30 June 2010

lalai...

melihat keadaan isteri mengandung anak sendiri membuatkan aku terbayangkan bagaimana keadaan emak aku mengandungkan aku satu masa dulu. bagaimana pun perasaan ayah aku yang sudah tentu resah apabila isterinya resah.


manusia takkan sedar bila tak mengalami suatu perkara tu dengan sendiri. satu masa dulu aku tak pernah nak faham perasasan ibubapa aku, harapan mereka terhadap anak-anak yang sentiasa tinggi dan segala keringat dikerah untuk memberi kesenangan kepada keluarga. pada aku mungkin dah terlambat, tapi pada mereka yang mempunyai ibubapa lagi, hayatilah pengorbanan mereka walaupun pada sekilas pandang, mereka itu seperti insan biasa saja. jangan bandingkan ibubapa kita dengan ibubapa orang lain kerana ibubapa kita sentiasa terbaik di hati kita dan di mata kita.


aku bayangkan betapa tinggi harapan mereka kepada aku sewaktu aku dilahirkan. bermula dengan memberi nama yang terbaik di antara terbaik, aku yakin setiap ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. adakah kita mahukan yang terbaik untuk mereka apabila mereka telah tua? apakah pengorbanan kita? yang pasti, kita terlalu berkira-kira walaupun mulut berkata berkata tidak.


al quran telah mendahului semua ini lebih seribu tahun. manusia saja yang was-was ke terhadap kalamNya.... tidak terkecuali aku yang sentiasa lalai....







damai

kalau diberi pilihan, aku nak tinggal di kawasan hutan yang mempunyai 4 musim. suasana mendung, sayup mata memandang, tentaram, aman dan damai.

kalau dapat tempat yang bersalji pun tak mengapa, lagi aku suka daripada pergi ke pusat membeli belah mahal yang langsung takde makna pada aku. barangkali ni juga sebab kenapa aku suka sangat ikut jalan lama bila memandu pulang ke tempat aku. aku dengan dunia aku, imaginasi aku.


di sini aku akan tenang dan damai.... jauh dari segala peradaban yang menyesakkan..

26 June 2010

sesumpah

maka betullah seramai 40 orang yang berpengetahuan dalam bidang agama telah memasuki umno. cuma, siapa yang menggelarkan mereka ulama? adakah ulama memberi gelaran 'ulama' kepada mereka atau golongan yang korupsi sahaja yang memanggil mereka ulama?

pelik juga kenapa golongan ulama dengan mudah terjun ke dalam bidang politik. terjun ke dalam sebuah organisasi yang mana reputasinya sedang menurun dan popularitinya juga tak segemilang dulu.

salah seorang drp mereka adalah rakan seperjuangan aku di uia satu masa dulu. seorang yang kuat bangkangannya terhadap kerajaan. namanya saja sudah cukup terkenal kerana bapanya adalah bekas mufti perlis. mungkin mereka seramai 40 orang ni mempunyai cita-cita besar, iaitu untuk memperbaiki umno dari dalam. baguslah. tapi adakah mereka sudah fikir masak-masak bahawa ahli umno yang lebih beribu kali ganda jumlah mereka, boleh mempengaruhi mereka dalam setiap pendirian yang dibuat?

atau adakah mereka diugut seperti mana ADUN-ADUN yang melompat parti? mungkinkah sekiranya mereka tak menyertai umno, maka mereka akan dicop sebagai ahli JI? hanya mereka yang tahu, dan apa pun pendirian mereka Tuhan lebih tahu.

jauh...

tiada apa yang lebih selesa daripada lepak di rumah pada cuti hujung minggu. aku lebih suka mcm ni daripada bersesak-sesak ke mall atau pun ke mana-mana. aku memang suka tempat yang sunyi.



daripada pergi ke bangunan-bangunan besar, aku lebih suka lepak dalam rumah macam dalam gambar ni.... aman damai. jauh dari manusia hipokrit & pendengki. jauh dari melayu....

21 June 2010

Agama

Aku ada seorang adik. Seorang perempuan. Dulu belajar di sekolah agama kerana bapa aku memang memang nak dia jadi anak yang baik dan taat kepada kedua orang tuanya. Tamat saja persekolahan, dia telah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa. Sejuk hati bapa aku lihat anak dia berjaya masuk universiti tu. Bukan calang-calang universiti. Universiti antarabangsa. Aku pun masuk juga tapi separuh jalan lari.

Kini adik aku telah pun berjaya dan memiliki Master. Dapat pula kerja dengan kerajaan. Tapi sayangnya, beliau adalah anak paling keras kepala dan keras hati berbanding adik-beradik aku yang lain. Kesimpulannya mudah. Belajar agama dan mempunyai asas didikan yang sempurna bukanlah satu jaminan untuk menjadi anak yang taat dan patut kepada kedua ibu bapanya.

Sama juga dengan manusia yang berserban dan berjanggut panjang. Bertudung labuh dan bertutup mulut. Taraf mereka bukannya hampir dengan malaikat. Ilmu pun tidak menjamin seseorang baik akhlaknya. Pokok pangkalnya hati. Biarlah perwatakan luaran macam mana sekali pun, hati belum tentu jahat ataupun sebaliknya. Apa sekali pun pakaian yang mereka pakai, apa jua pun ilmu yang mereka miliki, mereka adalah sama. Yang membezakan semuanya adalah hati.

Hati yang baik dan bersih mencerminkan muka yang ceria dan berseri-seri, kata seseorang kepada aku satu masa dulu. Jika manusia tahu bahawa bumi adalah sebesar mikro organisma dalam alam ini, tentu mereka kurang berlagak dan riak. Bayangkan sebutir pasir di tepi pantai, itu pun belum cukup untuk membayangkan saiz bumi di tengah-tengah alam semesta ni. Besar manakah manusia yang berjalan di atasnya?

Melayu dan Dengki

Adakah dgn mewar-warkan isu JI merekrut pelajar IPT di negara ini dapat menutup isu judi bola, isu perpindahan KTMB, 2 blok minyak kpd Brunei, APCO dan beberapa lagi isu utama semasa?

Setiap kali bercerita perlu timbul perkara ni. Adakah sesetengah pihak telah kehabisan idea utk menutup perkara sebenar dgn secara terang-terangan menipu? Kita tak perlu hairan dgn cerita 2 orang tahanan dibelasah bagai lembu dalam tahanan kerana dituduh mencuri enjin jet. Nasib baik mereka tidak tangkap seorang Indon dan paksa Indon tu mengaku mencuri enjin jet. Ini menunjukkan mereka masih ada sedikit akal untuk berfikir. Tapi kenapa seorang bekas Sarjan? Kaya sangatkan dia ni? Ramai sangatkan kenalan dia? Besar sangatkah dia dalam ATM sehingga boleh membawa keluar sebuah enjin jet? Kadang-kadang nak seludup rokok dan mercun pun kantoi, inikan pula enjin jet. Masyarakat asing gelak tengok kita mainkan undang-undang rimba kita. Mentang-mentanglah kita negara hutan hujan tropika.

Yang dituduh adalah seorang India, nasib baik bukan seorang Melayu. Mungkin India tersebut mempunyai banyak masalah disiplin dan prestasi kerja yang kurang baik menyebabkan dia orang paling layak untuk memikul pertuduhan tersebut. Macam biasa, mana ada parti yang mengaku membela nasib orang India membela dia. Sebenarnya India dan Melayu hampir sama. Mereka adalah kaum yang tidak boleh lihat bangsa sendiri maju dan berjaya. Mereka lebih suka menjatuhkan bangsa mereka demi kepentingan diri sendiri. Di sinilah kelainan bangsa Cina.

Kenyataan yang perit tapi terima sajalah. Lihat sekeliling. Berapa ramai orang yang sama bahasa, sama warna kulit dengan kita gembira bila kita gembira? Mungkin ada yang senyum seperti suka, tetapi hati takkan pernah suka. Kita takkan pernah suka jika melihat seseorang daripada bangsa kita lebih sedikit drp kita. Ini fakta bukan tuduhan melulu.

Bukan lagi soal parti mana, tetapi di mana ada Melayu di situ ada perasaan dengki sesama mereka.

16 June 2010

boikot

mulai hari ni persatuan peniaga barang runcit malaysia akan melancarkan mogok tak akan menjual gula, minyak masak, tepung gandum. mari kita lihat sama ada kerajaan akan tunduk ataupun bertegas dengan pendirian mereka yang menangguk di air yang keruh.

sebenarnya ramai yang belum jelas tentang apa kaitannya bila kerajaan mengarahkan peniaga memohon lesen untuk mengjual ketiga-tiga barang terkawal ni dengan ketiadaan stok. apabila lesen dipohon, sudah tentu peniaga akan membayar kepada kerajaan. ini adalah satu liabiliti kerana harga barangan tersebut tetap sama. apa untungnya kepada peniaga? mereka terpaksa membayar lesen SSM, lesen majlis perbandaran/daerah, lesen papan iklan, lesen rokok dan beberapa lesen lain yang mungkin berkaitan. jika peniaga melayu, mereka mungkin tak kisah kerana mereka sememangnya kurang pandai mengira. tapi bagi peniaga cina, ini membebankan mereka.

berapa banyak lesen nak kena mohon? mungkin pihak kerajaan mahu dilihat sebagai melakukan sesuatu untuk menangani masalah kekurangan bekalan dipasaran, tetapi langkah yang diambil sebenarnya mencerminkan sikap yang suka mengambil kesempatan ke atas rakyat.

baru-baru ni dewan rakyat dimaklumkan kos membina istana negara yang baru mencecah rm800 juta, peningkatan 2 kali ganda sejak 2006. penjelasan menteri yang terbabit, istana negara perlu mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. itu mungkin tidak mengapa kerana ada rakyat yang masih boleh menerimanya. tapi yang menghairankan ialah kontraktor yang dilantik adalah kontraktor yang sama membina stadium yang runtuh di terengganu tak lama dulu. keadaan ni jelas memperlihatkan betapa projek mega diberkan kepada kroni mereka sahaja.

inilah sebenarnya tujuan utama mengapa subsidi perlu dikurangkan. supaya projek mega dapat dilaksanakan dan ahli-ahli politik dapat mencari wang melaluinya. apabila sesuatu projek diberikan kepada rakan atau ahli keluarga mereka, sudah tentu komisen tetap ada. tipulah kalau ada orang kata ahli politik berjuang bertungkus lumus untuk rakyat tanpa mementingkan diri sendiri.

peniaga-peniaga cina sebenarnya tak rugi pun kalau x menjual gula, minyak masak & tepung gandum kerana keuntungannya terlalu kecil. nak bayar bil elektrik pun tak lepas. kerajaan pula menjana wang dengan mewajibkan setiap peniaga yang ingin menjual barangan berkenaan supaya memohon lesen. jika kita semua perasan, setiap kali berlaku kejadian seperti ni, menteri-menteri yang terbabit dengan mudah akan menunding jari kepada pihak lain. dan dalam kes ini sudah tentulah yang bersalah adalah peniaga kerana mereka tak mahu jual gula, minyak masak & tepung gandum.

apa saja yang mendatangkan wang walaupun membebankan rakyat, pasti akan dilaksanakan. yang penting ialah bagaimana untuk mengaburi mata rakyat supaya mereka melihat sesuatu yang menekan mereka sebagai sesuatu yang bagus untuk mereka.....

15 June 2010

mengeluh

entah kenapa setiap hari lepas hari ahad orang akan mengeluh sebab kena masuk ke pejabat. apa bezanya pun dengan hari-hari lain? isnin ke selasa ke rabu ke semuanya sama. kenapa setiap hari isnin perlu mengeluh?

mungkin motivasi kurang. bagi orang yang belum pernah merasa menganggur terlalu lama mungkinlah. tapi bagi mereka yang dah pernah rasa pahit maung hidup susah bekerja sendiri, tak mungkin mengeluh. bukan nak berlagak, tapi aku salah seorang daripada golongan mereka yang tak mengeluh tentang hari isnin mahupun hari-hari yang terpaksa dihabiskan di pejabat. kenapa? aku sendiri pun tak tau. pada aku, aku lebih seronok lepak di pejabat daripada tak buat apa-apa.

tak boring ke mengeluh? minggu depan nak kena mengeluh lagi. dalam setahun paling kurang 52 kali kena mengeluh. pejabat tu dah macam periuk nasi, tapi masih nak mengeluh jugak. ramai lagi kat luar sana yang belum dapat kerja.

08 June 2010

alasan

rasanya blum ada satu pun media utama/nasional yg menerangkan secara terperinci mengapa setiap peniaga perlu mendapatkan lesen runcit untuk menjual barang-barang seperti gula, beras, tong gas, dan lain-lain barang kawalan. ada antara 9-11 lesen yg perlu dipohon oleh peniaga sekiranya hendak jugal barang-barang kawalan ni termasuk lesen premis. anggaran setiap tahun setiap peniaga yg ada kedai runcit perlu byr x kurang rm1,000 utk mendapatkan lesen-lesen ni semua.

mungkin org kita melayu kurang prihatin. lembab betul bangsa kita ni. bila peniaga ditekan, pengguna juga akan ditekan lepas ni. yg herannya inikah langkah pihak kerajaan utk membantu mengurangkan beban pengguna? adakah ini maksud sebenar rakyat didahulukan.

betul, ramai peniaga adalah cina! kelihatan seolah-olah pihak kerajaan nak menekan golongan ni. tp ni bukan langkah terbaik kerana walau mcm mana pun beban kos akan tetap dipindahkan kpd pengguna juga akhirnya. di malaysia, peniaga sebenarnya yg berkuasa bukan pihak yg membuat dan menetapkan peraturan. lihat saja bagaimana persatuan peniaga barang runcit malaysia menggertak kerajaan utk xkan jual lagi barang-barang kawalan nanti.

pertumbuhan ekonomi tidaklah sebaik yg dicanangkan. nampak gayanya kerajaan x pernah tetap pendirian dlm mengeluarkan syarat & peraturan. sebenarnya bukan kerajaan yg salah tp knp menteri-menteri yg membarisi kerajaan pd masa ni tahap bodoh mereka terlalu tinggi sehingga membantutkan usaha utk 'mendahulukan' rakyat. tp jika slogan ni hanya slogan, maka tindakan mereka adalah betul.

masyarakat kita sibuk nak buat bantahan sana sini. buat demo utk cari nama dgn mengutuk israel (yg kita tahu hanya sia-sia). nasib baiklah israel x mcm sesetengah pihak yg menggunakan ISA ke atas mana-mana individu yg mengancam mereka. lagipun rakyat kita yg ditahan kerana menceroboh perairan mereka tidak dilayan sebagaimana pihak berkuasa kita melayan rakyat kita sendiri. bagi israel dan amerika, mereka adalah penceroboh. di negara kita pula 'penceroboh' dianggap wira.

cuba banyangkan sekiranya askar israel meletakkan senjata dlm beg bagasi rakyat kita dan membuat tuduhan palsu utk membenarkan penahanan mereka bagaimana? sekurang-kurangnya mereka lebih baik sedikit drp pihak berkuasa kita yg meletakkan parang dan menuduh seorang budak x bersalah sbg suspek samun kerana enggan mengaku tersalah tembak. paling menggelikan hati ialah ada usaha yg mencadangkan supaya mereka yg ditahan oleh israel ini diberi pampasan dan ganti rugi. 'penceroboh' diberi ganti rugi kerana menceroboh? lawak dan gila punya kerja. budak yg mati kena tembak di shah alam tu sikit pun x diberi ganti rugi. malah keluarga mereka langsung tidak mendapat permohonan maaf dari pihak yg terbabit. apa bezanya 'pihak terbabit' dgn askar israel? sedih sungguh mentaliti bangsa melayu negara ni.

smlm berita menyiarkan bahawa ekonomi negara tumbuh 10.1%? betul ke kita berjaya mengatasi singapura ni? jika 10.1% bermakna kita sepatutnya lebih maju dan lebih kaya drp singapura. adakah keadaannya dilihat begitu? rasanya kita masih mcm dulu, dibelakang singapura dan ketinggalan. tp knp diwar-warkan 10.1% itu?

suku pertama 2010 dibandingkan dgn suku pertama 2009. bila disebut suku bermakna 3 bulan pertama. kalau kita ingat, 3 bulan pertama dlm tahun 2009 adalah tahun dimana negara kita berada dlm krisis kewangan dunia.

ok utk memudahkan cerita, suku pertama 2008 pertumbuhan ekonomi kita adalah 7.1% berbanding suku pertama 2007. pada suku pertama 2009, pertumbuhan ekonomi malaysia jatuh 6.2% (-6.2%) berbanding suku pertama 2008. tu masa awal-awal kiris dulu. skrg krisis dah tamat, kita bandingkan pulak pertumbuhan skrg dgn time krisis tu, tentulah nampak byk. org kampung & felda senyum. ekonomi dah pulih. senang je diperbodohkan. kalau nak adil dan tau sebenar-benar tahap pertumbuhan ekonomi kita, bandingkan dgn tahun yg masa tu tiada krisis.besar sgt ke nilai 10.1% tu?

pertumbuhan ekonomi kita yg sebetulnya hanya sekitar 3.0-3.5% je. sebab tu skrg ni semua harga barang perlu dinaikkan, termasuklah petrol, minyak masak, gula, tol dan lain-lain. tu pun melayu x boleh nak fikir. kalau ekonomi terlalu baik sampai 10.1%, takkanlah harga barang semuanya perlu dinaikkan?

1 Malaysia bunyinya mmg sangat menarik. tp sebelum tu sudah ada 1 yang lain.





sendiri mau fikir la kawan!

06 June 2010

demo

muak dgn demo kutuk israel. kutuklah mcm mana pun, ada mereka peduli? atau kita yg nak menunjuk-nunjuk yg kita peduli sgt tentang kezaliman? hapuskan dulu kezaliman di negara kita, baru berckp tentang kezaliman di luar.

parasit

malam sabtu, 2 orang anggota jpj mangkuk hayun cuba nak tahan aku waktu lepas byr tol. bodoh sungguh diaorg ni. kalau nak tahan buat la road block. ni bile dgr punyi enjin turbo, berlari-lari ke tengah jalan. kalau kena langgar, bagus jugak. nak duit punye pasal, ape pun sanggup. ingat mangkuk-mangkuk ni ikhlas buat keje? jpj paling kuat rasuah. tentu saja mereka menafikannya. macam pencuri, mana nak mengaku.

jgn tanya org awam, tp sila tanya pemandu lori dan bas. mereka memang dah siapkan duit untuk habuan anggota-anggota jpj mcm ni. benarkah kerajaan nak hapuskan rasuah? yg sebenarnya kerajaan hanya mahu dilihat cuba memerangi rasuah. mana boleh dapat tender tanpa rasuah? gila. ini malaysia, bukan amerika syarikat.

04 June 2010

filem

layan cerita perang mmg menyeronokkan bagi aku. bukanlah bermakna aku suka dgn peperangan. aku cuma berminat dgn adegan-adegan kemusnahan dan letupan yg ada dlm cerita perang tu.

the pasific di hbo mmg agak layan jugak. di barat, mereka membikin filem tanpa batasan. di negara kita, perlu suntingan mengikut peraturan-peraturan yg telah ditetapkan. itulah beza filem local dan filem-filem antarabangsa. peraturan-peraturan yg dikenakan ni menyekat perkembangan industri perfileman kita. menjadikan filem-filem kita setaraf sampah di negara luar.

filem the pasific mengisahkan peristiwa perang dunia ke-2 yg berlaku antara jepun dan amerika. filem ni bagaimanapun xde menunjukkan bahawa tentera amerika semuanya betul belaka. kadang-kadang mereka juga membuat silap, mengebom tentera sendiri, menembak org awam dan mcm-mcm lagi. filem perang kita? semua menunjukkan askar kita maksum. sama seperti filem gerak khas di mana menunjukkan anggota polis kita terlalu cekap dan pantas dlm menjalankan tugas.

bandingkan cerita CSI dan gerak khas. rasa mcm malu nak tgk je. pokok pangkalnya mentaliti. pembikin filem negara kita membuat difilem utk keuntungan semata-mata, dibarat mereka membuat filem utk kepuasan penonton dan dlm masa yg sama menjana keuntungan yg tinggi.

mungkin kesedaran kita kurang, mungkin ilmu kita kurang atau mungkin kita yg terlebih tamak.

03 June 2010

macam-macam

pagi² lagi diradio dah bercerita tentang penahanan rakyat Malaysia oleh Isreal. Muak jugak aku mendengarnya. Aku rasa x perlu dijelaskan lagi siapa atau apakah Israel. Benda yang kita dah tau, kalau diberitahu byk² kali pun naik bosan jugak. Umpama memberitahu Israel itu terdiri drp hurus I, huruf S, huruf R, huruf A, huruf E, huruf L.

Oh, td dlm lif aku terjumpe sorang mamat gelap. hitam legam. mula-mula aku ingatkan anak india mane. tp bile org kt depan aku tegur, aku pun tengok la betul-betul siapa anak india ni. rupe-rupenye KJ. ler, hitam legam. penangan latihan askar wataniah. betul-betul menjadikan seorang melayu itu mirip india.

itu cerita dlm lif td. belum habis lagi cerita pasal Israel. aku rase x perlu diperjelaskan lagi apa askar Israel akan buat dgn tahanan mereka. siapa masih hidup dan x cacat boleh dikira sebagai beruntung.

teringat pulak aku tentang apa nasib segala bantuan yang dihulurkan sekirannya benar-benar x sampai ke rakyat Palestin. semuanye akan jadi sia-sia saje. sbg seorang muslim, senjata paling kuat adalah doa. tp bila ckp mcm ni, pasti ada org akan berkata kalau doa saja x buat apa-apa pasti takkan mengubah sesuatu pun. ada betul ada salah. kalau kita yakin dgn sepenuh hati dan ikhlas berdoa, lebih drp apa yg kita minta pun boleh dapat jika Allah perkenankan. bukankah Dia Maha Menghendaki?

siapa pun boleh bercakap tentang agama. mcm goreng nasik goreng. semlm sewaktu mkn tghari kat sebuah kedai, dtg seorang pakcik minta derma. pakaian mmg melambangkan yg dia adalah seorang muslim.

"Assalamualaikum dik. Ni pakcik nak mintak derma sikit", sambil menghulurkan sebuah fail kt aku yg tgh makan ni.

"Takpelah pakcik," jawab aku.

"Knp xnk menderma? ini untuk masa akan datang....bla..bla..." kata pakcik tu lagi.

Knp aku xnk derma? Pertamanya, dia kacau aku waktu aku nak makan. Sedangkan memberi salam kpd org yg sedang manjamah rezeki pun hukumnya makruh, inikan pulak nak mintak derma.

Kedua, aku mmg nak tgk apa jawapan dia bila aku kata tak nak. Nyata dia marah bila aku xnk menderma. bukanlah satu contoh muslim yg baik. apabila kita meminta hak seseorang dan org tu x perkenankan lalu kita pun jadi marah, mencerminkan yg kita ni x sedar diri. dah la meminta-minta, x bagi nak marah-marah pulak.

Ketiga, seorang yg mengikuti ajaran Islam yg betul x akan meminta-minta. minta saja dan meminta-minta adalah dua perkara yg berbeza. minta seperti minta tolong. meminta-minta seperti merayu-rayu supaya diberikan sesuatu. ada paksaan dlm meminta-minta.

dgn berjubah dan berserban aku rasa pakcik tu secara x langsung menjatuhkan imej Islam bukan mencerminkan keperibadian seorang muslim yg baik. mujur aku x berceramah pd dia sbb aku masih mampu berfikir yg dia tu lebih tua drp aku.

politik keluarga

politik di malaysia adalah politik berdasarkan mak bapak. apa pun alasan yg diberikan, kita boleh lihat jika bapanya dulu seorang ahli politik, anaknya juga akan menjadi ahli politik. kekayaan negara akan ditadbir dan dinikmati oleh kaum kerabat dan keluarga mereka masing-masing.

walaupun jelas kelihatan, kita masih melaung-laungkan konsep demokrasi. mungkin ada sedikit demokrasi dicelah-celah politik keluarga ni. baik dlm parti kaum cina, india ataupun melayu, semuanya jelas kelihatan.

penyebab utama DEB gagal adalah kerana kekayaan yg sepatutnya dimiliki kaum melayu hanya berlegar dikalangan keluarga ahli-ahli politik melayu yg berkepentingan saja. mereka malu utk mengakui tp kita boleh lihat dgn jelas.

02 June 2010

kejam?

berdemo dihadapan kedutaan yahudi adalah sama seperti berdemo di depan kerbau liar afrika yg xkan faham apa-apa pun. ditambah pula dgn cubaan membunuh diri utk menarik perhatian pihak yg berkenaan supaya menghentikan kekejaman ke atas org lain. siapa yg ajar semua ni?





melakukan perkara yg sedikit pun x membawa perubahan adalah sama dgn melakukan perkara yg sia-sia. tunjukkan kpd aku atau ajarknlah kpd aku satu ayat dlm alquran yg menyuruh kita melakukan perkara yg sia-sia walau utk apa tujuan sekalipun.

utk membetulkan org yg dah sedia x betul, aku rasa kita kena betulkan diri sendiri dulu. dlm konteks kekejaman ke atas palestin, kita kena bersatu. bukan bersatu berhimpun dan memekak di hadapan kedutaan tertentu. bersatu dlm konteks tolong menolong antara satu sama lain sehingga kita menjadi rapat seperti saudara sendiri. adakah negara-negara islam bersatu? bagaimana hendak membetulkan bangsa yg salah jika kita sendiri pun belum dpt mencari jalan yg betul?

jadi apakah yg patut kita buat? kita ada pemimpin, apakah yg mereka lakukan utk mengubah nasib umat islam palestin selain drp berckp seolah-olah merekalah pemimpin yg baik. hentikan ckp dan keluarkan satu penyelesaian kpd perkara ni. aku x menuduh sesiapa tp ramai pemimpin dikalangan negara-negara islam yg lebih pentingkan kekayaan dan kepentingan diri sendiri drp berkorban utk saudara mereka sendiri. kesimpulannya, kita mempunyai ilmu kerana kita diajar melalui al-quran & sunnah utk mengatasi segala apa jua masalah yg timbul tp kita x pernah nak praktikkan. apabila kemahuan dan nafsu mengatasi pemikiran yg waras, inilah akibatnya dan palestin akan tetap terus di'sembelih' oleh israel walapun kita berdem 365 hari dlm setahun dihadapan kedutaan amerika syarikat.

sia-sia

aku pelik dan heran knp masyarakat kita x habis-habis buat perkara yg sia-sia. dunia berlumba-lumba mengatasi rekod yg dibuat oleh org lain dalam perkara-perkara yg mengagumkan dan luar biasa. kita pulak terus melakukan perkara-perkara bodoh seperti membuat popiah terpanjang, hot dog terpanjang dan lain-lain yg membuatkan org luar ketawakan kita. baru-baru ni dutch lady malaysia membuat rekod acaraminum susu terbesar di malaysia. apa yg mereka cuba nak buktikan? adakah mereka terlalu cetek pemikirannya sehingga membuat perkara-perkara yg org di negara seperti somali, uganda malah amerika syarikat sendiri pun x terfikir nak buat?

berhentilah memalukan dan memperbodohkan diri sendiri dgn memasukkan rekod-rekod bodoh ke dlm buku "Malaysia Book of Records". negara-negara asia lain pun x buat seperti apa yg kita buat. berbangga dgn perkara-perkara mcm ni langsung x memberikan manfaat dan semangat yg baik kepada rakyat.

atau mereka melakukan ini kerana masyarakat kita suka tgk perkara-perkara mcm ni dilakukan? masyarakat kita suka gosip (yg nama sebenarnya fitnah), layan AF (yg terang-terang x memberi faedah kpd penonton selain menghabiskan kredit telefon mereka) dan lain-lain perkara bodoh.

semua org berhak lakukan apa yg mereka suka, jd aku takkan menjadi penghalang kpd mereka. cuma aku harap ada di antara mereka akan sedar bahawa semua benda ni sia-sia je....

01 June 2010

kemalangan

kadang-kadang aku menyampah jugak bila baca tulisan aku sendiri. x pernah nak konsisten. dari segi penggunaan bahasa mmg hancur. aku rasa x nak jadi penulis, rasanya x perlulah aku beria-ria menggunakan bahasa yang skeptikal (betul ke istilah ni? aku sendiri pun x reti). mlm ni aku nak tulis dgn bahasa yg mungkin agak poyo skit.

antara memandu laju dan memandu perlahan mane lebih bahaya? aku x dapat nak bagi jawapan yg khusus sebab dua-dua gaya pemanduan pun ada bahayanya. bila kita laju, secara x langsung kita mengurangkan masa utk berfikir & bertindak sekirannya sesuatu yg buruk berlaku dlm waktu pemanduan kita. contohnye kalau terbabas, kita tentu dah x sempat nak fikir selain drp bertindak dgn tindakan refleks.

semua org pun sama. tp satu perkara mengikut pengalaman aku ialah jgn panik. contohnye jika kereta terpusing sewaktu hilang cengkaman semasa mengambil selekoh. tindakan refleks org yg normal adalah dgn membalas belokan stereng secara lawan arah dan terus tekan brek. satu masa dulu aku pernah berlumba bodoh-bodoh dgn sebuah satria 1.6 naik genting. masa tu hujan x berapa nak lebat tp jalan dah basah sgt dah. aku kirakan aku dah ambil segala langkah berjaga-jaga dgn mengenalpasti ketajaman selekoh-selekoh kt depan. pada aku yg penting ialah mcm mana pemandu mengawal perasaan gemuruh akibat adrenalin yg berpusu-pusu menerjah.

dalam pada aku berhati-hati tu, aku terbabas jugak kt satu selekoh yg kalau fikir secara logiknya mmg susah nak terbabas. selekoh tu bukanlah tajam sgt. aku x pasti knp tiba-tiba tayar belakang aku hilang cengkaman dan terus membuang. tp aku rasa aku berjaya kawal perasaan aku mase tu. aku x panik & terus tekan brek mengejut. aku sempat cari ruang yg sesuai utk 'landing'. kereta aku berpusing 180 darjah mengadap ke belakang tanpa melanggar mana-mana divider di tepi jalan.

waktu hilang kawalan, aku terus balas stereng ke arah bertentangan tp x tekan brek langsung sebaliknya aku tekan minyak supaya tayar depan mengikut arah tayar belakang yg dah hilang kawalan tu. bila dah ketengah dan jauh skit drp divider kanan, barulah aku tekan brek sekuat hati utk mengelakkan kereta terus berpusing. alhamdulillah, kedudukan kereta aku cantik. mengadap kereta-kereta lain tanpa terkeluar langsung drp garisan bahu jalan. cuma terbabas ke lane kiri.

selain dpt malu, aku dan kereta x cedera apa-apa. mungkin ada org panggil tu drift tp sebenarnya tu bukanlah drift sebab kereta pacuan tayar depan mana boleh buat drift. dan kalau drift, dah tentu aku x terbabas (ckp besar skit). org selalu kata bawa kereta laju-laju merbahaya. aku sikit pun x nafi. tp pada aku memandu kereta bukan mcm bawak motor.

mat motor x kisah sgt pasal motor walaupun diaorg tergolek tgh jalan sebabnya motor murah nak repair. tp kalau kereta, fikir 2-3 kali utk amik risiko buat keje-keje gila. pendek kata, kalau x yakin aku takkan bawak laju sebab aku syg kereta aku. lagi satu, bila bawak laju secara x langsung pemandu akan pusatkan keseluruhan fikirannya pada kereta tanpa memikirkan perkara-perkara lain. lihat saja pemandu-pemandu rally/F1. mereka semua menumpukan sepenuh perhatian kpd memanduan masing-masing. bandingkan dgn mereka yg bawak kereta perlahan nak mampus, duduk kat fast lane sambil kepala otak berkhayal mane lagi bahaya?

pemandu berkhayal mcm ni byk. terutama yg bawak family. sebab tu kita selalu dgr & lihat dlm berita mereka yg terlibat dlm kemalangan maut selalunya yg bawak family. ikut logik akal, adakah pemandu berkeluarga ni akan memandu secara membuta tuli dan gila khinzir? mereka adalah golongan yg paling kerap berkhayal di atas jalanraya dan sebab tu la jugak mereka yg paling byk terlibat dlm kemalangan maut.

baru-baru ni saja 2 family maut dlm kemalangan jalanraya. ibu, bapa dan anak kecil. adakah mereka berlumba atas jalan? aku x fikir mcm tu....