05 February 2011

jalan....

aku memang suka berjumpa dengan orang-orang yang terlibat dalam perubatan cara islam. sebenarnya tak ada bezanya pun berubat cara islam atau pun moden. sama saja. cuma istilah lain-lain. sebabnya, aku pernah katakan dulu. dalam perubatan islam, kuman/virus dianggap syaitan.

tapi perkara ni ditolak oleh para ilmuan perubatan moden walaupun mereka beragama islam. ini kerana kuman/virus boleh dilihat melalui mikroskop dan boleh di atasi dengan ubatan tertentu mengikut kaedah tertentu juga. mereka sering memperlekehkan pengamal perubatan islam yang menjampi air. malah ada juga ustaz-ustaz yang berceramah memperlekehkan golongan ni. katanya, sikit-sikit nak jampi.

sebenarnya, perubatan islam yang berteraskan keyakinan dan tawakal kepada Allah melebihi segala-galanya. janganlah samakan golongan ini dengan bomoh. bomoh mencari rezeki melalui ilmu yang mereka ada sedangkan pengamal perubatan islam yang tulen sekadar membantu orang yang memerlukan bantuan kerana Allah semata-mata.

orang yang memperlekehkan orang lain sebenarnya cetek ilmu. mereka bercakap bukan dalam bidang mereka. aku biasa tengok ustaz-ustaz begini. katanya, buat apa susah-susah nak tambah apa yang nabi ajar? kalau tak mahu kena sihir, baca saja ayat kursi. tak perlu tiup sana, tiup sini. buat itu ini.

kita kena faham, apa pun ayat-ayat yang dibaca adalah semata-mata mengharapkan pertolongan dan perlindungan daripada Allah juga. apa-apa kaedah yang diamalkan juga semata-mata untuk mendapat perlindungan dan bantuan daripada Allah. mengapa perlekehkan golongan ni?

contoh paling ketara, pembacaan ayat kursi dengan 9 kali berhenti. kata golongan ustaz-ustaz muda dari mesir, jordan dan sebagainya, nabi tak ajar pun. persoalannya adakah salah jika diamalkan? zaman nabi dulu baginda juga tak pernah menyuruh al quran dibukukan.

mengapa perkara kecil sebegini menjadi isu untuk memecah-belahkan masyarakat yang semakin hari semakin keliru dengan islam?

ceramah agama yang sering kita dengan pun sekadar berkisar kepada isu-isu luaran yang banyak kali telah dikupas. menjadikan golongan muda kurang berminat untuk mendengarnya. seolah-olah benda yang sama diputar-putar. aku tak kata salah, tapi kenapa tak ajar mereka tentang ilmu mengenal diri supaya rohani mereka mantap dan mudah untuk belajar ilmu-ilmu yang lain pula?

yang ditimbulkan ialah siapa ajar sifat 20? zaman nabi tak ada sifat 20 pun. zaman imam 4 mazhab yang ada ni pun tak pernah bangkit tentang sifat 20. apa sifat 20? siapa yang ajar? persoalan begini yang ustaz-ustaz dari mesir, jordan, syiria dll timbulkan. masyarakat yang tak tahu apa-apa ni makin bingung. ustaz-ustaz muda ni memperlekehkan orang-orang yang belajar mengenal Allah dengan cara ini.

mulut mereka petah berkata-kata memetik ayat-ayat al quran dan hadis tapi mereka lupa untuk mengawal hati dan nafsu mereka yang bersifat kebinatangan tu. tahap takwa dan ilmu seseorang bukan dinilai daripada mulut dan hafalan. jangan jadi macam iblis yang asal-usulnya merupakan ketua sekumpulan malaikat. dikatakan azazil adalah satu makhluk yang paling taat dan bijak satu masa dulu. lihat saja kisahnya dalam al-quran.

segala amalannya sia-sia hanya kerana mengikut nafsu (hati yang merasakan dirinya lebih mulia daripada yang lain). adakah mustahil ustaz-ustaz muda yang bermulut lancang ni senasib dengan iblis sekiranya mereka tak menjaga hati?

jangan sombong. jangan bongkak dengan ilmu didada sekiranya kita pegang betul-betul siapa yang Maha Berilmu (Maha Mengetahui). jangan cepat mencela orang lain tentang kaedah apa yang mereka gunakan untuk beramal.

jalan menuju Allah tu bukannya satu. mengapa nak sempitkan fikiran dengan mengatakan jalan yang digunakan orang lain tak betul? mereka yang tak betul atau diri sendiri yang belum jumpa jalan?



No comments:

Post a Comment