04 July 2010

isk...

fuh, sedapnya dapat bawak vr4. rasa nikmat yang amat sangat. kuasa dan kelajuan dalam genggaman. perasaan yang sangat berbeza dengan memandu kereta biasa. bila-bila pun boleh pecut.

sebenarnya, aku takut juga. aku takut dan risau bila memandu kereta ni. dengan kuasa kuda yang besar dan sistem pendesak turbo yang menggila, aku risau tak dapat kawal. kadang-kadang jadi asyik dengan kuasa yang ada sehingga lupa batas kelajuan yang mampu dikawal. dengan bunyi alunan ekzos yang sebu tapi merdu, aku jadi asyik hingga hilang rasa nak tido. dapat bawak kejap pun jadi la.

lama betul rasanya aku tak memandu di jalan lama bentong-kl waktu malam seorang diri. dulu aku suka buat kerja gila ni. tapi tadi nyata berbeza sama sekali. hujan renyai menambahkan lagi kegelapan malam. menjadikan suasana memandu makin lama makin menyeramkan. aku terbayang ada makhluk rambut panjang duduk di tempat duduk belakang. macam-macam lagi imaginasi buruk menerjah masuk dalam kepala aku.

walaupun aku cuba fikir pasal benda lain, tapi perasasan takut makin lama makin menjadi-jadi. mulalah aku bayangkan rambut panjang mengurai-ngurai di atas bumbung kereta. mungkin ada perempuan hondoh mencangkung macam dalam filem shutter. paling tidak pun ada perempuan berbaju putih tunggu di selekoh sambil mendukung anak. terfikir jugak aku nak pecut tapi aku sedar makhluk halus macam ni lagi pantas.

dengan keadaan kereta yang takde penyaman udara dan tingkap sebelah pemandu turun habis, rasa seram makin memuncak. tiba-tiba terasa seperti ada jari mencuit bahu aku. aku cuba sedaya upaya untuk tak menoleh. nasib baik takde bau busuk. kalau tak, ntah apa la tindakan refleks aku. lepas tu aku tunggu juga 2-3 selekoh kot-kot ada kereta, boleh la aku konvoi belakang dia. haram takde.

bukan semua part/kawasan jalan lama bentong-kl menyeramkan. kalau dari bentong ke janda baik, keadaan seram akan muncul selepas jejambat bukit tinggi. dekat situ hanya takde kawasan yang didiami manusia. jangan ingat aku tak baca apa-apa sebab kalau tak baca mungkin dah lama makhluk tu menjelma kat cermin depan kereta.....

balik tu aku ikut hiway.....

No comments:

Post a Comment