26 June 2010

sesumpah

maka betullah seramai 40 orang yang berpengetahuan dalam bidang agama telah memasuki umno. cuma, siapa yang menggelarkan mereka ulama? adakah ulama memberi gelaran 'ulama' kepada mereka atau golongan yang korupsi sahaja yang memanggil mereka ulama?

pelik juga kenapa golongan ulama dengan mudah terjun ke dalam bidang politik. terjun ke dalam sebuah organisasi yang mana reputasinya sedang menurun dan popularitinya juga tak segemilang dulu.

salah seorang drp mereka adalah rakan seperjuangan aku di uia satu masa dulu. seorang yang kuat bangkangannya terhadap kerajaan. namanya saja sudah cukup terkenal kerana bapanya adalah bekas mufti perlis. mungkin mereka seramai 40 orang ni mempunyai cita-cita besar, iaitu untuk memperbaiki umno dari dalam. baguslah. tapi adakah mereka sudah fikir masak-masak bahawa ahli umno yang lebih beribu kali ganda jumlah mereka, boleh mempengaruhi mereka dalam setiap pendirian yang dibuat?

atau adakah mereka diugut seperti mana ADUN-ADUN yang melompat parti? mungkinkah sekiranya mereka tak menyertai umno, maka mereka akan dicop sebagai ahli JI? hanya mereka yang tahu, dan apa pun pendirian mereka Tuhan lebih tahu.

No comments:

Post a Comment