15 June 2010

mengeluh

entah kenapa setiap hari lepas hari ahad orang akan mengeluh sebab kena masuk ke pejabat. apa bezanya pun dengan hari-hari lain? isnin ke selasa ke rabu ke semuanya sama. kenapa setiap hari isnin perlu mengeluh?

mungkin motivasi kurang. bagi orang yang belum pernah merasa menganggur terlalu lama mungkinlah. tapi bagi mereka yang dah pernah rasa pahit maung hidup susah bekerja sendiri, tak mungkin mengeluh. bukan nak berlagak, tapi aku salah seorang daripada golongan mereka yang tak mengeluh tentang hari isnin mahupun hari-hari yang terpaksa dihabiskan di pejabat. kenapa? aku sendiri pun tak tau. pada aku, aku lebih seronok lepak di pejabat daripada tak buat apa-apa.

tak boring ke mengeluh? minggu depan nak kena mengeluh lagi. dalam setahun paling kurang 52 kali kena mengeluh. pejabat tu dah macam periuk nasi, tapi masih nak mengeluh jugak. ramai lagi kat luar sana yang belum dapat kerja.

No comments:

Post a Comment