aku pelik dan heran knp masyarakat kita x habis-habis buat perkara yg sia-sia. dunia berlumba-lumba mengatasi rekod yg dibuat oleh org lain dalam perkara-perkara yg mengagumkan dan luar biasa. kita pulak terus melakukan perkara-perkara bodoh seperti membuat popiah terpanjang, hot dog terpanjang dan lain-lain yg membuatkan org luar ketawakan kita. baru-baru ni dutch lady malaysia membuat rekod acaraminum susu terbesar di malaysia. apa yg mereka cuba nak buktikan? adakah mereka terlalu cetek pemikirannya sehingga membuat perkara-perkara yg org di negara seperti somali, uganda malah amerika syarikat sendiri pun x terfikir nak buat?
berhentilah memalukan dan memperbodohkan diri sendiri dgn memasukkan rekod-rekod bodoh ke dlm buku "Malaysia Book of Records". negara-negara asia lain pun x buat seperti apa yg kita buat. berbangga dgn perkara-perkara mcm ni langsung x memberikan manfaat dan semangat yg baik kepada rakyat.
atau mereka melakukan ini kerana masyarakat kita suka tgk perkara-perkara mcm ni dilakukan? masyarakat kita suka gosip (yg nama sebenarnya fitnah), layan AF (yg terang-terang x memberi faedah kpd penonton selain menghabiskan kredit telefon mereka) dan lain-lain perkara bodoh.
semua org berhak lakukan apa yg mereka suka, jd aku takkan menjadi penghalang kpd mereka. cuma aku harap ada di antara mereka akan sedar bahawa semua benda ni sia-sia je....
No comments:
Post a Comment