mulai hari ni persatuan peniaga barang runcit malaysia akan melancarkan mogok tak akan menjual gula, minyak masak, tepung gandum. mari kita lihat sama ada kerajaan akan tunduk ataupun bertegas dengan pendirian mereka yang menangguk di air yang keruh.
sebenarnya ramai yang belum jelas tentang apa kaitannya bila kerajaan mengarahkan peniaga memohon lesen untuk mengjual ketiga-tiga barang terkawal ni dengan ketiadaan stok. apabila lesen dipohon, sudah tentu peniaga akan membayar kepada kerajaan. ini adalah satu liabiliti kerana harga barangan tersebut tetap sama. apa untungnya kepada peniaga? mereka terpaksa membayar lesen SSM, lesen majlis perbandaran/daerah, lesen papan iklan, lesen rokok dan beberapa lesen lain yang mungkin berkaitan. jika peniaga melayu, mereka mungkin tak kisah kerana mereka sememangnya kurang pandai mengira. tapi bagi peniaga cina, ini membebankan mereka.
berapa banyak lesen nak kena mohon? mungkin pihak kerajaan mahu dilihat sebagai melakukan sesuatu untuk menangani masalah kekurangan bekalan dipasaran, tetapi langkah yang diambil sebenarnya mencerminkan sikap yang suka mengambil kesempatan ke atas rakyat.
baru-baru ni dewan rakyat dimaklumkan kos membina istana negara yang baru mencecah rm800 juta, peningkatan 2 kali ganda sejak 2006. penjelasan menteri yang terbabit, istana negara perlu mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. itu mungkin tidak mengapa kerana ada rakyat yang masih boleh menerimanya. tapi yang menghairankan ialah kontraktor yang dilantik adalah kontraktor yang sama membina stadium yang runtuh di terengganu tak lama dulu. keadaan ni jelas memperlihatkan betapa projek mega diberkan kepada kroni mereka sahaja.
inilah sebenarnya tujuan utama mengapa subsidi perlu dikurangkan. supaya projek mega dapat dilaksanakan dan ahli-ahli politik dapat mencari wang melaluinya. apabila sesuatu projek diberikan kepada rakan atau ahli keluarga mereka, sudah tentu komisen tetap ada. tipulah kalau ada orang kata ahli politik berjuang bertungkus lumus untuk rakyat tanpa mementingkan diri sendiri.
peniaga-peniaga cina sebenarnya tak rugi pun kalau x menjual gula, minyak masak & tepung gandum kerana keuntungannya terlalu kecil. nak bayar bil elektrik pun tak lepas. kerajaan pula menjana wang dengan mewajibkan setiap peniaga yang ingin menjual barangan berkenaan supaya memohon lesen. jika kita semua perasan, setiap kali berlaku kejadian seperti ni, menteri-menteri yang terbabit dengan mudah akan menunding jari kepada pihak lain. dan dalam kes ini sudah tentulah yang bersalah adalah peniaga kerana mereka tak mahu jual gula, minyak masak & tepung gandum.
apa saja yang mendatangkan wang walaupun membebankan rakyat, pasti akan dilaksanakan. yang penting ialah bagaimana untuk mengaburi mata rakyat supaya mereka melihat sesuatu yang menekan mereka sebagai sesuatu yang bagus untuk mereka.....
No comments:
Post a Comment