Banyak pulak kisah dajjal sejak sukan Olimpik bermula. Memang seronok membaca kisah seperti Illuminati, Freemason dan sebagainya. Apa yang bakal aku tulis adalah daripada pandangan aku semata-mata, tak semestinya betul dan wajib diterima. Jom kita mulakan!
Apa kaitan dajjal dengan freemason, illuminati, knight templar dan sebagainya? Kalau nak tau asal-usul illuminati, boleh google saja. Malas nak cerita panjang. Kalau baca dalam internet pun, kisah tu mengikut apa yang mereka ingin orang ramai tau siapakah mereka. Jadi apa yang rahsianya? Tiadalah rahsia lagi jika semua orang sudah mengetahui siapa mereka.
Sedar tak sedar kita semua hidup dalam sistem yang golongan ini wujudkan. Sistem kewangan, politik, sosial dan lain-lain adalah ciptaan mereka yang kononnya kita benci. Demokrasi mana ada diagungkan langsung dalam sejarah pemerintahan Islam? Kebiasaan yang kita dengar dalam sejarah pemerintahan Islam ialah sistem khalifah. Tapi jika sistem tu digunapakai sekarang, ramai orang Islam akan fikir ianya merupakan satu sistem terkebelakang. Secara tak langsung, kitalah pendukung sistem ciptaan illuminati, freemason dan sebagainya.
Dunia sebenarnya berada di bawah cengkaman mereka. Kita berpakaian seperti mereka, bekerja mengikut sistem mereka, dan semua dari mereka kita ambil dan praktikkan tapi kita benci mereka. Tak percaya lagi? Sistem matawang kertas mana pernah digunapakai pun pada zaman kegemilangan Islam dulu. Zaman dulu mereka menggunakan emas. Matawang setiap negara takkan pernah sama nilainya, tapi emas yang beratnya 100g tetaplah sama beratnya 100g di mana saja di dunia itu. Jadi harganya tetap akan mengikut harga 100g emas dan takkan berkurang atau bertambah sesuka hati.
Sistem dinar emas yang cuba diwujudkan satu masa dulu kurang mendapat sambutan dan kita terus menggunakan sistem sedia ada. Segala urusan import eksport menggunakan matawang US dollar. Duit kita mana laku di negara luar. Jadi ktia perlu guna matawang yang diiktiraf oleh dunia.
Walaupun dapat dilihat negara-negara eropah telah lama menggunakan matawang euro, Amerika dan Kanada menggunakan amero, itu semua propaganda mereka saja supaya kita turut ikut sama.
Mungkin saja dunia akan menggunakan satu sistem matawang yang sama saja. Ada yang melihatnya sebagai positif kerana ia memang memudahkan. Ada yang melihat sebaliknya. Mereka bijak menyusun strategi dalam bidang kewangan. Lama-kelamaan mungkin manusia suka pakai kad kredit saja dalam urusan jual beli. Ia lebih mudah dibawa dan digunakan. Ia juga sebenarnya sangat mudah untuk dimanipulasikan.
Berbalik kepada persoalan apakah kaitannya dajjal dengan kumpulan-kumpulan ni? Aku lebih percaya kepada pendapat yang mengatakan bahawa dajjal tiada kaitan pun dengan mereka semua. Selama ni, aku fikir dajjal tu mungkin akan keluar daripada golongan yahudi, amerika ataupun sekutu-setukut mereka. Tapi jika dajjal keluar daripada kumpulan-kumpulan yang terkenal sebagai musuh Islam ni, tentulah amat mudah orang Islam mengecamnya dan takkan mengikutinya sedangkan dalam hadis ada mengatakan bahawa dajjal akan berjaya mempengaruhi kebanyakan orang Islam untuk mengikutinya. Jadi tak mungkin dajjal wujud dari kelompok atau golongan kafir ni.
Mungkinkah dajjal akan wujud dalam kelompok masyarakat Islam sendiri? Aku berpendapat, ia tak mustahil. Islam yang ada kini pun ada pelbagai jenis dan ragam, ajaran, amalan serta tradisi. Dengan Syiahnya, Wahabinya, dan lain-lain ajaran yang sedang berkembang dan bilangan pengikut semakin bertambah, memang sangat tak mustahil dajjal yang satu tu adalah dikalangan umat Islam.
Macam mana nak pastikan yang mana satukah ajaran Islam yang sebenar-benarnya? Bagi golongan yang mengamalkan Islam ikut-ikutan/turun-temurun, mereka akan tafsir mengikut kata hati mereka tanpa perlu belajar perkara yang asas seperti belajar untuk mengenali diri. Mereka lebih suka bertanya apakah hukum itu, hukum ini dan mengikut pendapat ustaz-ustaz yang menjadi pilihan hati mereka.
Jika dajjal itu seperti yang dikatakan iaitu bermata satu, senanglah orang Islam mengenalinya lalu pergi membunuhnya. Adakah ia benar-benar begitu atau bermata satu tu sebagai satu simbolik atau merujuk kepada diri sebenar dajjal dan bukan diri fizikalnya? Silalah kaji.
Sebelum keluar dajjal yang satu tu, akan keluar pula dajjal-dajjal kecil. Mereka, dajjal-dajjal kecil ni , bukanlah seperti David Copperfield, ahli sihir/silap mata, ataupun individu non-muslim. Dajjal kecil ni muncul dari dalam kelompok masyarakat Islam tu sendiri. Contoh dah banyak kita dapat lihat, ada yang mengaku nabi, mengaku rasul, mengaku wali dan macam-macam lagi. Pengikut mereka bukan sedikit. Mereka boleh dikategorikan sebagai dajjal-dajjal kecil.
Dajjal yang satu akan muncul sebagai seorang yang beragama Islam, berpewatakan warak, beriman, alim dan sebagainya. Dia juga menguasai sihir-sihir tertentu yang menyebabkan orang melihat ia sebagai satu karamah/kebolehan luar biasa kurniaan Tuhan. Sihir-sihir ini akan mempersonakan ramai orang Islam.
Ada pengkaji yang berpendapat dajjal akan keluar tak berapa lama saja lagi. Mungkin pada tahun 2017, 2018 atau 2020. Siapa tahu?
Aku bersetuju dengan pendapat seorang pengkaji yang sangat dihormati dari Sabak Bernam bahawa dajjal akan keluar daripada kelompok orang-orang Syiah. Sebab? Seperti yang aku katakan tadi, dajjal takkan muncul daripada golongan-golongan illuminati, freemason, ataupun yahudi zionis. Mereka ni semua tukang mempromosi dajjal saja, sama ada cara hidup, ajaran dan sebagainya. Merekalah yang menyediakan jalan untuk memudahkah urusan keluarnya si dajjal saja.
Syiah punyai pengikut yang ramai. Tidak mustahil ada antara ahli sunnah wal jamaah yang akan tertanya-tanya kenapa Sunni & Syiah tak boleh bersatu, walhal kedua-duanya menganut agama yang sama? Cuba fahamkan jika Ahmadinejad benar-benar mengancam Israel apakah susah bagi Israel untuk membunuh beliau?
Susahkah bagi sekutu Isreal, Amerika, untuk melancarkan perang terhadap Iran? Lihat juga Mesir, Syiria dan Libya, apakah mereka hanya mahukan minyak semata-mata atau ada agenda lain juga yang tersembunyi? Negara ni semua adalah jiran kepada Israel dan ia perlu dipastikan 'selamat' terlebih dahulu sebelum dajjal muncul. Ini kerana dajjal akan menjadikan kawasan bumi palestin sebagai pusat pemerintahannya.