Waktu kecil aku memang tak pernah suka pun makan sayur. Tapi
apa yg dilakukan arwah emak aku? Dia galakkan aku menonton cerita Poppye dan
berkata "kalau makan sayur nanti boleh jadi kuat macam Poppye". Aku
pun apa lagi, selalu mintak dia masakkan sayur bayam untuk aku dengan harapan
boleh jadi kuat serta-merta macam Poppye. Bayangkan sup bayam ungu makan dengan nasi, apa saja yang rasa?
Tapi bila dah besar, aku mula sedar yang aku takkan boleh
jadi Poppy pun. Sebenarnya aku ditipu saja tapi demi kebaikan aku juga.
Sayur penting buat tubuh badan supaya seimbang khasiatnya.
Mereka yang bijak dalam ilmu pun melakukan hal yang serupa
juga seperti mana emak aku buat iaitu menipu orang lain demi kebaikan orang tersebut.
Mungkin perkataan 'menipu' tu kurang tepat tapi itulah yang paling sesuai.
Malah Tuhan juga berbuat demikian untuk kebaikan umatNya. Sebagaimana layaknya orang awam,
memang akan terngiur dengan janji-janji pahala dan syurga atas suatu ibadah.
Dulu aku pun sama sampai aku faham bahawa yang sebetulnya kita tak perlupun masuk
syurga tapi syurgalah yang sepatutnyanya masuk ke dalam diri kita.
Fikirkan tentang janji-janji untuk mendapat layanan para
bidadari syurga yang cantik-cantik sambil minum air susu/arak dan
makan yang sedap-sedap, berkelamin dan sebagainya, siapa yang tak terngiur? Bohong le kalau kata tak.
Sebenarnya nikmat yang jauh lebih hakiki ialah memandang wajah
Allah Azza Wa Jalla. Semoga kamu cepat dewasa.......
No comments:
Post a Comment