11 July 2010

dengki

alhamdulillah, tiada apa yang lebih melegakan apabila ada yang berani bersuara menegakkan kebenaran. dalam kes fatwa pengharaman ke atas ESQ oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ramai bijak pandai terutamanya bekas mufti perak, bangkit dengan berani mengatakan bahawa ajaran yang dibawa oleh ESQ tidak menyeleweng dari akidah dan syariat Islam.

maka tentu sahaja orang nombor satu dalam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (boleh agak siapa) tersentak. ini kerana dalam negara ini, beliau seorang saja yang mengatakan yang benar itu batil. aku pun hairan macam mana dia boleh jadi mufti. memang betul fatwa dikeluarkan selepas muzakarah dilakukan. tapi atas desakan dan pengaruh siapa lagi kalau bukan bosnya?

susah juga bila yang menjadi mufti tu mempunyai perasaan hasad dengki yang menebal terhadap sesuatu usaha yang baik dan mengajak manusia ke arah kebaikan. entah macam mana fatwa tersebut boleh dikeluarkan sedangkan pada dasarnya semua sebab-sebab yang menjurus ke arah haramnya ESQ adalah tak berasas. pendek kata, fatwa dikeluarkan berdasarkan fitnah semata-mata. kenapa mereka tak kaji dengan lebih mendalam sebelum muzakarah dilakukan? kenapa tergesa-gesa keluarkan fatwa?

bayangkan bagaimana seorang mufti boleh terlepas pandang perkara ni? mana mungkin dalam negara ni beliau seorang saja yang arif dalam bidang agama. mungkin sifat bongkak, takbur, riak dan dengki yang terlalu tinggi telah menghilangkan pertimbangan yang wajar dan waras beliau. mungkin juga... beliau juga manusia, yang mempunyai perasaan tamak, iri hati, busuk hati, dan hasad seperti mana manusia yang lainnya. mungkinlah...

apa pun, orang seperti beliau tak mungkin mengalah dengan mudah. orang seperti ini akan terus menerus berusaha menjatuhkan orang lain dengan apa cara sekali pun walaupun ketayap/songkok 24 jam berada di atas kepalanya. sama-sama kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment