Ilmu yang pertama wajib dipelajari.
Fitrah diciptanya makhluk itu, adalah bertujuan untuk mengenal DIA.
Ilmu pertama yang wajib dan yang dituntut itu adalah ilmu tauhid.
Tauhid = mengESAkanNYA.
Bagaimana?
Mesti kenal dulu.
Jadi ilmu tauhid = ilmu mengenal Allah.
Sebagaimana maksud awalludin makrifattullah.
Pertama dalam beragama itu bukan syahadah, bukan sembahyang, bukan puasa, bukan zakat atau haji. Ilmu yang mula-mula itu adalah mengenal DIA!
Sayangnya sebahagian besar daripada kita mahu mengenal DIA! Sebahagian kita lebih berminat untuk memburu pahala agar dapat ditukarkan dengan tiket masuk ke syurga.
Meletakkan pahala atau perkara lain sama taraf/penting seperti DIA samalah dengan menduakan DIA tanpa sedar.
Bila gagal mengenal DIA, gagallah melihat segala sesuatu itu adalah daripada DIA. Bila gagal melihat segala-galanya daripada DIA maka kita mengakui bahawa ada yang lain selain dari DIA. Jika mengaku ada yang selain DIA, maka syiriklah tu
No comments:
Post a Comment