Ba itu adalah samudra batin, iaitu sesuatu yang ada di dalam diri
sendiri, tiada berupa namun dapat kamu fahami dalam dirimu sendiri. Bukan ini
itu namun dapat kamu mengerti adanya secara haqqul yakin dalam dirimu sendiri. Itulah
batin.
Dibawah huruf Ba itu ada titik. Maksudnya adalah di dalam samudra batiniah itu
ada satu titik iaitu satu titik khayal dalam batin yang sulit sekali dijelaskan
dengan kata kata.
Titik di bawah huruf Ba itu adalah huruf nun yang diperkecil menjadi titik. Maksudnya
di dalam samudra batin kita itu ada satu titik yang berisi nun. Nun itu adalah
nur iaitu lautan cahaya ilahiyah (uluhiyah) namun bukan cahaya sebagaimana
lampu neon tetapi cahaya yang dimaksud dengan iman sejati tanpa dapat digambar-gambarkan.
Walau demikian dapat dimengerti dengan hati dan fikiran yang jernih.
Di atas nun itu ada sebuah titik. Titik itu adalah huruf Ha yang diperkecil. Ditengah
huruf Ha itu hanya ada kekosongan yang tak dapat dikata katakan iaitu sunyi
sesunyinya, kosong sekosongnya. Di mana pengertian tentang jati diri dan
tentang TUHAN akan difahami oleh siapapun tanpa terkecuali tatkala ia mampu mencapainya.
ba ==> nun ==> ha ==> kosong
Di dalam batin itu ada setitik cahaya dan di dalam setitik cahaya itu ada
kekosongan yang asing tak dikenali, hanya dapat dimengerti dalam bahasa ‘rasa’
yang sejati. Itulah kenyataan tentang TUHAN. Tak perlu sibuk mencari lagi walau
seluruh kitab dikaji, semua guru kamu berguru akhirnya akan menuju apa yang dikatakan
ini.
Mudah-mudahan faham. "RASAkan bukan fikirkan"!
No comments:
Post a Comment