Showing posts with label penipu. Show all posts
Showing posts with label penipu. Show all posts

04 May 2012

Fitnah Akhir Zaman

Kalau ikutkan rasa hati ni memang masih lagi panas bila melihat segala bentuk keganasan dan taktik kotor pihak yang kononnya menjaga keselamatan pada BERSIH 3.0 tempohari. Tapi teringat pula kisah sewaktu penyebaran Islam diperingkat awal dahulu. Pasti penentangan puak kafir pada waktu tu lebih keras dan penyeksaan yang dikenakan ke atas mereka yang memeluk Islam jauh lebih teruk daripada mereka yang kena bantai waktu BERSIH 3.0 tempohari. Aku cuba menenangkan perasaan ni.

Mungkin ada orang kata jangan kaitkan perhimpunan tu dengan Islam. Itu hanya pendapat dia saja. Islam adalah cara hidup yang merangkumi segala aspek. Menuntut keadilan adalah salah satu daripadanya. Jadi bagaimana nak dipisahkan? Aku tegaskan di sini, perhimpunan tersebut bukanlah sebuah perhimpunan yang ganas. Ramai yang bawa anak bini. Ia menjadi ganas apabila ada dalang yang membuat provokasi sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung. Perhimpunan ni juga tiada kena-mengena dengan mengikut telunjuk Ambiga atau sesiapa pun. Semua yang hadir atas kerelaan sendiri bagi menuntut sebuah pilihanraya yang adil. Itu tujuan utama mereka. Jangan mudah terpesong dengan tuduhan pihak tertentu yang kononnya nak selamatkan bangsa Melayu daripada berpecah-belah walhal mereka menyelamatkan lubuk duit masing-masing saja. 

Selang beberapa hari lepas perhimpunan tu keluar pula satu fitnah terhadap si Azmin Ali. Beginilah caranya pihak pemerintah bermain politik kotor. Walaupun tiada yang nak mengaku, tapi bagi orang yang berfikir sudah tentu dapat menghidu dari mana punca datangnya semua ini. Penyebaran fitnah melalui akhbar milik sebuah parti politik tertua negara ni, takkan tanpa pengetahuan presiden parti terbabit? Mereka juga tahu yang ia boleh mendatangkan kerugian ke atas akhbar tersebut apabila disaman berjuta ringgit tapi kenapa masih diteruskan? Barangkali ia merupakan arahan daripada orang atasan?



Peliknya masih ada juga orang yang terpedaya dengan perkara ni. Sama ada orang tu terlalu bodoh atau cuba memperbodohkan yang lain. Fitnah terus canang untuk menjatuhkan lawan dan mengekalkan kuasa diri sendiri. Biar apa pun cara, kuasa mesti dipertahankan. 

Cubalah jadi orang yang mempunyai prinsip daripada hanya mengikut orang lain. Sesetengah orang terpaksa mempercayai cerita sebegini kerana takut dikatakan pembangkang pula. Bimbang juga rezeki tak masuk kalau tak ikut trend semasa. Jadi mereka lebih senang membutakan mata dan memekakkan telinga. Tunduk pada keadaaan. 

Zaman sekarang, orang yang tak sanggup sumpah laknat adalah orang bersalah manakala orang yang membuat tuduhan tak perlu buat apa-apa pun untuk membuktikan tuduhannya. Bayangkan diri sendiri yang kena, bukankah kita akan merasa muak untuk melayan karenah puak-puak yang bermain politik kotor ni? Mereka suruh sumpah, kita pun kena sumpah? Islam apa ni? Tuan-tuan mufti apa bikin kat pejabat tu? Simpan telur? Macam mana boleh jadi mufti kalau nak bercakap tentang kebenaran pun takut? Menentang fitnah termasuk dalam politik pembangkang, kah? Kalau Khairi Jamaluddin sendiri pun yang difitnah, aku tetap berasa marah. Ini bukan lagi soal parti, ini soal attitude. Kenapa mesti gunakan isu seks untuk menjatuhkan maruah seseorang?

Satu lagi. Orang yang berakal dengan orang yang tak berakal pasti ada bezanya. Lihat saja gambar di bawah ni dan siapa yang patut dipersalahkan?


Mengapa mereka bawa anak-anak ke perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari? Sebab perhimpunan tu perhimpunan aman. Lagipun negara ni negara mereka juga, apa sebab mereka tak boleh keluar pada hari berkenaan? Adakah negara sedang darurat? 

Kenapa pula polis sembur air kimia kepada kanak-kanak ni? Jika Israel mengebom Palestin dan sasarannya melibatkan kanak-kanak dan wanita mengapa kita berasa marah? Alasan mereka ialah mereka mengebom pengganas, wanita dan kanak-kanak hanyalah 'kerosakan sampingan'/collateral damage. Tapi bila pihak berkuasa negara kita sendiri yang menyembur air kimia dan menembak gasa pemedih mata kepada wanita dan kanak-kanak (yang mana rakyat kita juga), mengapa kita salahkan mangsa?

Begitulah bodoh dan bengapnya bangsa Melayu. Aku sebut bangsa Melayu kerana bangsa lain pasti akan mengutuk pihak yang menyakiti wanita dan kanak-kanak ini. Hanya bangsa Melayu saja masih ada yang buta akal menyokong! 







25 June 2011

BERSIH

Topik paling hangat ialah perhimpunan BERSIH 9 Julai nanti. Ramai yang akan jayakan perhimpunan ni dan polis pun akan cuba gagalkan mereka. Macam biasa, beberapa siri tangkapan telah dibuat dan akan terus dibuat. Kita tak perlu risau kerana taktik sebegini telah biasa digunakan oleh beberapa negara di dunia ini untuk mengekalkan pemerintah mereka. Terpulang, aku tak kata aku sokong dan aku juga tak bantah. Mungkin kamu fikir aku dok tengah. Mungkin kamu menghukum aku tiada pendirian. Mungkin kamu betul, mungkin kamu salah. Kamu menghukum aku, kamu Tuhankah?


Dalam pada mengaturkan perhimpunan ni terdapat juga rakan-rakan dan mereka yang beria-ria akan turun mengajak rakan seperjuangan yang lain. Yang mana tak pergi, seperti biasa akan dibahasakan dengan kata-kata sinis. Ingat, negara belum lagi bertukar pemerintah. Kamu jangan cuba nak jadi mahaFIRAUN nak paksa orang pergi kalau mereka tak nak atau tak boleh pergi! Jangan jadi bangsat! Kamu nak berjuang dengan cara kamu, silakan. Mereka ada cara mereka sendiri untuk berjuang.

Bukan semua boleh turun. Bagi mereka yang kakitangan kerajaan, berkeluarga, ataupun pelajar, keutamaan perlu ditentukan. Turun berhimpun atau berhadapan dengan tindakan di pejabat atau institusi pengajian? Bukan soal takut tapi lebih kepada masa depan. Betul, pergi berdemo juga melibatkan soal masa depan. Tapi kita bukan pergi berperang nak lawan Yahudi, mangkuk! Kita bukan menentang orang yang nak tembak kita waktu sedang bersolat di masjid. Kita nak menyatakan pandangan dan hak kita saja. Ada sesetengah orang tak sanggup mengambil risiko dan memilih untuk tidak pergi berhimpun. Jadi jangan kamu hina mereka. Bukan kamu yang beri makan kepada mereka. Ingat! Belum apa-apa kamu dah sombong. Adakah kamu tahu hati hati mereka? Adakah kamu tahu sokongan mereka kepada apa yang kamu perjuangkan? Adakah kamu tahu dan sedar bahawa doa mereka bersama kamu?

Kamu berjuang, mereka juga berjuang. Mereka juga menyokong kamu tapi kamu? Jangan meremehkan bagaimana caranya mereka berjuang. Mereka dan kamu tentu saja tak sama. Mengapa tak mengambil jalan tengah? Mengapa perlu mencari sebab untuk memulakan api perbalahan sesama sendiri. Sebab tu aku kata, kamu jangan jadi bodoh. Kamu mahu turun, silakan. Bukan semua orang berani dan hero seperti kamu.


Ingat, perjuangan kita mungkin sama tapi cara kita belum tentu sama. Jangan meremehkan orang lain yang satu perjuangan dengan kamu kerana ia hanya akan menyalakan api persengketaan sesama sendiri. Berfikir ikut akal, bukan hati, perasaan dan kepala lutut!

18 April 2011

Penipu bertopengkan Islam

Satu perkara lucu telah pun berlaku...


Inilah orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut.


Nampak beriman, kan? Dengan janggut sejemput dan kopiah meninggi, orang awam biasa akan menganggap lelaki ini sebagai seorang yang berpewatakan warak, baik, ikhlas dan sebagainya. Tapi realitinya, inilah contoh terbaik munafik di negara kita yang terkini. Munafik yang bersolat 5 kali sehari semalam dan berpuasa di bulan Ramadhan (kalaulah dia solat & puasa). Mengapa dia munafik? Sebab orang yang takutkan Allah tak buat perkara-perkara macam ni. Dia sendiri tak tengok video tu, tapi terburu-buru buat tuduhan melulu dengan keyakinan hingga 110%. Apa cerita ni? Sila baca balik kenyataan si laknat ni yang akhirnya terkena pada dirinya sendiri.

Mari kita tanya diri kita. Mengapa seseorang itu dinilai darisegi pakaian dan perwatakannya semata-mata? Mengapa ini menjadi kayu ukur pada peribadi seeorang dalam menentukan akhlak dan sikap dirinya yang sebenar?

Mari lihat lagi gambar lelaki yang 'beriman' ini.



Tentu ramai yang tak sangka lelaki ini mempunyai perangai buruk & keji. Apa pun perancangan lelaki ini, Allah juga ada rancanganNYA dan rancangan Allahlah jua yang akan berjaya.

Bagi yang mendapat petunjuk dan perlindungan daripadaNYA, maka orang itu tetap kekal dalam pemeliharaan Allah jua.

Lelaki ini:

Malaysia's opposition leader Dr Anwar Ibrahim will give a special lecture at the University of Sydney.

Kepada lelaki ini, semoga anda berada dalam penjagaan Allah sentiasa. Semoga anda juga terus tabahkan hati dan kuatkan semangat dalam mengharungi liku-liku perjalanan politik kotor di negara ini. Insya'Allah, hati-hati kami akan kekal bersama anda selagi kami diberi petunjuk oleh NYA.

30 March 2011

melayu penipu

nak tau kenapa ramai melayu payah nak berjaya dalam bidang perniagaan? mari sini aku cerita.

melayu memang kuat juga sifat perkaumannya. kalau boleh mereka ingin membeli di kedai yang tuannya adalah melayu. bagitu juga aku. tengah hari tadi, aku beli drive shaft di kedai cina dan hantar kereta aku ke bengkel melayu.

aku : salam bang. tukar driveshaft boleh ke?

brader : boleh, barang ada?

aku : barang dah beli....

brader : minyak gearbox ada?

aku : xde. saya ingat x pyh la sebab kalau cabut drive shaft skit je keluar kan?

brader : ikut suka kau le. jahanam gearbox kau yang tanggung.

aku sedikit terasa dengan perkataan tu. aku sabar lagi. dalam 15 minit aku tunggu, baru dia suruh budak dia repair keta aku. budak praktikal je gayanya. kejap belek drive shaft aku, kejap cari spanar. macam tu lah sampai setengah jam masih terhegeh-hegeh nak keluarkan drive shaft tu.

aku perhatikan saja. malas aku nak mengutuk dalam hati banyak-banyak. sebab muka budak tu takde la ketat sangat. tengah buat kerja, boleh tinggal kejap pergi borak dengan customer lain. aduh...., aku pun malas nak cerita panjang-panjang. semua sekali makan masa dalam sejam lebih untuk tukar drive shaft dan minyak gear.

aku : berapa semua bang?

brader : ..............buat bodoh sambil duduk mengadap komputer dan buka fail....

aku : berapa bang?

brader : upah rm40, minyak gear rm30. semua sekali rm70. (tanpa memandang muka aku)

aku terus bayar rm100 dan ambil baki lalu terus ke keta. brader tu keluar dari opis dia sambil tanya aku nak resit ke tak.

"nak buat apa resit? nak claim kat bapak ko?" kata aku dalam hati.

kesimpulan daripada peristiwa ni:

inilah contoh melayu berniaga. belum kaya mana pun, customer macam aku yang pakai proton saga dilayan acuh tak acuh. lepas tu harga memang sembelih kaw-kaw punya. gila apa tukar driver shaft rm40? biasa orang ambil rm20-25 je. mentang-mentang aku pakai baju opis dia ingat aku bodoh pasal keta. dah la ambil masa sampai sejam lebih. kalau aku kasi kat cina benda ni boleh settle dalam masa 20 minit je. kerja pun kemas.

aku memang takkan pergi ke kedai tu lagi. dan aku takkan menyesal lagi kalau tak hantar keta ke bengkel melayu. malah aku kalau boleh memang tak nak beli apa-apa daripada orang melayu lagi. mereka penipu yang bersolat (tu pun kalau solat la)...

peniaga melayu memang tak berpandangan jauh langsung. tak pandai jaga hati pelanggan. kedai pun macam hidup segan mati tak mahu. suka berlagak. kalau kontraktor alamatnya kerja macam tikus baiki labu la. baik cari cina. mereka kerja sungguh-sungguh kerana mereka hargai duit. pendek kata, melayu kalau berniaga memang pandir & bodoh. penipu pun tak agak-agak. bangsa sendiri pun dia nak sebat.



transformasi apa?

rata-rata surat khabar memaparkan tajuk betapa berjayanya program transformasi ekonomi yang dilaksanakan. aku sendiri tak tau apa kejadah tu semua. yang pasti cukai perkhidmatan dinaikkan daripada 5% kepada 6%. harga barang makin naik dan harga minyak pun bakal naik. itu belum diambil kira takrif elektrik yang pasti naik. inikah transformasi yang dimaksudkan?

mereka yang di atas bekerja bagai nak gila mengumpul kekayaan. itu yang aku nampak. kesan positif pada rakyat aku tak nampak pun. orang yang bekerja makan gaji macam aku mungkin tak terasa sangat kesannya. tapi cuba bayangkan mereka yang hidup susuh. suami saja yang bekerja. kenaikan harga barang keperluan asas sangat-sangat menjejaskan hidup keluarga seperti ni.

bayangkan pula si isteri nak bersalin anak pertama. kalau duit takde, semua pun susah. bila anak dah lahir, nak kena beli susu pula. nak kena hantar pergi check-up. walaupun free di klinik-klinik kerajaan namun nak pergi ke sana bukanlah free. tambang teksi nak kena bayar. ni semua melibatkan anak bangsa melayu. yang susah tetaplah orang melayu. kenapa mereka tak pandang ni semua? mengapa mereka lebih sibuk nak jatuhkan lawan masing-masing demi survival politik kotor & keji mereka?