13 February 2011

valentine

bila tiba bulan februari mulalah orang-orang pejabat agama sibuk bercakap-cakap tentang valentine. yang paling seronok adalah penguatkuasa jabatan agama Islam negeri-negeri. waktu ni lah nak mengantoikan pasangan terutama remaja yang bersekedudukan.

kenapa tiap kali tiba bulan februari nak kena cakap pasal valentine? hari lain, bulan lain tak boleh cakap ke? salah ke kalau kita beri isteri bunga atau hadiah pada 14 feb?

kenapa dikatakan banyak penzinaan berlaku? pernahkah kita terfikir salah satu antara sebabnya ialah nak kawin pun susah zaman sekarang. kalau nak 'buat projek' tak perlu sediakan duit hantaran, buat kenduri kawin dan sebagainya. habis, apa fungsi jabatan agama negeri-negeri selain daripada syok buat operasi tangkap basah yang memalukan bangsa sendiri ni? TAKDE pun. mereka lebih sibuk berlumba-lumba nak naik pangkat. pakai songkok tinggi-tinggi, pakai kot, pakai kopiah biar nampak macam berilmu.

pirahhh....!

aku menyampah dengan ustaz-ustaz yang pandai cakap daripada buat ni. dulu diaorg muda-muda pun ada yang sambut. dah tua-tua ni je tak sambut. lagi pun kat mana pula jatuhnya salah kalau setakat bagi kad & bunga pada pasangan pada hari valentine? jangan merepek yang bukan-bukan. ramai saja orang berzina diluar waktu valentine.

kepada mangkuk hayun, sila baca betul-betul. adakah aku menyokong valentine atau korang yang cepat jatuhkan hukum?

No comments:

Post a Comment