26 May 2011

Suatu kajian

Aku sebenarnya sedang mengikuti kursus di Pangkor. Sepanjang hidup aku, belum pernah lagi datang ke sini. Cantik juga tempatnya.

Tapi bukan tu aku nak cerita. Aku memang seorang yang suka memerhati gelagat orang lain. Waktu dikursus ni memang banyak gelagat orang yang aku perhatikan. Baik daripada pegawai pangkat tinggi hinggalah kakitangan bawahan. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Pegawai yang berpangkat dengan kakitangan bawahannya. Pegawai ini muda dan kakitangan bawahannya adalah seorang veteran yang telah lama berkhidmat.

Apa yang aku perhatikan ialah pegawai ni memang selalu kena cakap-cakap belakang oleh anak buahnya. Sebabnya mudah. Dia ni jenis tak reti bercampur dengan orang yang lebih tua daripadanya. Dan tak pandai ambil hati mereka yang lebih lama berkhidmat daripadanya. Bila bersembang jarang sekali memuji orang sebaliknya mengutuk (macam yang aku tengah kutuk ni la) orang lain. Ada sekali tu waktu dinner, aku lihat ada tempat kosong. Lalu aku pun duduk dan minum air yang telah disediakan. Waktu aku nak bangun ambil makanan, pegawai ni tegur aku sambil suruh aku pindah ke tempat lain sebab dia dah duduk kat situ. Waktu tu dia tengah bersembang dengan member dia di meja yang lain.

Secara sepontan aku menjawab, aku dah minum air kat cawan tu. Dia kata tak kiralah, dia nak aku pindah juga. Jarak antara aku dengan dia agak jauh jadi percakapannya boleh didengari oleh orang sekeliling. Aku lihat muka member-member lain kat meja tu (seramai 4-5 orang) semuanya berubah. Ada yang berbunyi, "kenapa dia tu?" Aku agak terkejut juga. Bukannya apa. Dengan jawatan yang dia sandang, langsung tak padan dengan sikap dia yang macam budak-budak tu.

Takde masalah pada aku untuk pindah lalu aku pindah saja. Seorang member lain menahan lalu menyuruh aku duduk didepannya walaupun memang tempat kosong tu dah ada orang. Aku hanya letak cawan lalu pergi mengambil makanan. Kemudian pegawai yang bersikap kebudak-budakan ni datang kat aku dan berkata dia tak jadi nak duduk kat situ. Dia minta aku duduk saja. Ayat pertama yang terlintas dalam kepada aku waktu tu, "apa kebodohnya mamat ni. Tadi beria sangat".

Sejak daripada tu aku perhatikan saja dia. Dah macam spesimen kajian aku saja. Lalu aku membuat beberapa rumusan:

i. mamat ni waktu dia sekolah mungkin selalu dibuli sebab skema
ii. tiada ramai kawan sebab perangainya hanya orang sepertinya saja boleh terima
iii. orang memandangnya sebagai seorang yang berlagak
iv. orang akan mengutuk dia di belakangnya termasuklah anak buahnya
v. dia seorang yang bodoh dalam membuat keputusan dan tak boleh harap

Maafkan aku sebab kadang-kala aku terlalu berterus-terang. Aku lihat dia memang tak bercampur dengan orang yang lebih tua daripadanya. Dia lebih banyak berkawan dengan perempuan. Wataknya sedikit lagi hampir menyamai seorang pondan. Pondan memang memiliki sifat-sifat sebegini.

Aku terus berfikir lagi. Patutnya dia ni saja yang dihantar berkursus. Kadang-kala, jawatan sebagai seorang pemegang ijazah membuatkan kita berasa besar diri dan menganggap orang lain kecil saja. Apa ada pada ijazah? Aku pun tak lama lagi dapat juga jika diizinkanNya. Besarkah aku nanti? Bila anak buah dah boleh mengutuk bosnya bererti bosnya tak pernah ambil perhatian kepada masalah anak buahnya. Yang dia tahu kerja dan arahannya mesti siap. Secara tak langsung dia bukanlah seorang yang berfikiran panjang sebab dia tak ambil kisah pun pendapat anak buahnya telah lebih lama berkhidmat daripadanya.

Anak buahnya adalah seorang kakitangan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dalam jabatan ni. Dia pula kurang 10 tahun kalau tak silap aku. Malas nak layan sangat emosi marah ni sebenarnya. Walaupun dia rasa dirinya bijak, tapi aku tetap anggapnya seorang yang bodoh. Tak kiralah apa idea yang datang daripadanya, aku secara automatik menganggap idea daripada orang bodoh akan berkesudahan macam bodoh juga. Dan aku pasti dia akan terus dikutuk oleh mereka yang menjadi anak buahnya sama ada yang telah, sedang atau pun akan berkhidmat di bawah seliaannya.

Aku biasa juga jumpa budak macam ni waktu belajar dulu. Macam orang yang takut nak pegang katak sebab geli kerana menganggap katak tu terlalu kotor dan dirinya terlalu bersih. Ramai yang geli pegang katak tapi tak ramai yang takut nak pegang sebab rasa dirinya terlalu bersih. Ada faham maksud aku? Maksudnya ramai juga orang bodoh tapi yang bodoh sombong ni taklah ramai.

Sahabat

Oh, aku belum habis ulas lagi bab zaman nabi dengan zaman Hang Tuah. Mengapa nak bandingkan Nabi s.a.w dgn Hang Tuah? Manusia agung itu langsung tiada bandingan. Tidak sepatutnya mereka membandingkan begitu. Hang Tuah juga menegakkan & mempertahankan Islam. Begitu juga pejuang-pejuang Melayu yang lain. Mengapa kita yang hidup zaman sekarang dengan mudah mengata mereka yang hidup di zaman sebelum kita?

Nabi, kalau baginda minta apa saja tentu dimakbulkan. Tapi kenapa baginda pergi berperang juga? Kenapa baginda susah-payah menegakkan Islam dengan menempuh pelbagai rintangan sedangkan baginda adalah manusia agung? Satu perkara menarik untuk kita fikirkan. Untuk menjadi kebal dan tak lut senjata tentu saja amat mudah bagi nabi s.a.w tapi kenapa beliau tidak melakukannya?

Bab yang melibatkan khadam dan jin harus diperhalusi. Nabi Sulaiman mempunyai kerajaan yang terdiri daripada segala jenis jin dan haiwan. Malah baginda dapat memerintah syaitan sekali pun. Waktu nak pindahkan singgahsana Puteri Balqis pun baginda bertanya kepada sekalian jin & manusia tentang siapa yang sanggup untuk melakukannya. Bererti baginda minta tolong juga daripada pihak lain. Kenapa tidak melakukannya dengan sendiri? Adalah perbuatan seperti ni syirik? Jika kita zaman sekarang pun, ada manusia menggunakan khidmat jin apakah salah? Tengok pada keadaandan terpulang kepada cara masing-masing.


25 May 2011

Hang Tuah - 2

Kisah tentang bangsa Melayu memang menarik minat aku sejak dulu. Kalau aku diberi mesin masa, aku pasti mahu kembali ke zaman kesultanan Melayu Melaka dan berjumpa dengan Hang Tuah. Itu cita-citaku sejak kecil. Aku ingin sekali melihat wajah Panglima Agung ini. Biarpun Hang Tuah bukanlah berasal daripada Tanah Melayu. Tapi seperti yang aku pernah katakan, seseorang tu akan menjadi Melayu apabila dia tinggal di Tanah Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, menjalankan adat istiadat orang Melayu dan beragama Islam, maka orang itu adalah Melayu. Biarpun ramai yang pasti tak setuju, namun inilah pegangan aku setakat hari ni.

Panglima Melayu dulu-dulu ilmu dunia & akhiratnya tinggi. Bukan setakat ilmu tempur saja. Itu yang mengagumkan aku. Mereka boleh mendalami pelbagai ilmu serentak. Zaman sekarang jika ada yang cuba belajar ilmu-ilmu perang seperti ni dengan mudah akan dituduh sesat. Aku sendiri pun tak faham mengapa sesetengah golongan mudah betul mengatakan seseorang yang lain itu sesat. Mereka dengan penuh yakin tanpa perlu usul periksa yang lebih mendalam terus menjatuhkan hukum. Pelbagai hujjah al-quran dan hadis dikeluarkan untuk mengyokong fakta mereka.

Keris Taming Sari mempunyai khadam ilmu perang yang tinggi. Ia menjadikan seseorang yang memilikinya kebal daripada sebarang senjata. Nah! Pasti ada orang dengan mudah mengatakan ilmu ini sesat. Menggunakan jin dan khadam sudah dikira syirik. Sungguh mudah dan senang menjatuhkan hukum seseorang syirik hanya kerana dia berdamping dengan makhluk-makhluk seperti ni. Petik saja ayat al-quran yang bermaksud lebih kurang begini, " sesentengah golongan manusia meminta pertolongan bangsa jin dan sesungguhnya jin itu tidak lain hanyalah membawa mereka kepada kesesatan."

Siapa berani bangkang? Aku pun tak bangkang. Tapi lihat maksud ayat tu dengan lebih mendalam. Pertolongan macam mana yang dimaksudkan? Bukankah menilik nasib juga dikira sebagai meminta pertolongan daripada golongan mereka? Mempercayai tilikan nasib juga sama dengan mempercayai kata-kata mereka. Ini memang syirik yang nyata. Sama macam kita pergi umpa doktor sebab demam. Kemudian doktor beri kita ubat lalu kita percaya dengan memakan ubat tu kita akan sembuh. Sama saja. Bezanya, doktor adalah manusia dan jin adalah jin.

Berbalik semula kepada cerita Hang Tuah tadi. Dengan memiliki keris Taming Sari adakah Hang Tuah seorang yang syirik? Bagaimana pula dengan Mat Kilau yang mempunyai ilmu tempur yang tak kurang hebatnya? Beliau juga kebal dari peluru dan senjata. Mereka yang mengatakan ilmu-ilmu sebegini sesat selalu membandingkan kisah-kisah Nabi waktu baginda berperang. Baginda juga luka dan cedera kata mereka. Jadi takkanlah orang seperti Hang Tuah dan Mat Kilau ni hebat melebihi Nabi kita?

Sebenarnya begini. Dari kecil kita belajar, Nabi dan Rasul memiliki mukjizat masing-masing. Manakala orang-orang terpilih (waliullah) memiliki karomah. Fahamilah sifat 20, di mana Allah itu Maha Berkehendak. Jika Dia kata KUN, maka terjadilah apa saja kehendakNya. Jika Hang Tuah atau Mat Kilau menjadi kebal, ia adalah kehendak dan izin siapa rasa-rasanya? Jadi sejak bila kehendak Allah tu mempunyai batas dan jenis-jenisnya yang tertentu?

Semuanya menunjukkan Allah itu Maha Berkehendak, Maha Berilmu dan Maha Mengetahui. Nak jadi kebal pun kena pakai ilmu. Ilmu datang dari mana kalau bukan daripada yang MAha Berilmu, ye tak?

Bab syirik mudah saja. Selagi iktikad dan keyakinan kita masih berpegang teguh kepada jalan yang lurus, nak takut apa? Lantaklah orang nak kata apa. Mereka yang menempuh jalan sufi pasti dikatakan sesat. Nabi dulu pun dicemuh dan dikatakan sesat bukan?Malah semua nabi & rasul pun begitu. Kisah Ibrahim dan Ismail jika difikir mengikut akal semata-mata pun sesat juga. Jadi, mengapa ada golongan yang dgn mudah mengatakan orang lain sesat sedangkan dia belum faham sepenuhnya?


24 May 2011

Ego

Pandangan setiap orang adalah berbeza. Namun aku tak faham kenapa pandangan Ustaz Hassan Mahmud sangat berbeza tentang kejadian tanah runtuh yang mengorbankan anak-anak yatim di Hulu Langat tempoh hari. Komen beliau boleh dilihat http://www.youtube.com/watch?v=idG83j3k14I&feature=share

Katanya, ia adalah satu kezaliman kepada anak-anak tersebut kerana menguburkan mereka sebelum mereka dikuburkan. Ramai yang marah dengan kenyataan beliau namun aku cuba untuk fahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Pelik juga kerana apa yang aku faham adalah beliau seolah-olah cuba menyalahkan pihak pengurusan sekolah berkenaan atas kejadian tersebut.

Secara fitrahnya kejadian ni diklasifikasikan sebagai bencana dan manusia tiada upaya untuk mengelakkannya jika itu sudah ditetapkan. Namun mungkin beliau mempunyai tafsiran yang berbeza dan menganggap kejadian tersebut adalah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri. Entahlah, aku tak faham apa yang cuba nak disampaikan beliau selain daripada apa yang aku nyatakan. Pada aku langkah terbaik ialah tidak cuba mencari salah sesiapa pun terutama dalam kejadian seperti ni. Jika dicuba juga cari salah, dikhuatiri ia boleh mengundang perasaan tidak puas hati pelbagai pihak. Tambahan pula ustaz Hassan Mahmud adalah seorang ikon terkenal dalam rancangan Imam Muda. Tentu saja ramai yang menjadikannya ikutan dan idola.

Bila kejadian seumpama ni berlaku akan ramailah manusia yang datang untuk menghulurkan bantuan dan ini adalah suatu yang bagus. Yang tak bagusnya dalam sama-sama memberi bantuan, apa pihak yang cuba nak jadi hero dengan menyalahkan pihak yang lain. Siapa yang nak kejadian seperti ni berlaku? Sekolah tu sendiri 'hidup' dengan bantuan sumbangan orang ramai dan mereka yang bertungkus-lumus mengusahakannya. Senang-senang saja orang seperti ustaz Hassan Mahmud menempelak pihak ini. Wajar ke?

Walaupun beliau seorang ustaz, tak bermakna beliau boleh berkata apa saja tentang orang lain. Dari sini kita boleh lihat watak & ego seseorang tanpa mengira apa statusnya sekali pun.

23 May 2011

yatim

Waktu dalam bas tadi aku membaca suratkhabar. Dah takde benda lain nak buat, baca juga la harian metro yang merepek tu. Fokus aku lebih kepada kejadian tanah runtuh di rumah anak-anak yatim, Hulu Langat baru-baru ni.

Sebagai makluk yang mempunyai jiwa, kita semua berasa sedih dan pilu di atas apa yang berlaku. Tambahan pula ia melibatkan anak-anak yang sedang mengikuti pengajian agama di tempat berkenaan. Tapi kes ni dihangatkan juga dengan kata-kata bodoh daripada menteri-menteri yang bodoh lagi mangkuk. Orang sibuk pasal operasi menyelamat, dia pula sibuk nak cari salah siapa. Inilah jadinya bila kita serahkan urusan mentadbir negara kepada orang-orang bodoh.

Zaman sekarang adalah zaman orang bodoh berlumba-lumba masuk politik untuk mengejar projek. Dapat pakej jadi ketua sekali. Orang-orang ni selalunya takde pendidikan yang tinggi mana pun. Mereka nampak seolah-olah nak membantu masyarakat tapi hakikatnya mereka memenuhkan poket mereka saja. Lihat dan fikir sendiri.

Orang yang belajar di jalan Allah lalu ajalnya tiba dikira mati syahid. Sungguh mudah dan pemurah Allah itu. Walaupun kejadian tanah runtuh memedihkan, tapi hikmahnya ialah syahid. Bukan calang-calang orang yang boleh syahid hanya yang terpilih saja. Berbahagialah mereka di alam sana. Hanya al-fatihah dapat aku hadiahkan buat kalian semua.

Dulu aku tak pernah nak faham tentang perkara ni. Kalau tuhan sayangkan orang tu, kenapa perlu Dia matikan orang tu dengan cara memilukan seperti kejadian ni? Aku cuba fahamkan diri aku dengna pendapat orang lain. Nyata aku tak boleh terima alasan-alasan tu semua. Namun, akhirnya aku mula faham. Urusan Allah, biarlah Dia yang uruskan. Betul juga kata sahabat aku yang jauh, rajin-rajinlah rujuk tafsir al-quran. Semuanya ada tertulis di situ.

Kenapa anak yatim begitu dibela dalam Islam? Nabi Muhammad sendiri adalah seorang yatim piatu. Lihat kembali sejarah baginda, itulah yang dialami oleh kebanyakan anak-anak yatim di dunia ni. Kadang-kala kita berjumpa mereka di stesen-stesen minyak minta derma. Hati ingin sangat memberi namun akal pantas mencuit perasaan ragu-ragu adakah derma aku ini sampai kepada anak yatim tersebut. Inilah masalahnya. Aku selalu berfikir begitu. Aku paling tak suka kalau ada pihak yang mempergunakan mereka. Tapi kalau wang tu dikumpulkan untuk kebajikan mereka pula bagaimana? Sukar untuk dipastikan.

Semua orang termasuk aku dengan mudah akan berkata jika saya kaya, saya pasti akan dermakan wang saya kepada anak-anak yatim. Satu pernyataan yang bongkak dan mencabar kuasa tuhan. Bagaimana kita pasti yang jika kita kaya kita akan menderma? Bukankah kalau kita kaya, kita akan berhajat untuk jadi lebih kaya lagi? Jadi, bila masa untuk kita membuat kebajikan? Bagi mereka yang Allah luaskan rezekinya, itu hak mereka dan terpulang kepada mereka menguruskannya. Mengapa perlu kita menjadi seperti mereka baru nak menderma? Beri saja apa yang mampu jika tidak, senyap!

Fitrah semulajadi semua manusia adalah sama. Apa yang aku rasa, kamu juga rasa. Yang membezakan kita ialah bagaiaman cara kita berfikir dan mengolahkan kembali fitrah tersebut. Di situ akan wujudnya takwa yang membezakan manusia. Sungguh susah dan berat sekali untuk difahami kecuali dengan izinNya.


Bosan.

Ada orang suka tengok gelagat orang lain dan kutuk. Aku pun kadang kala begitu. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Aku suka tengok idea orang kupas tentang satu-satu perkara. Daripada situ, aku boleh lihat cara dia berfikir dan betapa cepatnya dia membuat suatu andaian sama ada lepas periksa ataupun belum.

Manusia memang tak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Sebab itu Allah itu Maha Pengampun. Jadi, melakukan kesilapan adalah pelengkap kepada sifat Tuhan itu sendiri. Ini pendapat aku. Sejauh mana seseorang berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata adalah satu point yang aku selalu selidiki. Kebanyakan orang termasuk aku sendiri cepat melatah. Jarang yang bersikap terbuka dan menerima. Belum apa-apa kita dah wujudkan shield atau firewall untuk melindungi diri dan pendapat. Jadi, kita sukar untuk menerima pendapat orang lain.

Sebab tulah segalanya bermula daripada hati. Dengan hati yang ikhlas, keterbukaan seseorang dapat dilihat. Yang banyak sebenarnya lakonan. Berlakon menjadi ikhlas, baik dan sopan. Hakikat diri yang sebenar tak begitu. Ini yang paling menyampah untuk dilihat.

Ah, bosanlah tajuk ni. Nanti aku fikir tajuk lain pula.

Jenayah

Ada orang bimbang nak keluar ke mana-mana sekarang ni kerana kes simbah asib berleluasa. Terus-terang aku katakan aku lebih bimbangkan polis yang salah guna kuasa berleluasa. Lihat saja arwah adik Aminulrasyid ditembak hanya kerana memandu tanpa lesen. Bukankah itu lebih menakutkan daripada kes simbah asid sekarang ni? Polis bebas melakukan apa saja dan apabila mereka tersilap membuat pertimbangan, walaupun melibatkan nyawa orang awam yang tak bersalah, mereka sentiasa saja ada alasan untuk menutup kekurangan tersebut.

Tindakan membawa si koperal keparat yang menembak tu memang dialu-alukan tapi lebih penting ialah pihak polis sepatutnya memperbaiki semula prosedur mereka apabila mula menembak. Kes tembak orang awam bukanlah satu dua, tapi dah banyak. Masalah orang awam pula ialah, bila polis yang salah, kita terpaksa adu pada polis juga. Serupa macam bila kita kena rompak, kita adu pada perompak lain pula.

Berkali-kali pihak polis mengeluarkan kenyataan berhubung kes simbah asid tapi orang yang terlibat belum pun ditangkap. Apa polis buat? Tangkap mat rempit suruh mengaku simbah asidkah? Jenayah semakin menjadi-jadi kerana penjenayah tahu mereka sukar ditangkap kerana polis lebih utamakan untuk menutup kes yang banyak. Maksudnya, tangkap 2-3 orang suspek, dera mereka sampai mereka mengaku. Kes selesai. Penjenayah sebenar teruskan kerja mereka. Inilah sikap polis yang buruk yang takkan mereka akui sampai bila-bila.

Siapa kata dalam lokap tiada penderaan? Tak perlu pergi jauh. Lihat DSAI bagaimana kena dera satu masa dulu. Lihat saja mendiang Kugen dibelasah hingga mati dalam tahanan. Tiada apa-apa tindakan pun oleh pihak polis. Sebabnya mereka yang belasah, mereka jugalah yang siasat. Takkan nak tangkap anggota sendiri dan jatuhkan integriti pasukan dengan mudah? Mereka perlu pertahankan walau apa sekali pun kesalahan pasukan mereka.

Jadi bila polis bodoh, penjenayah menjadi berani. Yang jadi takut ialah orang awam, yang terlalu meletakkan keyakinan mereka kepada pasukan polis yang sebenarnya korup ini. Bukanlah semuanya korup tapi telah menjadi prosedur mereka untuk mempertahankan anggota yang memang tak guna dalam pasukan. Tiada penambahbaikan langsung dibuat sejak kes menembak budak tempoh hari. Sebaliknya, orang awam pula ditempelak. Orang Melayu biasanya tak ambil kisah asalkan bukan keluarga mereka yang kena. Lihat orang Cina. Lihat Teoh Beng Hock punya keluarga. Mereka tuntut sampai sekarang. Ini benar-benar menyusahkan pihak kerajaan yang terpaksa melindungi dalang sebenar pembunuhan terbabit. Kenapa aku kata melindungi? Kerana yang terlibat pastinya VVIP dalam kerajaan juga. Teorinya sangat mudah. Bunuh di pejabat SPRM supaya SPRM bertanggungjawab dan pihak yang membunuh terlepas.

Polis pula apabila telah siapkan siasatan terpaksa pula menghantar kepada peguam negara. Peguam negara akan maklumkan kepada siapa? Siapa yang arahkan peguam negara untuk teruskan dakwaan atau minta pihak polis tukar hasil siasatan? JAdi dimanakah kebolehkepercayaan orang awam dalam sistem sebegini? Siapa yang bayar gaji peguam negara dan polis? Jadi peguam negara dan polis harus menurut perintah pihak yang membayar gaji mereka agar tidak dikenakan tindakan. Tahukan kamu bahawa jika seorang kakitangan kerajaan tidak menurut perintah pihak atasan, dia boleh dikenakan tindakan tatatertib ingkar perintah? Soal perintah itu wajar atau tidak bukanlah perkara pokok. Yang penting kena ikut perintah dan arahan.

Jadi, siapa yang lebih bahaya, polis atau penjenayah? Penjenayah dah memang kerja dia melakukan jenayah dan kita boleh mengambil langkah-langkah pencegahan. Tapi polis? Polis umpama penjenayah berlesen yang kalau kita cuba lawan, nahaslah kita. Mohon maaf kepada pasukan polis, tapi kamu lebih arif tentang ini. Sesungguhnya kadang-kala kebenaran tu amat pahit untuk ditelan.

21 May 2011

Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Pada pandangan aku, Hang Tuah bukanlah bodoh apabila mengatakan "takkan Melayu hilang di dunia..." Yang bodoh ialah orang yang mentafsirkannya. Mentafsir sesuatu dengan membuta tuli tanpa kajian dan siasatan yang menyeluruh.

Hang Tuah benar-benar seorang pendekar. Beliau juga Laksamana, Panglima dan Hulubalang. Melalui cerita yang didengar, yang disampaikan sama ada menerusi mulut ke mulut atau dari perkhabaran ghaib, beliau bukanlah sembarangan orang. Ternyata beliau mempunyai ketinggian ilmu dunia dan akhirat. Begitu juga dengan pendekar-pendekar lain seperti Mat Kilat, Tok Gajah dan sebagainya. Bukan calang-calang manusia. Semoga Allah merahmati mereka.


Mengapa aku kata Hang Tuah hebat? Bila cuba mentafsirkan kata-katanya, aku melihat bahawa beliau adalah seorang yang berpandangan jauh. Walaupun ada sumber daripada perkhabaran ghaib mengatakan bahawa kata-kata tersebut dipinjam daripada kata-kata gurunya Sang Adi Putra, namun Hang Tuah memang ada mengatakannya.

Siapa Melayu? Mengikut apa yang kita faham, Melayu adalah orang yang beragama Islam, mengamalkan adat-adat Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu sendiri. Jelas sekali di sini bahawa sesiapa pun yang mengikut semua di atas layak di panggil Melayu. Termasuklah Hang Tuah walaupun beliau sebenarnya berasal daripada China.

Lihat saja golongan Mamak di negara ini. Mereka punya 2 identiti, satu mamak dan satu lagi Melayu. Kalau tidak, masakan Tun Mahathir boleh menjadi Presiden UMNO dan PM kerana beliau adalah mamak? Sesiapa saja boleh menjadi Melayu asalkan beliau tinggal di Tanah Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam. Ini adalah 'guideline' yang jelas untuk menentukan siapa Melayu.

Melayu meliputi segala bangsa sebenarnya. Kalau daripada makna perkataan Melayu bermaksud pelarian dan Tanah Melayu adalah Tanah Pelarian. Ada betulnya juga. Ia bukanlah suatu kaum seperti Cina, India dan lain-lain. Ia lebih kepada identiti. Identiti sebuah masyarakat. Mungkin ada yang tak boleh nak menerima, tapi terpulanglah. Aku tak suruh terima apa-apa pun.

Sejak dulu lagi aku selalu saja dengar kisah-kisah kebangkitan dari Timur ini. Sampai satu tahap aku pun bengang juga pasal kisah-kisah tu nampak macam bangang. Maafkan aku kepada yang terlalu taksub. Bangsa mim belum tentu bangsa Melayu yang seperti mana kita tahu. Mim juga belum tentu Malaysia. Mim boleh jadi mamak, muniandy, macha.....hehe, tak! Aku memain je.

Ada asasnya bila Hang Tuah mengatakan "takkan Melayu hilang di dunia". Beliau berkata begitu bukanlah sekadar cakap-cakap kosong di kedai kopi. Seperti yang aku katakan, beliau adalah seorang yang berpandangan jauh pada zamannya. Cuma kisah-kisah yang kita dengan dari mulut ke mulut membuatkan watak Hang Tuah kelihatan bodoh kerana terlalu menurut kata-kata Sultan pada masa tu.

Owh, ada satu lagi yang menarik tentang Sultan-sultan di Tanah Melayu. Mereka bukanlah orang-orang biasa yang suka-suka nak jadi Sultan. Mereka adalah keturunan pemerintah sejak turun temurun. Ada yang kata mereka adalah daripada keturunan Iskandar Zulkarnain.

Aku ada terbaca suratkhabar baru-baru ni. Ada seorang manusia bangsa Melayu mengaku Sultan Melaka dan telah melakukan upacara menarik keris Taming Sari yang terbenam di dasar sebuah sungai. Tak tahulah sama ada manusia ni gila, bodoh atau cuba memperbodohkan orang lain. Pertama, Sultan Melaka memang tidak ada kerana telah lama melarikan diri waktu Melaka diserang pada kurun ke-15 dulu. Warisnya kemudian menjadi sultan pertama negeri Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Dan yang ke-2, cuba teka? Keris Taming Sari berada dalam simpanan Keluarga Diraja Negeri Perak sejak daripada pertabalan sultannya yang pertama! Jadi, macam mana manusia Mohd Jan ni mengaku dia adalah Sultan Melaka dan memiliki keris sakti tersebut? Tak ke gila namanya?

Kepada mereka yang mempersoalkan apa fungsi Sultan di setiap negeri sila kaji semula pengetahuan anda. Mengapa Sultan wujud? Mengapa Sultan itu penting dalam negara kita? Jangan melampaui batas dengan mengatakan Sultan buang duit rakyat, Sultan itu ini. Selidik dulu salasilah Raja-raja Melayu dan kamu akan temui dari manakah puncanya semua Sultan ini. Tanpa Sultan adakah Melayu akan bersatu? Ketahuilah bahawa Melayu itu berpecah-belah kerana mereka sendiri tak tahu apakah maksud Melayu. Mereka ingat bangsa Melayu sama macam seperti Cina atau India sedangkan pengertian Melayu lebih luas daripada tu semua.

Dari situ kamu akan dapati dari mana pula asalnya perkataan "Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia" dan sebagainya. Ada yang komen perkataan tu tak sesuai dan perlu diubah. Ketahuilah siapa yang meletakkan perkataan-perkataan itu semua. Siapa yang membimbing Sultan-sultan terdahulu kalau bukan para Wali dan Ulama? Merekalah yang memberikan gelaran ini dan sudah tentulah ada sebabnya. Jangan dengan mudah kamu berkata perkataan-perkataan tu boleh menduakan Allah. Ia adalah hasil buah fikiran orang-orang terdahulu dan mereka bukanlah bodoh untuk menyusun perkataan-perkataan sebegitu sesuka hati saja.







12 May 2011

Pembangunan

Baru berbual dengan member aku tentang politik. Seorang bekas PM yang amat dikagumi oleh ramai orang. Aku tak bermaksud nak merendah-rendahkan beliau pun. Baguslah atas apa yang dilakukan yang memberi impak yang baik kepada bangsa dan negara.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Ada yang pandai menipu tapi dalam masa yang sama dia disanjungi. Ada yang pandai mengatur strategi tapi dicaci penyokong sendiri. 2 tokoh terkenal negara kita, tak lain tak bukan Pak Lah dan Che Det.

Aku lebih selesa memanggilnya Che Det. Asalnya dia bukanlah daripada keluarga yang kaya-raya pun. Malah dia bukan daripada golongan bangsawan yang terkenal seperti Tunku dan golongan bangsawan seperi Tun Razak. Beliau orang biasa saja yang bekerja dengan kerajaan pada masa tu. Sejarah hidup beliau memang banyak.

Beliau mula memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara waktu aku lahir, tahun 1981. Sejak tu sampailah lebih 20 tahun. Apa perubahan yang beliau bawa? Macam-macam. Kereta nasional, projek lebuhraya utara-selatan dan pelbagai jenis penswastaan.

Jika kamu belajar ekonomi, penswastaan adalah baik untuk memperbaiki sistem penyampaian ataupun perkhidmatan sesebuah jabatan. Dengan penswastaan, beban kerajaan berkurangan dan mutu perkhidmatan dapat di tingkatkan. Itulah ideanya. Lihat saja Telekom Malaysia dan TNB. Ini adalah contoh penswastaan Jabatan Telekom Malaysia dan Lembaga Letrik Negara. Aku ingat lagi nama-nama ni.

Bagusnya ialah ia cepat berkembang dan ramai dapat menikmati kemudahannya. Tapi lama kelamaan ia menjadi satu monopoli pula. Bila monopoli maka tiadalah persaingan. Bila tiada persaingan, mereka boleh buat sesuka hati mereka. Ada syarikat telekomunikasi lain yang seperti Telekom? Jangan cerita tentang Maxis, Digi dan Celcom. Mereka adalah pembekal perkhidmatan selular. Mereka juga banyak bergantung pada Telekom. Sebab tu mereka tak menawarkan servis talian tetap. Kelemahan penswastaan seperti ni (sama ada sengaja atau tak sengaja) menyebabkan monopoli perkhidmatan ni dipegang oleh sesetengah individu saja. Mereka yang mengawal harga pasaran. Tahukah kita bahawa caj perkhidmatan internet negara kita seperti broadband tu adalah antara yang tertinggi di dunia?

Selain daripada tu, projek kereta nasional Proton juga menyebabkan orang lain terpaksa menanggung cukai kenderaan import yang tinggi. Daripada satu sudut, memanglah mereka boleh berkata tiada sesiapa pun yang memaksa orang lain untuk membeli kereta buatan Malaysia, tapi dengan menaikkan cukai import sehinggi 300%, bukan semuanya mampu membeli kereta import. Jadi pilihan yang ada hanyalah kereta Proton.

Proton dilindungi oleh kerajaan dan pemegang sahamnya juga adalah terdiri daripada beberapa golongan individu yang terlibat dalam kerajaan. Negara kita tak pernah buat kereta sebenarnya. apa yang Proton buat ialah membeli enjin dan teknologi Mitsubishi lalu memasang ke dalam chasis/rangka Mitsubishi yang telah melalui sedikit pengubahsuaian supaya kelihatan lain sedikit. Lalu mereka 'claim' inilah kereta nasional kebanggaan Negara.

Nak tahu kereta apa yang dibuat oleh Proton hampir sepenuhnya tanpa menggunakan teknologi luar? Tiada. Malah Persona, Gen2 dan seangkatan dengannya tetapi menggunakan teknologi Barat dan Timur. Akhirnya projek gila seperti ni menemui jalan gagal. Nampak seperti berjaya, namun hakikatnya gagal. Proton tak pernah catat untung sejak sekian lama.

Mereka (Proton) kini kembali menjual produk Mitsubishi. Setelah 26 tahun dalam industri ini, Proton masih belum berjaya mengeluarkan kenderaan beridentiti sendiri tanpa mengambil teknologi pembuat kereta lain. Mereka tak ubah seperti Naza dan Tan Chong Motor. Sama saja. Bezanya, mereka mempunyai kilang untuk membuat body, bukan enjin (kecuali enjin campro).

Rakyat negara ni tak diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membeli kenderaan pilihan hati mereka apabila harga yang tinggi dikenakan ke atas kenderaan import. Itupun Che Det masih tidak mahu mengaku bahawa cukai yang tinggi dikenakan atas kenderaan import bukan bertujuan untuk melindungi Proton. Orang Melayu bodoh saja yang percaya kata-kata ini. sebab apa aku hanya kata orang Melayu? Mana ada orang Cina nak percaya pun. Mereka lebih realistik. Cuma bangsa Melayu saja yang kadang-kadang terbawa-bawa sangat dengan konsep ketuanannya. Bila disergah sikit tentang ini, mereka mula rasa risau lalu membiarkan saja nasib mereka ditentukan oleh segelintir Melayu lain yang sibuk mengaut keuntungan.

Projek KLIA memang bagus. Lapangan terbang terkini dan termaju. Tapi lokasinya? Cuba bayangkan begini. Aku sebagai seorang pemerintah tertinggi akan mengarahkan kawan-kawan atau sedara mara aku supaya membeli tanah di satu kawasan yang orang lain tak terfikir untuk membeli. harganya tentulah murah. Bila urusan pembelian tanah dah selesai, aku akan cadangkan satu lapangan terbang yang canggih dibina atas lokasi yang telah aku maklumi. Aku akan arahkan kementerian di bawah aku untuk membeli tanah dilokasi yang berkenaan. Siapa yang untung? Aku dan kawan-kawan/sedara mara aku tadi la. Sebab tu KLIA berada di ceruk Sepang dan Putrajaya di Dengkil yang takde apa pun.

Orang yang keliru akan menganggap bahawa aku membawa kemajuan ke atas kawasan ni. Tapi sebenarnya aku lebih berminat dengan duit yang bakal dapat. Kemajuan mesti la ada sedikit supaya perkara ni tak terlalu ketara kelihatan. Apa jadi dengan Putrajaya? Bagus, canggih tapi berapa banyak pengangkutan awam yang ada di sana? Berapa ramai kakitangan kerajaan yang terpaksa berulang-alik dari luar Putrajaya? Apakah kemudahan pusat membeli-belah, hiburan yang ada? Apakah lokasi lain yang menarik berdekatan? Kawasan tu kawasan mati. Tanyalah orang yang tinggal di sana. Mesti ada yang tak suka.

Jauh dari ibukota bermaksud jauh dari segala aspek kemudahan yang kita dapati di ibukota. Menara Petronas mercu kejayaan. Tapi satu daripada 2 menara tu kepunyaan siapa? Siapa yang menanggung kos penyelenggaraan menara yang mahal tu kalau bukan pembeli di Suria KLCC? Di sinilah bijaknya Che Det. Tanpa Suria KLCC, tiada siapa nak pegi KLCC tu. Lalu beliau wujudkan pusat membeli belah Suria di sana. Ramailah orang yang berbangga membeli belah di kawasan mahal tu. Termasuklah orang-orang kampung. Biar bodoh asalkan puas, katanya.

Che Det terkenal kerana ini semua. Tapi warga felda tetap mengalami masalah air yang tak menentu. Taraf hidup mereka terlalu perlahan naik. Memanglah rumah mereka semakin besar kerana hutang mereka juga semakin besar. Mereka cuma diberi kemudahan hutang, bukan kemudahan apa pun.

Ramai yang kutuk Pak Lah dulu. Kononya beliau lemah dalam pentadbiran. Tahu tak gaji kakitangan awam naik pada zamannya. Tu baru berapa tahun pegang kerajaan. Bayangkan kalau lama lagi? Satu yang orang kurang nampak ialah beliau ni (pada pendapat aku) mempunyai pandangan yang jauh. Lihat apa jadi pada BPR? Terus jadi suruhanjaya. Kenapa? Agar lebih bebas dan tidak mengikut telunjuk menteri. Menteri akan ambil kesempatan selagi boleh ke atas kementerian yang dipegangnya (jangan tipulah).

Tapi beliau diserang dari dalam dan Che Det sendiri. Marah betul orang tua tu macam budak kecik dan dapat dukung.

Apa pun, itulah senario ahli politik Malaysia daripada pandangan mata aku.

Rumahtangga


Bagi aku, kisah rumahtangga tak perlu diceritakan di blog. Pada kawan pun tak perlu juga. Sebabnya, ia melibatkan 2 pihak. Pihak suami dan pihak isteri. Kalau si isteri yang cerita, suami dapat tau adakah suami suka? Begitu juga dengan si suami. Bila melibatkan mak bapak lagi payah. Orang luar tak tau apa-apa pun.
Cara paling mudah, kembalikan segalanya kepada Yang Berkuasa. Dialah yang paling mengetahui dan memahami. Cuma kita saja yang belum jumpa jalan yang betul bagaimana untuk berhubung denganNya. Bak kata aku dulu, aku cukup tertarik dengan motto seorang member aku. Rela, Redha dan Redah (3R).



Senang cakap, tapi susah untuk melakukannya. Itu biasa. Janji kita cuba dulu. Lepas tu lihat sendiri hasilnya. Manusia lain bukanlah tempat yang sesuai untuk kita mengadu nasib ataupun meletakkan harapan. Hanya pada Dialah kita letakkan semua pengharapan kita dan kepada Dia jugalah kita serahkan segalanya.

Malam tadi aku berbual dengan seorang rakan. Kami berbual tentang pelbagai topik. Termasuklah topik suami isteri. Katanya, isteri ni ibarat permaisuri. Kita sebagai suami yang perlu memasak untuk isteri. Aku tak mengiyakan dan mendidakkan. Aku membiarkan saja dia terus bercerita.

Kalau nak jadikan isteri tu permaisuri apa salahnya. Tapi janganlah sampai setiap 5 minit nak kena buat laporan sms. Bosan jadinya. Aku bukanlah orang yang paling layak nak bercakap tentang ni sebab aku sendiri pun baru je mengharungi hidup berumahtangga. Silap cakap, ada yang kecil hati nanti.

Cuma pendapat aku, jika masing-masing tahu tanggungjawab dan hak masing-masing, banyak masalah dapat diselesaikan. Betullah tugas isteri bukanlah di dapur, tapi kalau di dapur itu lebih senang untuk mendapatkan keredhaan suami bagaimana? Di dapur bukanlah sebagai kuli atau hamba. Jika si isteri dapat memasak makanan yang suami suka dah tentu itu lebih baik daripada duduk atas sofa sambil tengok astro macam permaisuri, ye tak?

Apa pun, aku tetap dengan pendirian aku bahawa kisah/masalah rumahtangga tak perlu diceritakan kepada sesiapa pun walaupun dalam blog. Memang blog dah menjadi salau satu tempat luahan perasaan. Tapi ia lebih banyak mendatangkan keburukan jika kita cerita tentang pasangan kita. Percayalah!

Pemandu di Malaysia

Daripada apa yang aku perhatikan, pemandu di negara ni makin lama makin bodoh. Kalau pemandu perempuan, jangan cakaplah. Melenting kalau kita kata dia bodoh. Walaupun tak semua, tapi kebanyakannya begitu.

Jangan jadikan angka statistik kemalangan sebagai ukuran. Jika nak bermain dengan angka, sila buat perbandingan yang betul-betul. Berapa nisbah pemandu lelaki dan berapa pula pemandu wanita. Dalam nisbah tu pula, kiralah berapa ramai yang terbabit dalam kemalangan ataupun menjadi punca kemalangan. Kemalangan bukan berpunca daripada pemanduan laju semata-mata.

Punca utama kemalangan adalah kerana kebodohan pemandu tu sendiri. Ini punca utama. Parking ikut suka hati, keluar simpang lembab macam tapir. Terhegeh-hegeh di lorong kanan dan macam-macam lagilah perangai orang kita.

Memandu bukan sekadar pegang stereng dan tekan minyak sahaja. Ia melibatkan tumpuan perhatian yang tinggi dan pemandu harus membuat jangkaan yang terbaik dalam satu-satu situasi. Jangkaan tu akan membantu kita untuk mengelakkan diri daripada masalah.

Sebagai contoh, waktu hendak memotong sebuah lori kita sepatutnya membuat jangkaan apa kemungkinan lori tu akan membalas/membelok ke kanan lalu menghimpit kita jika ada motor di depannya. Jika ada ruang untuk kita elak, tak perlulah tekan brek bagai nak rak. Ni akan menyusahkan orang belakang pula. Tapi berapa ramai pemandu kita yang berfikir macam ni? Semuanya pentingkan diri sendiri walaupun beriman.


06 May 2011

Hari Ibu


Hari ibu.

Kenapa orang sambut hari ibu? Kerana nak mengingati sambil menghargai ibu. Kalau orang takde ibu macam mana? Melepaslah. Satu perkara yang perlu diingat, setiap apa yang kita peroleh di dunia ini akan hilang satu hari nanti. Setiap apa yang kita kejar juga takkan kekal menjadi milik kita. Begitu juga dengan kasih sayang.

Adakah kejayaan diukur dengan berapa banyak wang yang kita ada? Mengapakah bila kita tengok orang lain punya banyak wang kita juga akan merasa ingin memiliki lebih banyak wang? Itu tandanya hati kita masih belum bersih. Masih kotor. Kita masih mempunyai keinginan untuk memiliki sesuatu yang kita dah tau akan hilang daripada kita. Adakah aku menyeru supaya kita jangan mencari wang dan jangan jadi kaya? Bodohlah kamu kalau fikir macam tu.

Aku ada seorang sahabat. Aku rasa wang baginya bukanlah perkara utama. Aku tahu serba sedikit tentang kisah hidupnya. Pernah merempat, pernah susah dan pernah juga senang. Dan aku lihat dia seperti tiada masalah pun dengan wang walaupun dia pakai henfon prepaid, takde kereta dan tidak memiliki rumah sendiri. Aku tak dapat cari perasaan risau atau susah berkenaan wang pada riak mukanya. Sampaikan aku sendiri jadi segan kalau nak offer dia wang. Mana tahu dia akan salah faham pula nanti.

Berbalik kepada kisah ibu. Mana-mana makhluk berstatus ibu pasti sayangkan anaknya. Berapa nilai kasih sayang tu kalau kita cuba tukarkan kepada wang ringgit? Pasti ramai yang kata tak ternilai. Bagi aku perasaan kasih tu sendiri pun bukan milik manusia. Dihadirkan ke dalam diri manusia melalui Sang Maha Pencipta. Manusia tak dapat melihat Tuhan tapi dapat melihat kasih sayangNya.

Mengapa syurga dikatakan terletak di bawah tapak kaki ibu. Syuga itu apa? Tempat yang macam padang seluas mata memandangkah? Tak panas macam kat duniakah? Pada aku syurga diibaratkan seperti bahagia. Sebarang perkara yang memberi kebahagiaan, kesenangan dan kenikmatan hidup. Bahagialah kita jika mentaati ibu. Bagi wanita yang telah berkahwin, syurga pula letaknya di bawah telapak kaki suami.

Ada yang kata suaminya bukanlah baik sangat. Bangun subuh pun malas. Ada juga ibu yang pada pandangan mata kasar seorang awam biasa pun bukanlah baik sangat. Tapi ada pernah kita mendengar syurga di bawah telapak kaki ibu yang rajin bersolat? Yang rajin berpuasa? Yang rajin bersedekah? Ataupun syurga itu hanya terletak di bawah telapak kaki ibu yang menutup aurat?

Soal macam mana seorang ibu itu, bukanlah perkara pokok pun. Kenapa kita suka menimbulkan persoalan bodoh dalam diri? Kenapa kita perlu tanya, bagaimana jika seorang wanita tu tidak menutup aurat, takkan anaknya wajib taat padanya? Kalau wanita tu jenis malas bersolat bagaimana? Anak yang rajin bersolat ni wajib ke ikut semua cakap ibu tadi? Ini adalah antara soalan-soalan bodoh yang sentiasa membelenggu manusia.

Soal seorang ibu tu bagaimana tak perlu diambil kita. Yang disuruh adalah untuk mentaati ibu. Begitu juga dengan suami. Disuruh supaya mentaati suami, tapi lebih banyak persoalan pula yang ditimbulkan.

Kita selalu berkata pada diri sendiri suatu hari nanti kalau aku senang aku akan belikan ibu rumah yang besar. Nak suruh ibu duduk dalam tu berehat saja. Timbul pula 2 persoalan yang utama. Pertama, adakah kita pasti itu yang ibu kita nak daripada kita? Kedua, adakah kita mampu tunaikan janji kita pada diri sendiri. Ingat! Sebelum kita wujud di dunia ini kita semua pernah bersaksi dengan Tuhan. Sekarang adakah kita tetap dengan penyaksian yang sama atau hanya tinggal ikut-ikutan saja?

Yang pasti, kita dapat lihat kasih Tuhan melalui hambanya. Sifat pemurahnya juga ditunjukkan melalui sekalian makhluknya. Kita adalah manusia yang tak punya apa-apa sebenarnya. Itulah aku cakap tadi, buat apa kejar sangat apa yang kita akan hilang? Ambil mana yang perlu saja. Kita mudah lupa, bukan Melayu saja. Semua pun sama.

Anak kecil menangis waktu dilahirkan sebagai memberi salam kepada dunia sambil memikirkan beratnya tanggungjawab yang bakal digalas. Tangisan berikutnya adalah satu kegembiraan kerana menjadi makhluk yang paling mulia kerana sanggup menanggung rahsia Sang Penciptanya. Kita pula pandang anak tu tak tau apa-apa dan melalak saja. Akalnya mungkin belum berfungsi tapi jiwanya dengan kita sama. Tiada tua, tiada muda. Tiada senior, tiada junior. Sama. Kita semua berasal daripada yang SATU.

Kenapa anak kecil dikatakan suci, bersih dan mulia? Kerana dia tak mempunyai perasaan hasad dengki, dendam, dan segala sifat-sifat yang tercela. Suci dan bersih adalah lambang hatinya. Lihat anak kita (kalau takde anak, tengok saja anak orang lain). Perlahan-lahan anak ini akan membesar dan melupakan persaksiannya di alam roh. Jadi sementara dia masih kecil ni, cuba kita belajar sesuatu daripadanya. Pasti ada sesuatu yang kita boleh belajar kalau kita sudi untuk merendah diri. Nabi Musa pun belajar daripada Nabi Khidir.

Jadi, apa kaitan ini semua dengan hari ibu? Banyak kaitannya. Cuma yang aku nak tegaskan kat sini ialah kasih ibu bukti adanya kasih Sang Pencipta. Sekian, wassalam.


03 May 2011

apa saja la


Entry aku yang lepas mempersoalkan siapa Osama. Kalau silap baca, tulisan aku akan kelihatan seperti anti-Osama. Tapi aku pelik kenapa pemimpin negara kita secara tak langsung sokong pembunuhan seorang pejuang seperti Osama? Kita tak kenal pun dia siapa. Semua maklumat tentang dia kita tahu melalui media barat & Amerika. Kononnya kita mengutuk Amerika sebab mereka bantu Yahudi dalam peperangan di Palestin. Tapi masuk bab ni, boleh pulak pemimpin kita harap dunia akan aman dengan kematian Osama.

Ketahuilah, sekiranya Osama tu tak seperti apa yang mereka perkatakan (Amerika & sekutunya) maka orang Islam yang menyokong dan meraikan kematian seorang pejuang seperti beliau (Osama) tak ubah seperti menyokong Israel juga. Bodoh ke tak bodoh mereka ni?

NONE

Kita sentiasa tunduk dengan Amerika sebenarnya. Kita mengku Islam tapi kita sokong pembunuhan saudara seIslam kita. Bangsat jenis apa manusia macam ni?

Mereka mengaitkan tragedi 11 September 2009 dengan pejuang seperti Osama. Kita pula percaya bulat-bulat.

september 11 2001 wtc attack 911

Fikirlah, mana ada dalam Islam menghalalkan pembunuhan orang-orang yang tak bersalah. Siapa buat cerita ni? Dalam perang dunia ke-2 (WWII) dulu pun pihak Jerman terpaksa bunuh bangsa mereka sendiri demi untuk melancarkan perang ke atas Soviet. Mereka menaikkan kemarahan rakyat mereka sendiri untuk mendapat sokongan.

Jadi adakah mustahil Yahudi & Amerika melakukan perkara yang sama ke atas kejadian WTC? Satu perkara untuk kita fikir dan renungkan. Sia-sia saja jadi Islam kalau ikut telunjuk Yahudi ni. Sia-sia saja kejar waktu solat tapi akal dan hati buta untuk melihat semua ni.

Aku heran bila ada orang Islam berkata dan berharap dunia akan lebih aman & selamat dengan kematian Osama. Bukan ke Yahudi tu takkan berhenti menjatuhkan orang Islam sehingga ke akhirnya? Bodoh dan pandir sungguh orang yang berkata macam tu. Tak kiralah apa jawatan dia sekalipun.

Siapa Osama?

Bagi sesetengah orang, beliau bukan saja seorang pejuang malah lebih daripada tu. Ada yang menganggapnya wali. Jika benar beliau telah meninggal, umat Islam telah kehilangan seorang pejuang yang wajar dicontohi. Kenapa aku kata wajar dicontohi? Osama dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya-raya. Beliau mempunyai harta yang banyak namun harta tu semua tak bernilai pun disisinya. Beliau memilih untuk hidup di negara seperti Pakistan dan cara hidupnya yang amat sederhana. Itu antara sifat yang boleh kita contohi. Pemimpin kita ada macam tu? Hehe...jangan haraplah.

Bab beliau dituduh mengebom sana sini itu bukan masalah bagi kita kerana semua tu propaganda saja. Sebagai seorang Islam, kita tahu dan faham bahawa membunuh orang awam (tak kira Islam atau kafir) adalah haram. Dalam peperangan pun Islam melarang membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua. Mereka adalah golongan yang lemah. Jadi, kenapa kita percaya sangat yang Osama ni bertanggungjawab melakukan pembunuhan orang awam? Seorang yang berpewatakan dan berkeperibadian Islam yang sebenar tidak akan melakukan perkara macam tu.

Kita harus berperasangka baik terhadap orang yang seagama dengan kita. Buat apa nak buruk sangka. Tapi kalau kita mampu nak berperasangka baik terhadap Dato' Eskay, itu bodoh namanya! Jangan samakan dia dengan Osama. Eskay berjuang untuk menegakkan fitnah, tapi bukan Osama. Beza antara Eskay dan Osama melebihi langit dan bumi.

Apa pun berita yang disebarkan, janganlah mudah kita mempercayainya. Jika benar sekalipun Osama telah mati, maka beliau mati demi mempertahankan apa yang diperjuangkan. Apabila seorang Islam keluar berperang atau perjuang di jalan Allah, beliau sebenarnya telahpun mencapai kemenangan. Salah satu daripada 2 kemenangan adalah pasti, menang dalam perang tu ataupun gugur syahid.

moralnya daripada kisah ni, jangan biarkan diri diperbodohkan oleh pihak yang dah sedia bodoh!

02 May 2011

Kebangkitan dari timur

Dalam masyarakat kita yang beragama Islam ni, ada golongan yang tak campur dengan hal-hal politik sangat. Mereka lebih kepada amalan mereka dan berpegang kepada kepercayaan akan terbitnya imam mahdi di negara timur (yang mereka jangkakan di Malaysia bumi bertuah ni).

Sebabnya amat mudah. Kedudukan Malaysia berada diluar lingkaran gunung berapi jadi ia selamat daripada bencana gempa bumi. Itu yang paling utama. Negara subur, tiada kemarau. Rakyat pula makmur, tiada peperangan. Itu yang mereka nampak.

Aku pula nampak rakyatnya bodoh. Baca Utusan, tengok berita TV1,TV2,TV3. Ada rancangan AF, Raja Lawak, dan bermacam-macam lagi yang berkualiti sampah.

Ya, memang betul kita hidup aman damai tiada peperangan. Kita saja kah? Banyak juga negara lain macam kita. Siapa ada 4 musim lagi. Teknologi pun canggih je. Harga barang dan kos hidup tak setinggi kita.

Sibuk dok tunggu imam mahdi. Kalau Dia datang, biarkan dia datang. Apa yang kita telah diberitahu, itulah yang kita tahu. Sama saja pada aku negara mana pun, bangsa apa pun. Tiada yang istimewa kerana semuanya makhluk Allah jua. Bukan bangsa yang dipandang pun. Bangga sangat kebangkitan dari timur? Pehh...! Lantak koranglah!

Bodoh!

Sibuk pulak pasal Osama dah meninggal ke belum. Korang kenal ke sape Osama tu? Apa yang diperjuangkannya? Beria-ria sangat sokong apsal? Kalau betul dia, betullah. Kita sokong membuta tuli buat apa?

Ayat aku di atas bukan untuk mencela atau menempelak Osama tapi masyarakat Melayu kita yang bodoh ni mudah sangat menyibuk hal-hal yang diluar kemampuan mereka. Kalau betul Osama dah takde, apa kaitan dengan kita bangsa Melayu? Dia memperjuangkan Islam, kita ada tolong? Dalam negara kita sendiri pun, orang yang sama kulit dengan kita ditomah, dicaci, dihina dan dimalukan kita boleh je diam. Ini bila Osama diberitakan dah mati, Melayu kita pulak sibuk-sibuk. Terus semua jadi pandai cakap pasal agama. Kenal Osama pun tak. Bodoh!

Derma


Terkejut jugak aku baca satu iklan tentang sumbangan untuk buat al-quran braille. Senaskah sampai rm240. Biar betul, kata hati aku.


Bukan nak menuduh atau apa, cuma bila dah ada perasaan syak wasangka dalam hati tak guna aku derma pun. Apa pun tak dapat. Itulah dia, kenapa perlu ada pihak tetapkan berapa jumlah untuk menderma?

Kadang-kadang mereka yang minta derma selalu ada di restoran atau stesen minyak. Jumlah minimum untuk derma RM10. Mana datangnya ikhlas kalau dah ditetapkan macam tu? Untuk apa aku nak derma? Nak cover malu? Lebih baik bagi anak isteri aku makan.

Memang benci juga aku dengan orang-orang yang macam ni. Ramai yang ambil kesempatan. Dalam dunia yang penuh dengan penipuan ni, apa pun boleh jadi. Di depan nampak cantik, baik dan elok tapi rupa-rupanya teruk.

Aku tak maksudkan orang kat dalam iklan tu, tapi apa yang aku katakan ni secara umum. Apahal pulak nak kena tetapkan jumlah minimun untuk derma-derma ni? Nak kena cukupkan seribu al-quranlah so setiap orang g nak derma kena bagi harga senaskah. Apa jadahnya kerja macam ni?