rasanya blum ada satu pun media utama/nasional yg menerangkan secara terperinci mengapa setiap peniaga perlu mendapatkan lesen runcit untuk menjual barang-barang seperti gula, beras, tong gas, dan lain-lain barang kawalan. ada antara 9-11 lesen yg perlu dipohon oleh peniaga sekiranya hendak jugal barang-barang kawalan ni termasuk lesen premis. anggaran setiap tahun setiap peniaga yg ada kedai runcit perlu byr x kurang rm1,000 utk mendapatkan lesen-lesen ni semua.
mungkin org kita melayu kurang prihatin. lembab betul bangsa kita ni. bila peniaga ditekan, pengguna juga akan ditekan lepas ni. yg herannya inikah langkah pihak kerajaan utk membantu mengurangkan beban pengguna? adakah ini maksud sebenar rakyat didahulukan.
betul, ramai peniaga adalah cina! kelihatan seolah-olah pihak kerajaan nak menekan golongan ni. tp ni bukan langkah terbaik kerana walau mcm mana pun beban kos akan tetap dipindahkan kpd pengguna juga akhirnya. di malaysia, peniaga sebenarnya yg berkuasa bukan pihak yg membuat dan menetapkan peraturan. lihat saja bagaimana persatuan peniaga barang runcit malaysia menggertak kerajaan utk xkan jual lagi barang-barang kawalan nanti.
pertumbuhan ekonomi tidaklah sebaik yg dicanangkan. nampak gayanya kerajaan x pernah tetap pendirian dlm mengeluarkan syarat & peraturan. sebenarnya bukan kerajaan yg salah tp knp menteri-menteri yg membarisi kerajaan pd masa ni tahap bodoh mereka terlalu tinggi sehingga membantutkan usaha utk 'mendahulukan' rakyat. tp jika slogan ni hanya slogan, maka tindakan mereka adalah betul.
masyarakat kita sibuk nak buat bantahan sana sini. buat demo utk cari nama dgn mengutuk israel (yg kita tahu hanya sia-sia). nasib baiklah israel x mcm sesetengah pihak yg menggunakan ISA ke atas mana-mana individu yg mengancam mereka. lagipun rakyat kita yg ditahan kerana menceroboh perairan mereka tidak dilayan sebagaimana pihak berkuasa kita melayan rakyat kita sendiri. bagi israel dan amerika, mereka adalah penceroboh. di negara kita pula 'penceroboh' dianggap wira.
cuba banyangkan sekiranya askar israel meletakkan senjata dlm beg bagasi rakyat kita dan membuat tuduhan palsu utk membenarkan penahanan mereka bagaimana? sekurang-kurangnya mereka lebih baik sedikit drp pihak berkuasa kita yg meletakkan parang dan menuduh seorang budak x bersalah sbg suspek samun kerana enggan mengaku tersalah tembak. paling menggelikan hati ialah ada usaha yg mencadangkan supaya mereka yg ditahan oleh israel ini diberi pampasan dan ganti rugi. 'penceroboh' diberi ganti rugi kerana menceroboh? lawak dan gila punya kerja. budak yg mati kena tembak di shah alam tu sikit pun x diberi ganti rugi. malah keluarga mereka langsung tidak mendapat permohonan maaf dari pihak yg terbabit. apa bezanya 'pihak terbabit' dgn askar israel? sedih sungguh mentaliti bangsa melayu negara ni.
smlm berita menyiarkan bahawa ekonomi negara tumbuh 10.1%? betul ke kita berjaya mengatasi singapura ni? jika 10.1% bermakna kita sepatutnya lebih maju dan lebih kaya drp singapura. adakah keadaannya dilihat begitu? rasanya kita masih mcm dulu, dibelakang singapura dan ketinggalan. tp knp diwar-warkan 10.1% itu?
suku pertama 2010 dibandingkan dgn suku pertama 2009. bila disebut suku bermakna 3 bulan pertama. kalau kita ingat, 3 bulan pertama dlm tahun 2009 adalah tahun dimana negara kita berada dlm krisis kewangan dunia.
ok utk memudahkan cerita, suku pertama 2008 pertumbuhan ekonomi kita adalah 7.1% berbanding suku pertama 2007. pada suku pertama 2009, pertumbuhan ekonomi malaysia jatuh 6.2% (-6.2%) berbanding suku pertama 2008. tu masa awal-awal kiris dulu. skrg krisis dah tamat, kita bandingkan pulak pertumbuhan skrg dgn time krisis tu, tentulah nampak byk. org kampung & felda senyum. ekonomi dah pulih. senang je diperbodohkan. kalau nak adil dan tau sebenar-benar tahap pertumbuhan ekonomi kita, bandingkan dgn tahun yg masa tu tiada krisis.besar sgt ke nilai 10.1% tu?
pertumbuhan ekonomi kita yg sebetulnya hanya sekitar 3.0-3.5% je. sebab tu skrg ni semua harga barang perlu dinaikkan, termasuklah petrol, minyak masak, gula, tol dan lain-lain. tu pun melayu x boleh nak fikir. kalau ekonomi terlalu baik sampai 10.1%, takkanlah harga barang semuanya perlu dinaikkan?
1 Malaysia bunyinya mmg sangat menarik. tp sebelum tu sudah ada 1 yang lain.
sendiri mau fikir la kawan!
No comments:
Post a Comment