yang bijak dalam agama ialah mereka yang kemas berkopiah, berserban dan berjubah tanpa memahami apa disebalik kata-kata ceramah dan tingkah laku si bijak pandai agama tu.

Ada juga yang masih teraba-raba dengan persoalan agama yang sering bermain-main difikiran mereka dan menerima hanya yang dirasakan sesuai dengan jiwanya saja. Tak memahami siapakah Wahabi, siapakah Syiah. Apa yang mereka tau hanyalah bersatu. Kebenaran dengan kebatilan TAK MUNGKIN bersatu!

Belajar dan jangan jadi penghukum. Itu kerja Tuhan!




Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina tahun ni memang meriah dengan bunyi mercun sana-sini. Ada juga member-member yang kurang senang dengan bunyi ni. Satu perkara kalau dilihat betul-betul, ada perbezaan bunyi mercun waktu Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali.

Orang Cina biasanya main mercun roket, ataupun thunderclap yang mahal-mahal. Mereka menghalakan ke atas. Bila meletup, memang tak dinafikan kuatnya boleh tahan jugak (tapi buat mereka yang ada anak kecil, memang tak tahan punya). Mercun-mercun macam ni biasanya mahal. Lebih daripada RM100 untuk satu jenis. Mereka bakar bukan sekali atau dua kali tapi mungkin meleret sampai 2-3 hari. Jadi, berapa kos yang mereka laburkan untuk mercun? Jangan tanya daripada mana mereka dapat sebab takut yang bertanya tu tak boleh terima hakikat.



Aku kenal seorang Cina di tempat aku yang mendapat banyak stok mercun untuk tahun ni. Sajalah tanya kat mana beli. Tanpa selindung dia cakap dia dapat daripada orang Kastam jugak. RM1000 untuk penuhkan satu bonet Waja. Ambillah jenis apa yang nak, harga tetap macam tu jugak. Jadi, kalau dah satu bonet RM1000, buat apa nak ambil mercun bola. Banyak lagi jenis mercun yang Kastam rampas. Sebab tu bila Tahun Baru Cina bunga api & mercun mereka lebih meriah. Kuasa mereka tinggi.

Bila Raya Puasa, orang Melayu main mercun bola. Baling pulak kat jiran sebelah rumah. Samalah dengan Deepavali, orang India pun bukan ada kesedaran sivik yang tinggi pun. Mereka pun main mercun bola & baling dari atas ke bawah (rumah flat/apartment). Itulah beza orang Cina, Melayu dan India. Pemikiran.

Nak salahkan Cina 100% sebab buat bising pun tak tepat jugak rasanya. Mereka beli daripada pegawai/kakitangan kerajaan yang berbangsa Melayu. Kalau orang Melayu ni tak jual, tentu suasana tak sebising sekarang. Apa yang menyebabkan pegawai/kakitangan Kastam ni jual barang rampasan yang sepatutnya dilupuskan? Untuk dapat duit poketlah. Kalau seorang pelanggan mereka caj RM1000, bayangkan kalau 10 orang? Berapa banyak tu?

Jangan cakaplah pasal rasuah. Tanpa rasuah, mana ada pegawai-pegawai Kastam/JPJ nak merasa pakai kereta besar. Tanpa rasuah bagaimana nak maju? Nama saja Melayu, ada duit semuanya jadi. Berapakah nilai seorang Melayu? Anda tentukan sendiri. Betapa mudahnya maruah Melayu dibeli oleh orang Cina dengan kerelaan hati mereka sendiri. Kalau ada pegawai/kakitangan Kastam atau JPJ yang terasa, maaflah. Aku tak kata semua, cuma yang makan cili tu mestilah dia yang rasa pedasnya.


10 January 2012

Sudah berakhirkah atau baru bermula?

Betulkah semuanya telah berakhir atau satu permulaan. Aku pun tak pasti kerana aku belum dapat membaca rentak terbaru yang mereka mainkan.


Tahniah kepada DSAI dan semua penyokong yang berani menyuarakan hak mereka. Hari ini mahkamah telah melepas dan membebaskan DSAI daripada fitnah jahat yang dirancang rapi. Cuma aku agak terkejut kerana bukan ini yang aku jangkakan. Dan aku pasti ramai yang begitu. Apa pun, ketentuanNya tiada siapa yang dapat mengagak.


Seronok melihat pelbagai kaum yang turun bersama-sama menanti keputusan mahkamah hari ni.



Namun ada juga anak melayu yang hilang arah dan tak tahu ke mana nak dituju. Mereka mudah diperalatkan demi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.


Lihat sendiri bagaimana bangsa Melayu kita yang masih tetap mempertahankan fitnah walaupun dah terang lagi bersuluh. DSAI bukanlah sesiapa. Hampir semua media cetak & elektronik membantainya siang, malam selama lebih 13 tahun. Hingga kini beliau masih mampu berdiri lagi. Mengapa? Mengapa susah sangat nak jatuhkan beliau? Barangkali kerana benar, tetaplah benar. Dan takkan sesekali kebatilan dapat mengatasi kebenaran kerana itu telah dijanjikan.


Tak kira tua muda, dari latarbelakang apa pun, semuanya hadir tanpa dipaksa, tanpa diberi duit minyak, tanpa diberi nasi bungkus dan air mineral. Kenapa? Adakah DSAI hebat sangat menyihir ramai orang menjadi pengikutnya?

Jelaslah. Ia bukan soal DSAI semata-mata. Ini soal keadilan. Bagaimana keselamatan seseorang individu nak terjamin sekiranya haknya dinafikan? Bagaimana kalau perkara yang dihadapi oleh DSAI terkena kepada ayah kita? Adik kita? Sepupu kita atau saudara-mara kita yang lain? Inilah yang menyebabkan ramai umat manusia dari segenap lapisan masyarakat turun memberikan sokongan. Semua mahu hak mereka terjamin dan tidak dinafikan oleh sesiapa.



Tiada apa yang lebih bermakna kepada seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya melainkan melihat kebenaran memihak kepada suaminya. Bayangkan perempuan itu ialah ibu kita atau kakak kita. Bagaimana kita rasa?


Kalau yang berusia seperti ini pun boleh mengerti apa itu keadilan, kenapa tidak orang yang lebih muda?


Tapi jangan dilupa anak muda ini.


Anak muda yang berani menyuarakan hak, bukannya menderhaka. Pelbagai fitnah pula dipalitkan ke atas beliau. Dan hari ini UPSI telah menggantungnya selama 3 semester hanya kerana menurunkan bendera PM dan kemudian menaikkannya semula selepas 10 minit. Tak tahulah beliau disabitkan atas kesalahan apa, tapi yang pasti Melayu juga yang menjatuhkan keputusan sedemikian ke atas si Melayu ini. Ancaman apakah yang dibawa oleh anak muda yang bergelar mahasiswa ini? Beliau hanya seorang pelajar yang menuntut haknya dan pelajar-pelajar lain. Salahkah?

Apa pun, syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara terang-terang atau diam-diam. Terima kasih atas sokongan dan kesabaran semua pihak. Walaupun bukan aku yang patut mengucapkannnya tapi rasa seronok ni tak dapat nak dibendung. Sekurang-kurangnya terima kasih kerana berkongsi perasaan yang sama.

*semua gambar diambil melalui facebook kawan-kawan yang terlibat

08 January 2012

Sakit

Kalau ada yang berpendapat setiap penyakit manusia ada hubungkaitnya dengan makhluk halus disekeliling kita, aku amat bersetuju. Pernahkah kita terfikir kenapa penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung dikatakan diwarisi oleh keturunan seseorang? Walaupun sains boleh mengulas panjang lebar tentang perkara ini, tapi bagi aku lebih mudah jika dikatakan 3 penyakit utama tersebut melibatkan makhluk halus yang diwarisi daripada seorang bapa/mak kepada anaknya.

Sakit jantung adalah disebabkan oleh jin yang mendiami kawasan jantung. Mereka (jin-jin ni tadi) tinggal dan beranak-pinak di situ lalu mengganggu fungsi jantung. Makin lama, manusia semakin lemah kerana dipengaruhi oleh faktor usia. Ketika manusia lemahlah, mereka mudah untuk menyakiti manusia. Ia mungkin saja dijelaskan oleh sains seperti saluran jantung tersumbat dan sebagainya. Tapi alam ghaib juga mempunyai penjelasannya yang tersendiri. Sumbatan yang kelihatan daripada pandangan mata kasar adalah disebabkan kotoran yang ditinggalkan oleh makhluk yang bersarang di dalamnya. Jika jin itu makan, maka dia juga pasti membuang sisa makanannya seperti mana manusia. Dalam tempat yang akan dibuangnya adalah dalam badan manusia itu sendiri yang mana akhirnya akan merosakkan atau mengganggu fungsi hakiki organ-organ yang berkenaan.


Selain daripada tu, penyakit seperti jantung berdebar dan tekanan darah tinggi yang dikatakan penyakit ginetik sebenarnya amat berkait rapat dengan jin. Bila ia disebut penyakit ginetik, maka fahamlah kita bahawa penyakit tersebut adalah penyakit keturunan. Saka juga adalah penyakit keturunan. Sama ada kita sedar atau tidak, makhluk halus memang sentiasa ada disekeliling kita dan hidup bersama-sama dengan kita.


Kanser pula disebabkan oleh kerosakan tisu-tisu dalaman di mana sel-sel dalam badan terus memperbaiki tisu yang rosak walaupun ia telah elok. Seolah-olah kerja yang tiada hentinya. Kadang-kala ia dipanggil ketumbuhan. Semua tahu bagaimana rasanya digigit nyamuk. Sakit dan gatal. Bayangkan pula sakit yang sama, tetapi di dalam tisu badan kita? Tentu lebih sakit. Tapi makhluk apa pula yang dapat masuk di dalam badan lalu menggigit? Ia mungkin dapat dijelaskan oleh sains sebagai luka-luka yang mungkin disebabkan oleh makanan yang kita makan. Tapi dari sudut pandangan alam ghaib, ia adalah disebabkan oleh makhluk-makhluk halus yang dipanggil jin yang telah bersarang dalam badan kita dan merosakkan tisu-tisu serta sel-sel yang tertentu menyebabkan kita mengalami kanser. Nampak macam kelakar, tapi begitulah menurut mereka yang mampu untuk melihat lebih dapat ke alam yang satu lagi.

Memang bukan semuanya 100% penyakit seperti kanser, jantung dan darah tinggi disebabkan oleh makhluk-makhluk sebegini, namun kebanyakannya YA.

Kita terlalu melihat makhluk-makhluk seperti jin ni primitif, pakai cawat, berbulu dan macam-macam lagi. Padahal bangsa mereka lebih ramai daripada manusia, umur mereka juga lebih panjang daripada manusia. Jadi untuk mengatakan mereka memiliki teknologi lebih maju daripada bangsa manusia adalah tidak mustahil sama sekali. Mereka juga ada bangsa seperti kita, golongan seperti kita, kaya dan miskin, baik dan jahat dan macam-macam lagi. Siapa yang terlibat membina piramid kalau bukan bantuan daripada mereka? Tinggalan-tinggalan seperti tu memerlukan kajian yang lebih mendalam dan penjelasan yang berbeza daripada sudut sains. Sains juga tak dapat menjelaskan apakah nyawa? Sains tak dapat menjawab persoalan wujudkah roh? Di manakan datang kekuatan manusia untuk menggerakkan tangannnya? Adakah kekuatan tersebut datang dari roh, nyawa atau apa? Apa yang membuatkan tangan ini mampu menaip dan jari-jemarinya pantas bergerak? Jika roh mempunyai kekuatan itu, maka orang yang terlantar sakit pasti mempunyai kekuatan untuk bergerak cergas seperti orang biasa kerana masing-masing masih mempunyai roh dalam badan. Jika nyawa yang memberi kekuatan tersebut maka sudah tentulah si sakit juga mampu bergerak cergas seperti orang yang sihat kerana masing-masing masih mempunyai nyawa. Jadi apa? Jika sains jalan penyelesaian, maka tentu saja ada penjelasannya. Tapi nyata sekali sains tak mampu untuk menjawab persoalan seperti ini.

Ia bukan terhenti setakat tu saja. Apakah kaitan semua ini dengan rasa? Siapa yang merasa, roh atau nyawa? Bagaimana pula dengan perasaan? Bukankah ianya kompleks?

Jadi, manusia tidak seharusnya menganggap dirinya telah cukup berpengetahuan tentang sesuatu. Semuanya mempunya penjelasan yang tersendiri. Itu adalah satu contoh penyakit-penyakit utama yang biasa menyerang manusia. Lihat saja kisah nabi Ayub yang diuji dengan penyakit tokaknya. Siapakah yang dikatakan 'penyakit' itu kalau bukan syaitan? Apa saja mahkluk yang jahat dipanggil syaitan. Sebab tu orang tua-tua dahulu apabila terlalu marah selalu menggelarkan seseorang tu jahat seperti syaitan. Rupa parasnya manusia, tapi sikapnya seperti syaitan. Begitulah halnya dengan jin.

Nabi juga berpesan bahawa tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati. Maka mati tu sudah pasti tapi sakit boleh dirawat dan diubati.

Bila seseorang demam, dan akan beransur pulih apabila memakan ubat yang diberikan oleh doktor. Bagaimana alam ghaib menjawab persoalan ini?

Jika kita manusia mempunyai perasaan suka dan benci, maka sama halnya dengan jin. Sebagai contoh, membakar setanggi adalah sunat kerana ianya wangi. Namun disalah tafsir oleh segolongan kita sebagai khurafat kerana mengikut ajaran agama lain. Asap setanggi atau kemenyan dikatakan makanan jin kerana jin tu memang makan asap. Tapi tahukah kita jin juga makan ayam, daging dan sayur seperti yang kita makan. Asap yang menjadi makanan jin bukanlah asap 'seciput' seperti asap kemenyan, setanggi atau rokok. Tujuannya juga bukannya untuk memanggil jin. Apabila setanggi yang wangi dibakar, maka akan larilah jin-jin yang bersifat pengotor ni kerana bukan kesukaan mereka. Samalah dengan ubat-ubatan. Apabila dimakan, kandungannya mungkin menyebabkan jin-jin yang berada dalam tubuh yang menyebabkan seseorang demam lari meninggalkan badan pesakit. Pesakit kemudiannya sembuh. Namun begitu kita hendaklah yakin bahawa yang menyembuhkan tetap Allah jua. Ubat ataupun rukyah hanyalah sebab musabab yang mendorong ke arah kesembuhan saja.

Memang penjelasan tersebut sukar untuk diterima dan mereka yang mengamalkan perubatan Islam yang tulen juga jarang mahu berkongsi tentang perkara ini kerana takut disalah sangka. Seperti yang telah aku tuliskan, tentu saya ada yang baca mengatakan ini mengarut. Nasib baiklah aku yang tulis, kalau pengamal perubatan yang tulis mesti orang tak datang berubat dah sebab dikatakan sesat. Aku cuma menulis berdasarkan kajian, pemerhatian dan beberapa ilmu yang dikongsikan oleh mereka yang ingin berkongsi. Jika ada yang tak bersetuju, tak perlu kata apa-apa kerana aku pun tak suruh kamu setuju dengan aku.