Iqro' = bacalah
Membaca itu tidak mesti tulisan-tulisan, boleh juga membaca
keadaan dan situasi, membaca perasaan hati serta fikiran.
Membaca adalah tahap awal sebelum melangkah ke sesi
berikutnya kerana berikutnya mesti menterjemahkan apa yang telah dibaca
bilamana itu bahasa yang asing ditelinga kita.
Baca lalu terjemahkan, maknakan dengan kesungguhan hati,
lalu mesti dikaji dalam renungan dan tafakur yang berulang-ulang apa yang telah
diterjemahkan dan dimaknakan itu.
Setelah dikaji secara cermat barulah muncul kesimpulan-kesimpulan
yang membawa kamu kepada sebuah pemahaman untuk memahami apa yang dibaca.
Pemahaman saja tidak cukup untuk memenuhi hasrat ingin tahu,
ia haruslah dihayati dan dirasakan lebih dalam lagi, mengenali cita rasa dari
setiap bacaan sebab seorang pelukis itu dikenali dari lukisannya dari karya2nya.
Demikian Tuhan pun dapat dikenali dari karya-karyaNYA.
Dengan merasakan itulah menjadi kenal yang disebalik setiap
huruf demi huruf yang terangkai. Setelah itu semua, maka perlu di ‘nyatakan’
dalam tindakan dan perbuatan-perbuatan.
Jangan iqro' melulu, perlu mengikut kelas-kelasnya, tingkatan
demi tingkatan.
No comments:
Post a Comment