Soalan:
Kenapa Nabi Muhammad SAW tiada gambar lukisannya? Kenapa waktu dulu tidak dilukis saja gambar wajah baginda biar umatnya dapat menatap wajahnya?
Jawapan:
Wajah yang abadi adalah wajah yang tidak berwajah. Wajah manusiawi itu akan hancur binasa seperti mana hancurnya jasad. Berkedut, mengecut dan sebagainya.
Wajah yang tidak berwajah itu pula kekal kerana takkan pernah dapat dilukiskan. Ia sebenarnya adalah gambaran wajah Tuhanmu yang kekal abadi.
Adapun Nabi Muhammad SAW, mewujudkannya dalam pengertian yang nyata tentang wajah yang laisa kamistlihi syaiun, iaitu wajah yang takkan dapat digambarkan.
Sebab yang lain pula adalah supaya kamu tidak menyembah wujud rupa apapun.
Wajah lahiriah dilenyapkan, agar kamu faham wajah batiniah. Itulah wajahmu sebenarnya.
Tak penting mana pun kamu dalam rupa yang cantik, tampan, atau buruk kerana wajah yang hakiki adalah wajah hatimu sendiri.
No comments:
Post a Comment