12 July 2010

alat?

entah macam mana CIA boleh ambil orang yang bernama Anwar untuk menjadi alat/ejen mereka. buat apa nak ambil lawan/penentang kepada kerajaan untuk jadi ejen sedangkan fitrah seorang perisik adalah seperti gunting dalam lipatan atau duri dalam daging. pendek kata, lebih baik ambil seseorang yang penting dalam kerajaan untuk jadi ejen kerana takde siapa akan curiga atau berasa syak. senang akses apa juga maklumat yang diperlukan.

aduh, kenapalah masyarakat melayu ni suka memperbodohkan dan diperbodohkan oleh bangsa sendiri?

tak cukup dengan menjatuhkan maruah manusia melayu bernama anwar ni di mahkamah, kini wujud pula aduan yang memang tak masuk akal (bagi mereka yang mempunyai akal). sedarkah kita semua bahawa orang yang sedang difitnah ini, diasak dan ditekan bertalu-talu oleh pihak yang berkepentingan dalam kerajaan melalui pelbagai saluran demi untuk kepentingan diri masing-masing?

No comments:

Post a Comment