Adakah dgn mewar-warkan isu JI merekrut pelajar IPT di negara ini dapat menutup isu judi bola, isu perpindahan KTMB, 2 blok minyak kpd Brunei, APCO dan beberapa lagi isu utama semasa?
Setiap kali bercerita perlu timbul perkara ni. Adakah sesetengah pihak telah kehabisan idea utk menutup perkara sebenar dgn secara terang-terangan menipu? Kita tak perlu hairan dgn cerita 2 orang tahanan dibelasah bagai lembu dalam tahanan kerana dituduh mencuri enjin jet. Nasib baik mereka tidak tangkap seorang Indon dan paksa Indon tu mengaku mencuri enjin jet. Ini menunjukkan mereka masih ada sedikit akal untuk berfikir. Tapi kenapa seorang bekas Sarjan? Kaya sangatkan dia ni? Ramai sangatkan kenalan dia? Besar sangatkah dia dalam ATM sehingga boleh membawa keluar sebuah enjin jet? Kadang-kadang nak seludup rokok dan mercun pun kantoi, inikan pula enjin jet. Masyarakat asing gelak tengok kita mainkan undang-undang rimba kita. Mentang-mentanglah kita negara hutan hujan tropika.
Yang dituduh adalah seorang India, nasib baik bukan seorang Melayu. Mungkin India tersebut mempunyai banyak masalah disiplin dan prestasi kerja yang kurang baik menyebabkan dia orang paling layak untuk memikul pertuduhan tersebut. Macam biasa, mana ada parti yang mengaku membela nasib orang India membela dia. Sebenarnya India dan Melayu hampir sama. Mereka adalah kaum yang tidak boleh lihat bangsa sendiri maju dan berjaya. Mereka lebih suka menjatuhkan bangsa mereka demi kepentingan diri sendiri. Di sinilah kelainan bangsa Cina.
Kenyataan yang perit tapi terima sajalah. Lihat sekeliling. Berapa ramai orang yang sama bahasa, sama warna kulit dengan kita gembira bila kita gembira? Mungkin ada yang senyum seperti suka, tetapi hati takkan pernah suka. Kita takkan pernah suka jika melihat seseorang daripada bangsa kita lebih sedikit drp kita. Ini fakta bukan tuduhan melulu.
Bukan lagi soal parti mana, tetapi di mana ada Melayu di situ ada perasaan dengki sesama mereka.
No comments:
Post a Comment