21 June 2010

Agama

Aku ada seorang adik. Seorang perempuan. Dulu belajar di sekolah agama kerana bapa aku memang memang nak dia jadi anak yang baik dan taat kepada kedua orang tuanya. Tamat saja persekolahan, dia telah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa. Sejuk hati bapa aku lihat anak dia berjaya masuk universiti tu. Bukan calang-calang universiti. Universiti antarabangsa. Aku pun masuk juga tapi separuh jalan lari.

Kini adik aku telah pun berjaya dan memiliki Master. Dapat pula kerja dengan kerajaan. Tapi sayangnya, beliau adalah anak paling keras kepala dan keras hati berbanding adik-beradik aku yang lain. Kesimpulannya mudah. Belajar agama dan mempunyai asas didikan yang sempurna bukanlah satu jaminan untuk menjadi anak yang taat dan patut kepada kedua ibu bapanya.

Sama juga dengan manusia yang berserban dan berjanggut panjang. Bertudung labuh dan bertutup mulut. Taraf mereka bukannya hampir dengan malaikat. Ilmu pun tidak menjamin seseorang baik akhlaknya. Pokok pangkalnya hati. Biarlah perwatakan luaran macam mana sekali pun, hati belum tentu jahat ataupun sebaliknya. Apa sekali pun pakaian yang mereka pakai, apa jua pun ilmu yang mereka miliki, mereka adalah sama. Yang membezakan semuanya adalah hati.

Hati yang baik dan bersih mencerminkan muka yang ceria dan berseri-seri, kata seseorang kepada aku satu masa dulu. Jika manusia tahu bahawa bumi adalah sebesar mikro organisma dalam alam ini, tentu mereka kurang berlagak dan riak. Bayangkan sebutir pasir di tepi pantai, itu pun belum cukup untuk membayangkan saiz bumi di tengah-tengah alam semesta ni. Besar manakah manusia yang berjalan di atasnya?

No comments:

Post a Comment