Mendirikan solat dan menunaikan zakat
Mendirikan solat dan mengerjakan solat itu berbeza.
Mengerjakan solat bererti melaksanakan solat itu sedangkan
mendirikan solat itu bererti membuat solat itu menjadi tegak berdiri. Solat itu
hanya dapat berdiri dan tegak jika tidak memiliki unsur kelalaian.
Lalainya solat itu terletak pada lalainya hati dari
memandang Allah dalam segala suatu aspek kehidupan. Hanya jika kelalaian itu sudah
lenyap, barulah solat itu dapat didirikan oleh seseorang.
Membayar zakat dan menunaikan zakat itu berbeza.
Membayar zakat itu ertinya kamu membayar zakat lalu selesai
urusan. Menunaikan zakat itu pula bererti membuat jadi tunai setiap zakatmu. Tunai
itu maksudnya adalah suatu wujud perasaan lega, segar, seolah-olah seperti org
yang sedang buang air besar. Lega yang seperti itulah. Tanpa mengharapkan
apa-apa balasan/keuntungan daripada yang dibuangkan.
Kerana perasaan lega, sedap dan suka dalam zakat itulah
wujud nyata dari bersihnya hati yang tak terlalu terikat erat oleh merasa
memiliki duniawi.
Lalu timbul rasa senang bahagia dalam mengeluarkan zakat itu
bukan semata hanya kewajipan tapi senang kerana "TERBEBASKAN"nya jiwa
dari ikatan dunia. Itulah maksud tunai dari sebuah zakat.
No comments:
Post a Comment