21 July 2010

periksa

petang tadi aku berborak-borak dengan seorang pakcik di kedai makan. dia tengah tunggu tukang gunting rambut balik rumah kejap. aku ajak di bersembang kat kedai nasi ayam sebelah. macam-macam cerita keluar. ada la jugak termasuk sikit pasal ESQ. katanya ESQ wajar diharamkan sebab penceramah dia tak diiktiraf pun sebagai ulama atau pun ustaz. aku cuba usik sikit, kalau semua mufti dalam negara ni kata boleh, seorang saja kata haram, apa cerita tu? dia jawab, kadang-kadang yang satu berlainan pendapat itulah yang betul.

senyum je aku. malas nak cakap lagi dah. yang aku tau, pendapat jumhur ulama yang perlu diikut. bukan yang berbeza pendapat tu. satu lagi, ESQ bukan menerangkan pasal hukum halal haram tetapi lebih kepada menyedarkan kita siapa diri kita dan siapa pencipta kita. dengan itu kita dapat menilai yang mana buruk dan yang mana baik. cuma sesetengah manusia yang jumud dan berfikiran sempit memang tak boleh terima perkara macam ni. akhir sekali aku tanya adakah dia pernah ikuti kursus ESQ? walaupun aku dah tau jawapan dia, saja aku tanyakan juga. ibarat orang yang tak tahu asal usul sesuatu tapi bercakap mengenainya seolah-olah dia arif tentangnya.

itu satu. kemudian aku terbaca satu blog manusia yang mempersoalkan mengapa al quran tidak diberi percuma? mengapa perlu dibeli? dia menyamakan isu ni seperti hadis yang mengatakan al quran tu dijual beli. manusia jenis ni memang bodohnya tahap melampau, pemalas dan banyak berkhayal. jika begitu pemikirannya maka semua benda dalam dunia ni haruslah percuma. pergi haji percuma, membeli juadah untuk berbuka puasa percuma dan mas kahwin pun harus percuma. bodoh tak bodoh orang ni?

jangan kita pandang seorang yang mengajar agama lalu diberi wang, kita menganggapnya ustaz mata duitan. kita perlu fikir dalam dia mengorbankan masa mengajar orang lain, siapa nak sara anak bini dia? padahal mengajar agama tu bukannya wajib pun hukumnya. memberi nafkah kepada anak isteri pula wajib. agak-agaklah kalau nak menilai orang. janganlah dek kerana otak berkarat, asas agama pun tak seberapa sudah nak menempelak orang lain. ada juga menganggap apabila kita berjumpa seorang ustaz untuk minta dia doakan air penawar atau mengubati sakit tidak perlu diberikan wang. jika ustaz tersebut meminta wang, maka dia adalah seorang yang materialistik.

kita perlu ingat. ustaz, alim ulama, bijak pandai dan tokoh-tokoh agama lain juga adalah manusia seperti kita yang memerlukan makanan untuk hidup. mereka bukannya berdoa lalu terus sampai makanan di depan mata mereka. kita perlu berfikir tentang ni. jika mereka meminta wang untuk mendapatkan khidmat mereka, itu hak mereka. hak kita pula terpulanglah sama ada sanggup untuk bayar atau tak. kalau tak sanggup, jangan minta pertolongan mereka. tapi kebanyakan golongan seperti ustaz, pak imam ataupun bijak pandai agama jarang meminta bayaran khas melainkan sumbangan ikhlas semata-mata.

kita pula jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri saja. seharusnya kita bijak menilai yang mana betul dan yang mana salah. bila mendengar suatu perkhabaran, siasatlah dulu. jangan terus buat keputusan/kesimpulan atas apa yang kita dengar tanpa usul periksa.

No comments:

Post a Comment