Bukankah seorang suami juga hamba Allah dan dilantik sebagai
imam keluarga? Apakah itu tak cukup lagi untuk difahami oleh seorang isteri untuk mengabdikan
diri kepada suaminya?
Membuatkan kopi panas dan memberi ciuman hangat dipagi
hari adalah pengabdian yang terhebat dari seorang wanita yang bergelar isteri kerana
jalan yang terdekat bagi seorang isteri menuju Allah sebenarnya adalah dengan
mengabdi kepada suaminya. Itulah rahsianya. Bila bernikah ia dikatakan telah menjadi
separuh daripada agamamu, separuh jalan untuk kamu menujuNYA.Itulah jalan paling dekat bagi seorang wanita menujuNYA, walaupun ada jalan lain tapi jalan-jalan tersebut lebih jauh.
Lihat zaman atuk/nenek/moyang kita waktu dulu. Sang nenek sentiasa
saja sediakan minuman buat sang suaminya tanpa diminta pun. Kasih sayang mereka amat sukar kita tangkap dengan pandangan mata kasar kerana halusnya budi pekerti mereka. Wanita
dulu-dulu mana ada sibuk nak bertutup sana sini macam sekarang yang kononnya
menjaga aurat tapi lupa aurat yang sebenar-benarnya tu di mana...
No comments:
Post a Comment