10 November 2010

kenderaan

alasan kenderaan lebih 10 tahun tidak selamat digunakan di atas jalanraya sebenarnya langsung tak munasabah. mereka mahu paksa orang ramai berhutang ke supaya beli kereta baru. dah tentu kereta yang paling ramai mampu milik adalah proton.

adakah sebab proton dah tak boleh nak buat untung, orang ramai perlu dipaksa secara halus untuk membantu menguntungkan proton?

sebenarnya kita boleh saja ikut singapura atau jepun yang mengehadkan kenderaan 'roadworthy' mereka 3-5 tahun dengan syarat proton mesti bungkus atau dijual kepada syarikat asing. selama ni pun harga kenderaan lain terpaksa dinaikkan untuk memastikan kereta proton dapat dijual. sekiranya kerajaan tak mengenakan cukai hingga 300%, siapa nak beli proton kalau harganya lebih kurang mercedez atau bmw yang paling murah? lebih baik beli lancer atau kereta lain yang lebih berkualiti dan berkuasa.

semuanya untuk membantu memperkayakan sesetengah daripada mereka dan menyusahkan orang ramai. aku rasa ramai yang bersetuju sekiranya peraturan ini dikenakan ke atas kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam, tapi kalau melibatkan kenderaan persendirian nampak sangat nak membebankan pengguna.

jika setiap kenderaan persendirian akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di puspakom sebelum dapat renew roadtax, maka berderet-deretlah orang berkampung di puspakom serata malaysia menunggu giliran. nak pergi periksa bukannya free, ada bayarannya. roadtax pun nak kena bayar. agaknya bila kita nak jadi negara pertama di dunia yang mewajibkan rakyatnya membayar cukai pernafasan kerana menyedut udara di negara ini?

kereta yang terlibat dalam kemalangan jarang-jarang berusia lebih 10 tahun. kereta lebih 10 tahun nak lari laju mana? owner pun tau tahap keselamatan kereta mereka. takkan berani mereka nak bawa jauh-jauh pun.

peliknya, ramai yang masih tak nampak atau buat-buat tak nampak tentang motif sebenar semua ini diadakan.

No comments:

Post a Comment